Iklan

Isnin, 5 Mac 2012

Tradisi Yang Semakin Dilupakan..Hanya Tinggal Kenangan

kampung ku 
Masih di kampung lagi, belum berangkat pulang ke UiTM.. Tengah tercari2 strategi nak berangkat bila, itu lah tatkala dah bermastautin dalam jangka masa yang lama, mula berat punggung nak gerak. Walaupun aku bersendirian di kampung, yelah cuti aku tidak bertindih dengan kawan-kawan yg dah bekerja. Dalam lingkungan kawan-kawan sebaya, aku je yg gigih usung buku, yang lain dah berakhir skrg tgh bertungkus lumus bina hidup, keluarga dan bla bla bla sendiri. Bila nak jumpa cuma time hari raya, kenduri kawen dan sbginya. Selain daripada itu, bersyukur sgt klu blik kmpg bertembung dgn cuti diaorg. Mmg tak lekat rumah lah, rasa x blik umh pun x pe..terasa rindu sgt2 beb..setahun berapa kali je dpt jumpa, bersembang, borak2 smpi ke pagi. 
Aku rindu giler time zaman muda belia dulu, masakan tidak membesar sama2, dari kecik sampai lah abis sklh, dan lps tu baru lah bwk haluan sndri. Jadi setiap tingkah laku, perangai dan serba-serbi tntg diaorg tersimpan rapi dalam tangan aku.Hahaha! Cuma skrg, aku gigih dtg rumah diaorg jengah mak bapak dieorg je, x pe lah kan x dpt tgk kwn2 pun, dpt tgk rumah, dpt tgk mak ayah diaorg pun dah kira ok lah kan, setiap rumah2 dieorg ni ada kenagan tercipta sendiri, jadi bila datang time2 skrg ni, automatik terus terigt beb kenangan lama mengusik jiwa (KLMJ). Ok bukan nak cerita pnjg2 pasal aku dan kwn2.. tapi nak kongsi lah cerita tntg mainan  masa kecil dulu. Aku anak kampung, yang membesar secara maksimumnya di kampung, jadi permainan tu berkisah pada apa yang ada pada sekeliling hidup je, rasa nak main macam org yg membesar dkt tmpt lain, susah sgt kot, klu ada pun tgu klu turun pekan je baru lah dapat.  Mainan ini, ikut musim, kalau dah rasa jemu main satu2 mainan tu baru lah berubah ke mainan lain.

Kampung Halaman :)
Sepak Getah:

Rasa skrg ni nak jumpa getah yang warna-warni mcm ni dah susah nak jumpa, dulu ni lah permainan yang aku rasa paling best, sebab yg kalah akan kena serah kan segala getah2 yang dia taruhkan kepada yg menang, berapa byk kuantiti tu terpulang kepada keberanian dan modal getah yang dia ada. Biasa main dlm geng, geng mana yang teror akan konker kwsn tu, yg kalah terpaksa lah cari modal getah lain. yea aku sentiasa bernasib baik sb geng2 aku semua teror. Getah ni akan di simpul,siapa yang pandai simpul dia akan untung, dan faktor2 kemenangan bergantung pada selipar yg di pakai, skill sepakan, simpulan getah dan kwsn tu. Biasa tempat simpanan getah yg dimenang simpan dalam tin milo dan sorok dkt port paling best, klu bwk balik rumah mesti kena bakar.Haha!harapan lah nk selamat, tak pun kena curi ..


Senapang Kayu :


Ni atas faktor keberanian, hati kena kering beb sebab ni pakai peluru, kena mmg bentat lah badan dengan kesan tembak. Biasanya guna peluru "terung pipit" sekali das kena, rasanya perit kot. Biasanya pilih kwsn yg strategik, group dipecahkan ikut undian. Kali ini, nasiblah lau dpt geng lemah, silap2 kwsn tergadai kena tawan. Terus kalah. Senapang dibuat dengan kayu, siapa yang pandai buat, dia lah jadi tempat rujukan.


Rounders :

Mainan ni aku paling suka, kalau skill teror pukul dan sambut bola tu, mmg org akan cari ko nak ajak join jadi geng, Stick biasanya dibuat dari kayu je, tak ada spesikasi yg ditetapkan, ikut keselesaan org yg hendak pukul. Geng dipecahkan ikut undian, biasanya guna "lat tali lat je". yang ni, bdk pompuan pun leh join, tpi kt kmpg aku semua jenis permainan rasanya bdk pompuan join. Kecik-kecik lagi kan, mana tahu sgt malu ni. Dulu x da lah nak cinta-cinta time sklh rendah ni.Haha
Bola dibuat dari plastik yang dibentuk menjadi bola, dan dikat guna getah gelang. Ikut kretiviti masing2, selagi tak berderai bola tu tetap kental gunakan gak. Jarang nak dapat bola tenis. Sistem lebih kurang mcm kriket.

