Tadi dalam "kusyuk" mendengar kuliah ganti, tetiba masuk satu pesanan ringkas :
"bro ada mana? aku otw dari kuala terengganu ke shah alam ni, ada meeting dengan client. lepak rumah kau jap dan bihun sedap satu..hahaha"
Itulah kawan lama yang bila datang rumah sewa aku tak abis2 dengan bihun sedap dia. Pesan mak setiap tetamu yang datang perlu dilayan dan diraih sebaik mungkin moga nanti tiada yang kurang enak akan diperkatakan kemudian hari.
Proses Masak Bihun Goreng Cina :
Perlu ada , bawang besar, bawang putih dan cili untuk lebih pedas. Ikut selera masing-masing
Gunakan lesung batu lagi style utk tumbuk bahan-bahan tadi, kalau guna mesin pengisar takut akan terlebih hancur.
Tak perlulah lumat sangat, cukuplah setakat yang anda rasa tidak hancur.
Seketul ayam sudah memadai, beli yang siap di kerat. Dia yang nak makan, aku tak makan sebab dalam pembikinan kurus. Haruslah bertahan cita-cita kan
Cincang ikut style masing-masing, saje kerat besar2 sebab keadaan pisau tidak mengizinkan untuk buat lebih dari itu.
Basuh sampai bersih kemudian letakkan sedikit garam, serbuk blackpaper, dan 2 titik olive oil. Perapkan selama 5 minit supaya sebati.
Tengok dkt Giant tadi hanya sayur ni je yang berjaya pikat hati, teruslah ambil dan beli
sawi dipotong macam biasa.
Bihun direndam dengan sedikit air panas dan air sejuk, Selesai rendam sampai kembang, baru lah toskan
Panaskan sedikit minyak, dan masukkan potongan ayam dulu. Kacau sehingga ayam tadi separuh masak
Kemudiaan masukkan bahan-bahan yang siap ditumbuk tadi.
Gaulkan bahan tadi sehingga sebati dan tinggalkan bau best
Masukkan bihun tadi, kacau perlahan2 sehingga serasi.
Kemudiaan sayur dimasukkan.
Telur kuning hasil dari proses mencelup sotong.
siap untuk dihidangkan
tunggu utk dimakan
Proses Celup Sotong Ber"oat"
Ambil oat segenggam tangan dan hancurkan sedikit, ambil sedikit tepung gamdum yang telah dicampukkan serbuk cili utk bangkitkan rasa pedas. Gaulkan semua bahan bersama.
Sotong yang telah dibeli
Siap dipotong dan dibasuh bersih
Sotong yang telah dihiris tadi direndam dalam telur putih.
Setelah itu gaulkan sotong siap ditelurkan dalam adunan tepung ber"oat.
Siap dikerjakan.
Panaskan minyak dan masukkan sotong tadi perlahan-lahan
Inilah hasilnya, bila dah goreng jadi kecut sket.
Untuk 2 resepi tadi..dah siap dan tunggu nak ngap je.
Selamatlah mencuba yea..
Resepi simple ini.
8 ulasan:
hahaha... memg xdinafikan.. abg memg cheff terbaik... tgk pn dh nmpk sedp...
x de lah hebat mana pun..setakat yg simple2 tu boleh lah..try lah :)
haduhhh, hebat nih, kalah akak...hehhe
haha..x de lah hebat kak..ini je lah yg saya mampu buat..yg lain dlm proses belajar lgi :)
kecur air liur sy..hehehe
bgus2..trs kn usaha yea.
adele : harus lah cuba..ok sy try utk yg lebih bagus ms akn dtg ye :)
mmg simple.bakal dicuba =)
masya allah.. banyak betul resepi yang mudah kat sini... syukran,,, :)
Catat Ulasan