Rabu, 26 September 2012

Misteri Pokok Pelam

Kisah Benar


Sudah seminggu aku memikul tugasan untuk membuat tinjauan suasana ladang kelapa sawit keluarga semenjak pekerja bercuti pulang ke Indonesia. Kekerapan itu berlandasan kemampuan akal manipulasi fizikal untuk berbuat demikian. Letih walaupun hanya perlu meninjau dari jauh. Masakkan berbelas tahun tinggalkan aktiviti begini. Bukan rutin ini yang mahu aku kisahkan selanjutnya. Tetapi sebab dan akibat berbuat tidak baik akan sesama manusia. Hahaha

Setiap kali aku melintas masuk ladang, aku perlu melalui sepohon pokok pelam yang begitu berjoget-joget sedang berbuah. Acapkali mata tertusuk pandangan pada hiruk pikuk buah yang montok lagi mengiurkan membuatkan hati terjentik berkata begitu indah jika dapat menawan deretan buah yang seakan melambai aku dari jauh. Sungguh aku tergoda walaupun aku bukan penggemar tegar akan buah pelam.Tetapi bila mata tertacap pada dahan rendang itu nafsu jadi kendur, air liur semakin kecur dibuatnya walhal hanya sepohon pelam tetapi keghairahan seolah tidak pernah merasai sebelum ini. Seumpama tetiba terjumpa segerombolan wanita berbogel depan mata!!Hisy..




Pagi tadi aku masih lagi bertahan nafsu untuk tidak terpedaya dengan dakyah memesongkan nafsu . Tetapi idea tetiba datang dari kawan aku.

Jumaat, 21 September 2012

Rashid & Aina



Pada 16 September lalu, berlangsung majlis di pihak lelaki. Tempoh hari aku tidak berpeluang untuk bertandang keramaian sebelah pihak perempuan. Alhamdulilah kesempatan yang mendatang, akhirnya tertunai janji untuk melihat bagaimana adik-beradik squad beraksi di atas pelamin. Sungguh indah gandingan mereka berdua. Tampak serasai,begitu cantik padanan Mu Ya Allah.  Moga jodoh yang Kau satukan in Ya Allah berupaya kekal abadi. Kau utuhkanlah kasih yang sedang berlegar dalam benak ruang mereka. Kau kekalkan segala apa yang telah Kau mulakan ini Ya Allah. Agar kebahagian ini mampu diwarisi sehingga hujungnya. Jauhilah segala kemungkinan yang mampu membadai segenap ruang masjid yang telah didirikan. Kau perihalakanlah segala-galanya Ya Allah ..

Oh selepas segala urusan majlis keramaian. Brader Syuk ajak aku follow dia shoot untuk outdoor..Jadi aku ni dah lah tidak hebat, jadi sekali sekala orang Pro mengajak, itu yang tidak lepaskan peluang. Dapat jugak sedikit ilmu.


Sekitar Chow Kit.






Jumaat, 14 September 2012

Oh Kerja!