Galah Panjang :

Mainan ni smpi skrg masih dimainkan, cuma style dah berubah ikut tmpt yg digunakan, rasanya semua org tahu main kan. Kena pandai atur strategik, kalau mahukan kemenangan.

Baling Tin :

Baling tin, kena ada tin dan alat nak guna utk dituju pada tin tu. Biasanya kiteorg guna selipar, sebab selipar senang digunakan untuk baling kepada geng lawan. Geng pun dipecahkan ikut kumpulan dan mata akan di kira geng tersebut berjaya dirisiapkan tin yang terburai dibaling pada awal tadi. 

Baling Selipar :

Baling selipar ni, lebih kurang mcm baling tin tapi selipar dijadikan subject. Selipar yang didirisiapkan boleh gunakan selipar keras tapi selipar yang dibaling utk sasaran pihak lawan perlu yang lembut dimana tidak akan tinggalkan kesan pada individu lawan. Perlukan skill dlm mainan ini, dan juga pakatan yang terbaik kalau hendak menang. 

Guli :


Guli mainan ni perlukan skill dan nasib yang bertuah. Struktur binaan guli juga perlu di ambil kira dan kwsn yang di gunakan jugak perlu sempurna tanpa ada kwsn lompong. Faktor kebijaksanaan jugak diperlukan. Jumlah guli yang dipertaruhkan bergantung pada modal dan persetujuan. Tujukan guli yang banyak keluar itu lah menjadi kepunyaan dia.

Gasing:

Gasing-Ini permainan yang smpi skrg aku x dpt kuasai, lilit tali gasing pandai tapi nak lontarkan ats tanah mesti tak menjadi, Apatah lagi nak pangkah gasing lawan,lagilah lari tiung kot. Rasa2nya ni lah satu2 mainan yang aku x berapa nak pandai, letih dah praktis tapi masih tak menjadi2 lagi.Akhirnya aku sekadar jadi penonton je.Hehehe

Layang-layang/ Wau:

Ini perlukan kretiviti tersendiri, aku mmg tak kreatif tapi biasanya mintak tlg kwn je yg tlg buatkan, aku cuma tahu naikkan layang2 ni. Strukutr di bina dengan gunakan batang buluh yang diraut bagi nipis, sebab utama buluh digunakan sebab senang dilentur dan tahanan yang kuat. Selain buluh, lidi pokok kelapa jugak sesuai tapi tidak berupaya tampung bebanan yang berat. Dulu ada jual layang-layang plastik yg ada gmbr superhero mcm superman, batman ,whatever! tpi skjp bertahan smpi atas kena tiup angin terus koyak, padanlah dengan harga RM0.50sen.

Sorok-Sorok:

Ini main kalau cukup korum mmg best, jenuh lah siapa yang kena cari tu. Biasanya berjam jugak nak settlekan satu pusingkan yakni bila semua pemain dah dapat dicari. Siapa yang kena cari dia dipilih berdasarkan undi. Nasiblah badan, selagi tak jumpa org yg dicari, selagi tu lah kena cari. Siapa yang tewas dahulu, besar kemungkinan dia yang kena cari utk pusingan seterusnya. Tapi itu jika yang mencari tu bernasib baik jumpa semua. Style kmpg aku, siapa yang last sekali tu dia ada kuasa utk pastikan org yang cari tu tetap kena lagi mencari utk seterusnya jika dia dapat sentuh org yg cari. yang cari ni kena sebut nama bila dia jumpa org tu. Skill jahat, main tukar baju lah kan, mesti dia akan terslh sangka dan kena cari lagi..dan ada yang balik rumah terus dan tak dtg2 dah.. Dulu, bila kenduri ada gak main tgh2 malam,time rewang..tapi bila disogokan dengan cerita hantu "kopek",terus sentap dan tak main2 dah malam.

Lompat Getah :

Lompat getah ni selalunya dikaitkan dengan perempuan tapi belasah je tiada peraturan yang kata itu mainan perempuan kan, perlu kan skill yang hebat untuk melepasi getah, dari peringkat senang sampai lah yang susah, bergantunglah kepada ketinggian siapa yang pegang getah tu adalah tahap kesukaran ditentukan, sehinggalah semua ahli x lepas akan di tukar kepada group yg pegang getah tadi. Kadang2 boleh jadi gaduh sebabkan ketidakpuasan hati.Hahaha

Ting-Ting

Yea, permainan ini adalah satu kelebihan kepada mereka2 yang berkaki panjang dan hebat dalam balingan. Semua org blh main tapi kesukaran bergantung kepada kotak2 yang dibina .

