Iklan

Khamis, 11 Jun 2015

Dapor Designer Sungai Buloh. Ikan Patin Tempoyak Paling Sedap

Ikan Patin Masak Tempoyak- Menghairahkan berahi makan.


DAPOR DESIGNER
NO 75 -G FLOUR JLN NAUTIKA AU20/A PUSAT KOMERSIL
TSB SG BULOH 40160 SHAH ALAM
03 61445880 (RESERVATION) 


Tidak perlu bersusah payah lagi kini mencari penangan ikan patin masak tempoyak sehingga ke Temerloh. Rasa yang sama malah jauh lebih padu keenakan bagi peminat tegar ikan patin tempoyak seperti aku . Warga Sungai Buloh atau penggemar sekitar  pelusuk bolehlah jengah ke restoran DaporDesigner ini. Jaminan gerenti berpuas hati. Hidangan menyelerakan malah dalam kuantiti yang banyak pasti membuat anda bertambah berkali-kali.

 Aku kalau singgah sini memang sepinggan nasi tak cukup pasti 2-3 pinggan tambah. Setiap bulan mesti menapak sini walapun perlu berkelana dari Shah Alam bukan halangan asalkan kebahagian perut termakbul.

 Situasi restoran yang santai sangat sesuai untuk yang gemar bersembang tanpa gangguan persekitan. Pemilik restoran pun sangat lah mesra dan peramah. Selain menu utama ikan patin tempoyak,aneka makanan lain  seperti asam pedas, ayam berempah nasi kerabu nasi dagang dan sebagainya tersenarai dalam menu. Pilihan hanya bergantung pada selera anda untuk nikmati.

Jangan terlambat untuk mencuba!!


Ikan Pain Goreng vs Ikan Patin Tempoyak
 
Nasi Kerabu
Ayam Berempah
Laksa

Rabu, 10 Jun 2015

De Bali Spa Sungai Buloh



Segala Detail yang boleh dihubungi

Panggilan khas untuk wanita sahaja.

Tawaran hebat semperna majlis perkahwinan yang bakal berlangsung atau sebarang aktiviti tatarias diri yang terbaik.  Dapatkan harga promosi yang digembar gemburkan.

 Jaminan harga yang mampu menawan hati anda setelah berkunjung ke SPA De Bali.
Segala maklumat lanjut mengenai lokasi ataupun harga promosi. Boleh merujuk kepada segala gambar yang tertera disini.

 Selain itu, spa ini telah mendapat liputan hebat dari majalah mingguan  Wanita.  Ternyata kehebatan spa ini bukan sekadar omongan kosong sahaja akan tetapi terbukti seperti yang diperkatakan.


p/s ; mahukan lebih harga terbaik, bila membuat kunjungan atau tempahan sila nyatakan anda mengetahui promosi ini dari blog saya, jaminan saya anda akan diberi harga dan perkhidmatan yang lebih terbaik kerana pemilik spa adalah kawan baik saya.  Hehehe..

Empunya De Bali Spa
               

Butir-butir temuramah








Lokasi De Bali SPA



RUANG DALAMAN DE BALI SPA:

Laman Santai Utama.


Cendol Durian Dins Seksyen 7 Shah Alam

Sudah lama dengar kehebatan cendol durian beliau dicanang. Sekian kali datang berkunjung tidak pernah terbangkit rasa jemu.
Lokasi sangatlah mudah untuk dikesan. Tak payah nak semak kepala mencari. Hanya berbekalkan sebuah van dijadikan warung bergerak amatlah mesra pengguna. Sembang petang dalam kepanasan sambil basahkan tekak begitu santai. Terletak tepi jalan besar menghala ke Bukit Raja dari Seksyen 7  Shah Alam dan berpandukan senaskah bunting tertera Cendol Dins,anda mampu jejakinya.
Cakap banyak tulis panjang- panjang kalau sendiri tidak hadir untuk mencuba tidak memadai. Datang dan amati dengan telus segala cendol mahupun laksa memberi anda satu jaminan kepuasan tidak terhingga. PASTI!!

Selamat Mencuba.
Cendol Durian Rm3.50
Laksa Rm4.00

Selasa, 24 Februari 2015

Bejadah manusia itu

Kenapa u perlu cerita semua ni.Sengaja nak bgi i jeles?Tak payah lah u. Sikit pun i tak jeles .Klu u tak suka i. U ckp
Terus terang. X payah susah payah nk cerita.Hebatnya org itu ini dkt i
Nak bitau org tu hot itu cute itu ensem itu sado bla bla dan bla.Semak semua tu.I blh faham.I bukan budak kecik.
Yg kena explain A sampai Z itu sbnrnya jauh.Yg Nk kena bgi hint juta kali bru sedar. I blh pergi dgn sendirinya.
Tanpa susah payah u nk suruh. Dasar semua sama.Tak pernah puas .Tak pernah cukup pada satu.Jumpa yg baru hot.Yg lama mula abaikan.Mula jauhkan diri.Mula cipta mcm2 alasan.Mula berlakon dgn tipu helah cerita.Mula tak text mcm dulu mula2 kenal.Sampai rasa waktu itu singkat sibuk dengan text.Sampai rasa sanggup tak tido.asal boleh text dan text sampai mati.Mulalah sehari text pendek2. Kejap2. Pastu hilang dari radar.Esok lusa datang jelma dengan tagih syg. Murahnya syg bagi u
Umpama membeli ikan di pasar borong.
Mula lupa dan lupa terus lupa. segala2nya yang pernah terjadi antara kita.Mudahnya bagi u.Berganti hati berganti rupa bertukar perasaan.
Takpelah. Itu yg u mahukan kan.I tak leh buat apa2.Pasrah
Tapi i percaya. Baik nya orang klu dia jujur, akan berpihak benar suatu masa nanti.Sebab Tuhan itu ADIL.
Wokey.

Selasa, 3 Februari 2015

1390km Antara Borneo dan Tanah Semenanjung

Biarkan lah ku terus mencintai kamu
Mencinta sepanjang waktu
Kurindu saat kita bersama
Mengikat kasih bahagia

Ku mahu kau tahu kau selalu di hatiku
Tak mungkin ku kan ada yang lain
Ku mahu engkau selalu tahu
Dirimu cinta matiku

Biarkan lah saja ku terus merindu
Merindu dirimu
Biarkanlah saja aku menyimpan kasih kepadamu

Ku mahu engkau selalu ada di sini
Menemani setiap malamku yang sunyi
Ku sedar kita takkan mungkin bersama
Dalam setiap waktu 
Kerna jarak menjadi ruang PEMISAH.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...