Pinjam---> SUmber

Oh kerja..dah puas aku "menjual diri" tapi satu pun masih lagi belum berpihak! Rezeki masih belum ditakdirkan untuk mengiringi perjalananku. Sabar itu sahaja yang termampu aku gigihkan walaupun jauh dalam sudut hati gusar kerana hidup tidak berjalan seperti yang diangankan. Segala perancangan terpaksa ku hentikan seketika. Sedikit kekecewaan bersarang dalam hati melihat kawan-kawan lain sedang mengusung hidup penuh berkerjaya. Aku masih di takuk lama, sedikit pun tidak berganjak. Masih tercari rentak, masih diburu rasa sesalan bersarang dalam diri. Jika hendak dibandingkan dengan mereka aku sudah ketinggalan jauh. Kata orang kita tidak perlu terlalu bertuhankan hidup orang, rezeki orang itu tuhan dan tentukan milik mereka, aku perlu banyak berusaha, banyak berdoa dan kuatkan semangat. Mungkin dalam pencarian ini akan manis dipenghujungnya. Bukan aku tidak berusaha, sedaya upaya aku berusaha, tebalkan muka menegur, bertanya, meminta pertolongan dari kawan-kawan sekerja, seuniversiti, sefacebook, sepoli dahulu tapi masih lagi bukan berpihak untuk sekujur tubuh ini. Doaku tidak pernah putus memohon, merayu, menagih agar dipermudahkan segala urusan, dipertemukan dengan kerjaya dalam masa terdekat. Eh jika kita ambil kira dari segi positif, ini mungkin ujian dariNya. Mahu melihat sejauh mana keikhlasan aku berdoa, memohon dan bersabar dalam pernantian. Dalam ujian terpahat sikap kesabaran. Aku akui setiap kali aku berdepan denganNya, Aku mengalah, hilang segala perasaan kekecewaan sebaliknya aku lebih tenang untuk teruskan segala ketentuanNya!.

Okeh ,itu keluh kesah aku yang memang terjadi dalam setiap pencari kerja macam aku! Masakan tidak jika selepas diploma,aku hanya sempat melepakkan diri selama 2 hari sahaja terus dihambat dengan kerja. Bertalu menerpa dalam ruang hidup, tapi aku seronok kerana aku tidak lah terasa bosan,hidup lebih terisikan. Tapi kini begitu terasing berada dalam dunia yang aku sendiri tidak gemari. Bersenang-lenang tanpa perlu kerahkan kudrat sendiri. Oh kopak okeh poket, hari-hari asyik keluar, masuknya tidak itu sebab rabak jiwa. Bukan aku tidak bekerja, hari tu kan meh sini aku ceritakan pengalaman kerja aku setakat 3hari beb! tidak tertahan sungguh diri diperlakukan sebegitu rupa. Bukan aku memilih, aku tidak kisah andai upah yang dibayar setimpal dengan tugas yang dipertanggungjawabkan. Aku pernah bergelumang sebelum ini dalam waktu kerja tidak menentu tapi bila dibayar kadar upahan yang setimpal, aku terima walapun mulanya meronta tapi bila dipupuk erti kesabaran terus boleh menghadapinya. Ceritanya begini, tempoh hari aku diperkenalkan oleh kawan dengan seorang brader ni, dia baru je dapat lesen buka company baru. Tidak perlulah aku beritahu lokasi dimana, kerana office pun baru setup, Aku mohon jawatan "project manager" dia memang melantik aku seperti yang aku pohon,

Pinjam

Selasa, 11 September 2012

Ketupat Sotong

Oh ni lah namanya ketupat sotong..bukan buat pun, beli je dekat pasar tani! lama dah kempunan nak merasa, tapi tidak tertunai hajat. Jadi semalam kebetulan ada rezeki yg tertakdir utk aku. Tu yang tak tertahan lagi..terus membeli..Puas hati, harga agak mahal tapi berbaloilah dengan rasa yang dijanjikan.

Sempat sambar dua ekor je..ini je yang tertinggal..
Asalkan lepas kempunan sudah memadai..Hehe

Dalam sotong tersumbat pulut..itu namanya ketupat sotong
sebab pulut yg digunakan sama rasa dengan pulut ketupat palas..

Tapi manis, sekali sekala boleh lah ..kalau selalu bahaya utk kesihatan
Sila-sila mencuba :)

Isnin, 10 September 2012

Di Penghujung Raya..