Mandi Sungai :

Satu aktiviti yang paling aku suka, setiap kali habis sklh mesti singgah, janji balik rumah jgn kantoi. Mandi jgn smpi mata merah, rambut kena basuh semula dgn air paip klu tak dari situ dah leh detect yg mandi sungai. Nasiblah kena balun, klu kantoi..habis satu kampung rasa tak cukup tanah nak lari dari kena rotan. Hahaha! Besanya pilih port yg ada pokok, dan dahan pokok menghala ke arah sungai kerana boleh terjun, mcm2 skill boleh buat, nak terjun tirup terjun kepala dulu dan apa2 aje boleh jnji tahu berenang. Dari situ lah aku belajar berenang, dari tak pandai terus jdi pandai.. tapi skrg hampeh terus hilang skill,masuk je dalam air terus tenggelam..faktor berat badan yang semakin merungsingkan.Hahah. Best kot, lumba menyelam, kentut dalam air , berenang, terjun dan mcm2 ada, hisy nak g kolam renang mmg tak lah kan..mana lah ada kot, jadi sungai lah tempat mengasah bakat..

Berkubang-(tangkap ikan):

aktiviti time cuti sekolah, gigh cari parit atau paya semata2 nak tangkap ikan. Hisy masa tu mana tahu erti geli, kotor..selagi byk ikan selagi tu lah lubuk bagi kiteorg beb!. tangkap bukan pakai pancing tpi guna skill, guna tangan je. kalau ada rezeki dapatlah klu takde, blik dengan tangan kosong. 

Main Masak2+ Kawen2:


Ni mainaan budak prmpuan tapi sekali sekala join ok gak kan, besanya jadi ayah , jadi abg, jadi adik lah.. Hahaha, klu igt2 kan blik seronok sebab masa tu tak thu apa2 sgt, segala2nya main redah je, konon2 dah besar dah ada family sendri kan.

Jentik Tudung Botol :
Mainan ni perlukan fokus yg lebih dan skill, siapa yang boleh kalahkan pihak lawan dari peringkat mudah sampai susah dia mmg hero lah. Mainan ni perlu cari tudung botol air minuman seperti ini
Kadang2 tu praktis hari2 nak menang, sampai bwk pergi sekolah..Heheh


Main Tikam: 

Main tikam ini berkadaran pada nasib, siapa luck dia leh lah menang. Ganjaran ni berupa wang ringgit jugak paling mahal hadiah RM 5, dan bayar RM0.10 sen dapat 2 kali cabut. 


Itu lah serba sedikit yg boleh aku senaraikan, kalau nak senaraikan lagi mmg banyak, dulu pantang dengar cuti sekolah, mcm2 lah plan..mmg klu seminggu cuti sekolah, rasanya jadual penuh dgn aktiviti main je, kerja sklh tu siapkan awl2 jadi tak da lah terlalu fikirkan sgt pasal kerja sekolah masa tgh main. Kalau kena soal dgn fmly, bukti dah ada..jadi dieorg tak leh nak marah2 lah sgt klu over main2 ni. spnjg cuti sekolah rasanya nak tgk muka dkt rumah mmg tak lah kan, klu ada pun time  makan tgh hari, rehat skjp kan..klu aku masuk ladang sawit mmg petang nanti baru lah blik rumah..Masa tu berlaku lah sesi soal jawab, salah bagi jawapan siap lah berbirat belakang kena rotan, dah biasa, dah lali kulit pun sampai x rasa bila kena sebat.Hahah! Aku terlalu rindukan masa dan ketika itu kerana itu yg ajar aku jadi manusia hari ini, susah nak lupakan walau sejauh mana aku pergi kini sebab menda tu dah jadi satu kenangan abadi, susah nak nafikan!. Tapi kini terlalu berbeza dgn budak2 zaman skrg, tak boleh nak salahkan mereka, kerana faktor zaman yang memaksa mereka bergerak ikut peredaran. Cuma pendedahan itu perlu agar mereka tahu salah silah diri, tidak lupa jati diri yang sebenarnya masih diperlukan.Tapi biarlah cara penyampaian itu lunas pada landasan yang tepat. 

P/S : gmbr2 ni adalah aku redah dalam google je, mana mahu jumpa dah nak snap sndri, jadi usaha meminjam dari mereka2 yang up dlm blog msing2..Saya mohon pinjam andai gmbr yang dinyatakan dalam ni datangnya dari kamu semua.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

rendu zmn dlu2 ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...