Isnin, 7 Mac 2016

BUKIT BATU CHONDONG (BBC) , KEMENSAH


Antara pemandangan yang kelihatan ( KLCC, KL Tower dan sebagainya)

Selepas kali terakhir mendaki Bukit Nuang pada 14 February 2016, mengorak langkah ke destinasi lain iaitu Bukit Batu Condong. Bukit Batu Condong (BBC) merupakan kawasan latihan pendakian terbaharu yang boleh dimasukkan dalam senarai puncak bukit / gunung yang boleh didaki sekitar Lembah Klang. Tidak tinggi dan tidak sukar – jika stamina anda padu, anda mampu sampai ke puncak berketinggian 285 meter ini kurang dari 25 minit. Untuk sampai ke kawasan ini, Taip je dalam waze " Bukit Batu Chondong " @  "ATV Adventure Park Kemensah". Perlu diberi perhatian, kawasan track sebelum pusat ATV Adventure Ride Park, terletak dibawah kawasan ATV tersebut.
Terletak di kawasan Kemensah, pendakian mula berada di awal susur masuk trek ATV yang digunapakai oleh kumpulan Adventure Ride Park. Langsung tidak menggunakan track ATV. Mula-mula sampai, ambil masa begitu lama mencari starting point untuk mendaki di atas sebab kurangnya maklumat dan keliru dengan petunjuk . Mujurlah bertembung dengan seorang brader memang penduduk sekitar, begitu mesra menunjukkan arah sebenarnya yang perlu kami lalui untuk pendakian. Tanpa berlengah disebabkan terlalu lama membazirkan masa tadi, dengan pantas memulakan langkah pendakian.


Atas tu ATV Adventure Park Kemensah


Laluan utama, permulaan mendaki

cari kawasan berpagar seperti begini

Beri perhatian pada batang pokok sebelah kiri, ada tanda awas warna merah.
laluan utama pendakian susuri tepi pagar sahaja.
Kawasan hutan buluh penanda bermulanya track

gambaran dari dalam kawasan berbuluh.
Antara track yang perlu ditempuhi. Perhatikan pada tanda merah di ikat pada setiap batang pokok, pasti akan sampai ke puncak.
Antara laluan berbatu yang acah-acah rock climbing

halangan terakhir sebelum tiba di puncak

Akhirnya segala penat lelah berbayar!


Lokasi puncak

Beirut, mercu utama
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...