Ketupat Palas & Rendang Ayam

Tatkala syawal hampir melabuhkan waktu, masih segar lagi dalam benak untuk mengadakan rumah terbuka tapi dalam skala yang kecil. Idea mak tetiba mengheret aku sekali dalam adunan rencana yang dicanang beliau. Begitu rancak beliau bercerita mahu mengadakan "suasana rumah terbuka" untuk ahli mesyuarat tingkap. Mula-mula ku pekak kan telinga, tanda aku protes terlibat dalam produksi agenda raya beliau. Tapi fikir kan balik, beliau seorang sahaja di rumah siapa lagi yang menjadi harapan beliau jikalau bukan aku. Kemain dia menghambat aku suruh kembali ke kampung. Alasan rindu kan aku dirumah, setibanya aku di kampung terbongkar al kisah yang dipendamkan. Beliau tahu jika disemburkan awal-awal dalam bingkisan telefon tempoh hari mahu aku bersenang lenang mengatur langkah ke kampung. jadi kemukakann idea yang bernas. Beliaukan mak, tahu setiap perincian kelemahan anaknya dan aku akan cepat mengalah andai disogokan percisan rindu dihati beliau begitu membara terhadap aku. Esok lusa pasti tercegat aku dimuka pintu. Tidak terlintas dibenak untuk beraksi sebagai anak derhaka. Sesusah mana masa menghambat, sejauh mana aku berkelana..aku pastikan setiap ada ruang dan waktu aku kunjung meratapi wajah yang semakin lesu di mamah usia. Oh mak! sesungguhnya aku tidak berdaya untuk teruskan apa yang dimulakan ini sekiranya kau tiada di sisiku lagi...

Seawal pagi sudah aku dikerjakan sepuas-puasnya! Diheret ke pasar borong untuk membeli barang, terkesima seketika aku melihat aksi suasana di kabut dingin pagi. Mata di saji dengan hiruk pikuk pelbagai kerenah manusia berjuang terusan mencari sesuap nasi. Wacana yang jarang aku perhatikan! Selalunya jika mahu mencari yang segar,selesa aku bergerak ke pasaraya terdekat tetapi jika di kampung bukan itu yang didahulukan. Yang segar, yang murah, yang diberi peluang tawar -menawar itu didahulukan berbanding keselesaan! Kekecohan itu membuat ku matikan angan-angan, ku lajukan langkah temani mak mencari apa yang telah disenaraikan untuk dijadikan hidangan kepada ahli mesyuarat tingkap beliau siang nanti.

Sesudah berjuang mencari keperluan, kami mengatur langkah pulanglah! Apa lagi jika berjam-jam menghabiskan waktu tawaf berkali-kali pasar borong. Kesudahannya lega jika apa yang dihajati berjaya di bawa pulang. Misi rumah terbuka ahli mesyuarat tingkap berjaya dilunaskan nanti. Oh ahli mesyuarat tingkap ni terdiri dari golongan seangkatan dengan mak aku! yang anak-anak jauh merantau, tinggal bersendirian di kampung dan hari-hari bersemuka ,berborak sakan, luahkan masalah hidup, bergosip sana sini, bermesyuarat dan pelbagai agenda mereka yang aku sendiri tidak pasti tapi itulah teman sejati untuk mengisi setiap ruang yang tinggal. Itu sebab jika mak aku berkunjung ke rumah anak-anak, beliau tidak senang duduk, panas punggung ..paling bertahan seminggu lepas tu meronta jiwa rindu akan rumah di kampung. Sebenarnya, beliau puas untuk terusan hidup di rumah anak-anak. Tidak tahu hendak pacu hidup ke mana, tempat orang terasing baginya. Itu pun tunggu anak-anak bawa berjalan tapi beliau kata tetap tidak dapat mengubati rindu dekat kampung.. Hahaahah! Mak oh mak..

Seharian aku dengan beliau mengerjakan persiapan juadah untuk santapan. Bukan majlis skala besar jadi persiapan ala kadar dan bersesuaian lah dengan tenaga yang dikerah..sorang amatur bila digandingkan dengan expert memang huru hara dapur dikerjakan. Aku sibuk mengusung kamera, beliau sibuk dengan ke hulu hilir mengawal keadaan! Akhirnya aku kena leter! Hahah..Kesudahanya siap juga..Alhamdulilah Amin!!

Proses Pembikinan Ketupat Palas:

Item penting semestinya daun palas yang diselenggarakan dengan sempurna

Pulut yang siap diadunkan bersama santan

Santan diperlukan sedikit untuk dicelup sebab pembikinan memasukkan pulut dalam daun palas perlu menggunakan tangan! awas pastikan tangan anda bersih

Masukkan ketupat tadi dalam periuk kukus..sila kukus sampai air hampir-hampir kering

Sejatkan sebentar

Hasil setelah berhempas pulas menyiapkan!

Sabtu, 8 September 2012

Sepetang Bersama-Sama Mencekik Satey Tulang


Syahmi Ganu Kita & Payed layan satey tulang Senawang

Dah lama atur rancangan..untuk bersua muka, asyik borak panjang dalam fb saje! kalau gentle meh kita bersua kenal ikut medium luar pulak kan..Lagipun aku pernah tabur janji kalau ada rezeki lebih mahu heret dia belanja makan-makan. Janji pertama ingatkan ketika bulan puasa akan tetapi kesibukkan berniaga membataskan masa dan peluang untuk aku tunaikan jadi aku majukan janji lepas raya. Ingatkan, waktu terbaik aku ingin bawa dia pulang ke majlis rumah terbuka raya. Senangkan, terus kenal dengan family aku! sebab aku rasa dia betul-betul nak kawan dengan aku jadi tidak salahkan kiranya kenal dengan family lebih afdal. Kebanyakkan kawan-kawan aku memang aku akan perkenalkan kepada family, bagi aku itu lumrah dalam kita berkawan, harus kenal siapa dibelakang tadbir seseorang yang kita anggap kawan. Itu telah lama aku praktiskan, jadi tidak hairanlah kalau kawan-kawan dekat kampung lebih dekat dengan keluarga aku. Jadi senang bila berurusan sekiranya aku hendak keluar atau ke mana sekalipun, aku petik nama dieorang jadi tidak perlu bersoal jawap yang terlalu panjang. Konpem diizinkan! Hahaha...Bukan bermaksud setiap kali keluar aku perlu laporkan akan tetapi itu lebih baik kan aku beritahu ke mana hala tuju yang dipacu agar mereka dirumah senang dan aku berjalan tidak terlalu fikirkan sangat perihal

Kebetulan kawan aku (payed@yeyed) ni pun friend jugak dengan dia dkt fb jadi aku gasak suruh payed ni meriahkan keadaan. Mula-mula sepi saje perbualan..basi-basi tanya soalan yang remeh! Hisy kalau dalam fb memang masing-masing aktif gebang sakan kan..Serah pada keyboard apa saja boleh terjadi kan..Tengok-tengok dah panjang lebar taip bila komen walhal adakala tak tahu pun maksud apa yang dikatakan. Lepas jemput brader ni kat KTM Seremban terus ke destinasi..dalam fikiran ke mana lah nak bawak dieorang ni hala tuju yang pasti sedangkan otak merewang fikir port mana nak lepak-lepak! Tak semena aku terbayangkan Jusco Seremban 2..layan !! Hajat ingatkan nak tengok movie tapi hakikat tiada yang berkenan di hati terus tukar langkah ..jengah boling..Main boling lah kami sudahnya petang tu! 2 frame bertarung nyawa melontar bola boling yang indah khabar dari rupa..Hisy serius gagal kot bermain boling di Jusco..Dengan tempat yang suram serta bola yang pecah-pecah diselitkan dengan pin yang sendiri jatuh dengan tak semena-menanya!haha..terus strike kan..Tidak adil, tidak adil kot..Dalam ketidakadilan tu untuk frame pertama aku dengan jayanya menewaskan mereka berdua! Hahaha..Mereka berdua masih terkapai-kapai mencari rentak sedangkan aku dengan selesanya mendahuluinya..Hahaha bolehlah sebab adakala pin jatuh dengan sendirinya kan..Untunglah!!

Isnin, 3 September 2012

Kerja Kahwin Adik Beradik Squad 12..



Hasil Sentuhan Syuk- Sorry Bro Aku Terpaksa Sedut Dari Album Kau..Hehe (Izinkanlah )

Tahniah Rashid & Aina..Akhirnya berjaya disatukan dalam akad yang telah dilafazkan. Alhamdulilah! Syukur atas rahmat dan segala pemberianNya..Setelah bersusah payah mengatur langkah dalam memastikan utuhnya sebuah perhubungan telah selamat digandingkan dalam satu resepsi. Maaflah, di awal perancang jika tidak ada aral..aku bersatu dalam mengatur arah berkunjung ke majlis sebelah Aina. Akan tetapi atas faktor tertentu terpaksa batalkan niat kerana berselisih dengan agenda peribadi. Susah untuk mengelak kerana aku tersenarai dalam "orang kuat" disebalik majlis rumah terbuka raya.

Harap kalian faham..Insya-Allah resepsi sebelah Rashid aku pastikan aku cuba berbalas kunjungan. Kalau tidak ada yang menghalang. Ya Allah permudahkanlah segala urusan ku. Masakan tidak, mereka pencetus utama kepada Squad 12 untuk menjengah ke gerbang perkahwinan. Rentetan dari kisah Rashid & Aina mungkin menjadi pemangkin kepada yang lain untuk lebih serius dalam setiap perhubungan dan menamatkan penantian dalam sebuah karya agung menjadi mempelai di hari bahagia. AMIN!!


Semoga kehidupan yang baru terbina ini mampu kekal ke penghujung nyawa. Kuatkanlah usaha dalam mempertahankannya. Redhakan setiap keringat yang mengalir itu menjadi saksi kepada keutuhan ikatan ini. Laluilah hari-hari yang mendatang dengan penuh kesabaran dan kebahagian. Perkongsian hidup baru berada pada garisan mula dan biarlah ia akan kekal pada momentum yang segar untuk penyudahnya. Salinglah menjadi pelengkap di antara satu sama lain. Tahniah!!

Untuk mengetahui lanjutan sejarah kisah cinta mereka-di sini terpapar segala cerita -> http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=0831&pub=Kosmo&sec=Pesona&pg=ps_01.htm

Rumah Terbuka Raya 2012


Tangga 01/09/2012 bersamaan 14 Syawal 1433 Hijrah.. Satu majlis rumah terbuka telah diadakan di Taman College Height, Sikamat, Negeri Sembilan. Mengikut agenda yang telah dirancang dalam tentatif program akan bermula pada pukul 4pm akan tetapi telah ditunda setengah jam lewat kerana masalah teknikal.Masalah berpunca dari aku sendiri..Hahah, kerana dalam kelam kabut menyiapkan juadah untuk santapan aku telah melarikan diri untuk seketika. Yelah beb, dapat undangan ke rumah terbuka kawan baik yang kebetulan sama waktu dan hari. Rugi kalau aku lepaskan peluang untuk beraya kan. Mujur aku hilang cuma seketika, jadi keadaan dapat di selamatkan sedangkan seawal pukul 3.45 pm dah ada undangan yang hadir.

Menu Untuk Santapan Para Tetamu


Ketika Masih Lagi Dalam Persiapan..


Nasi Dagang Tidak Sampai Malam - Habis!!


Lontong- Nasi Impit+Kuah Lodeh!.


Nasi Kerabu Bersama Ikan Celup Tepung- Terpaksa Berkali-kali Menanak Nasi Sebab Tak Cukup!


Lemang Berbatang-Batang Di Bakar..


Nasi Impit Berkuah Kacang..


Rendang Ayam Kampung.

Pencuci Mulut


Triflle- Hasil Sentuhan Cik Eman..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...