Sabtu, 31 Mac 2012

Dapur Bujang : Bihun Goreng Cina & Sotong Ber"oat".

Tadi dalam "kusyuk" mendengar kuliah ganti, tetiba masuk satu pesanan ringkas :

"bro ada mana? aku otw dari kuala terengganu ke shah alam ni, ada meeting dengan client. lepak rumah kau jap dan bihun sedap satu..hahaha"

Itulah kawan lama yang bila datang rumah sewa aku tak abis2 dengan bihun sedap dia. Pesan mak setiap tetamu yang datang perlu dilayan dan diraih sebaik mungkin moga nanti tiada yang kurang enak akan diperkatakan kemudian hari.

Proses Masak Bihun Goreng Cina :

Perlu ada , bawang besar, bawang putih dan cili untuk  lebih pedas. Ikut selera masing-masing

Gunakan lesung batu lagi style utk tumbuk bahan-bahan tadi, kalau guna mesin pengisar takut akan terlebih hancur. 

Khamis, 29 Mac 2012

Dapur Bujang : Sarapan Pagi!

Hari ini gigih sediakan sarapan, biasanya klu ada kuliah belah pagi jarang nak bersarapan. Cukuplah segelas kopi o panas dengan sekeping roti pun dah memadai. Tapi pagi ini ada perkara yang lebih penting perlu selesaikan, malam semalam tengah kusyuk layan angan-angan tetiba dapat call dari ex-boss..hari tu dah jumpa, tapi apa lagi yang dia mahukan?. Aku dah faham sgt2 perangai dia, jadi dia ajak jumpa lagi hari ini. Bergegaslah siap2kan segala keperluan.Alasan bernas dia Interview lagi, walhal nanti bila jumpa lain cerita yang dia bikin. Itu sebab tangki perlu diisi takut2 nanti tengah kusyuk layan interview tetiba "bocor" sebab tak isi awal2. Simple sgt resepi ini. Tak perlu sangat pakai bahan yang brand2, yg murah pun boleh beri hasil yang lumayan. Aku guna sebab nak try je.

Bahan- Bahan :

Sekeping Sandwich Patty & 2 Keping Roti 

Rabu, 28 Mac 2012

Dapur Bujang : Siakap Percik

Last resepi berat sebelum aku ambil keputusan untuk berdiet, bukan hari ni masak, tapi masa cuti dekat kampung tempoh hari. Biasanya siakap sering kali dikaitkan dengan masak 3 rasa, stim dan mcm2. Tapi aku nak try ubah ikut selera, akhirnya menjadi. Cuba satukan percik dengan siakap..

Ikan siakap seekor, cukuplah untuk 2 mulut yang akan merasa.

Jumaat, 23 Mac 2012

Selera Bujang : Spagheti Segera..


Erm lapar di tgh hari..rasa malas nk turun "kondo" ni menapak semata2 mencari nasi bungkus. Jadi masak lah kan dengan apa yg ada. Terhad sikitlah sb dkt rumah sewa, kena guna kreativiti sendiri bgi alas perut..Heheh

Bahan-Bahan :

Minyak Olive Oil dan Sos Spagethi ( Biasa Guna Prego, Klu Guna Yg Lain Pun Ok)

Ahad, 18 Mac 2012

Liburan Bujang :KENANGA WHOLESALE CITY.

SUMBER  



Keletihan beb, seharian suntuk berjalan, masakan tidak berganjak keluar dari rumah pukul 0830pg -0130 pgi bru smpi jejak kaki dkt rumah dgn selamat!, kesan masih lagi berbekas pada lutut sukar utk bergerak. Realiti, sekian yg aku mencari apa yg tersenarai cukup berbaloi2 dgn hasil yg aku laburkan. Tempat ni adalah KENANGA WHOLESALE CITY,paling awesome utk borong sakan, beli belah dan tersangat murah, Tapi aku x beli belah satu apa pun dkt sini , baju2 lelaki agak kurang pilihan yg berkenan di hati, klu barangan perempuan mmg untunglah dtg sini, bertingkat2 tmpt ni kbykkan di monopoli brgan dan pakaian berkaitan perempuan sahaja. Klu berniaga online, atau borong mesti dtg sini..lubuk utk cari stok borong dgn harga yg berpatutan. Dalam mencari santapan bagi penuhkan tangki, mmg terdapat pelbagai jenis makanan, terbahagi kepada dua, makanan halal di tgkt 3A manakala tidak halal dkt tingkat 7. Tanpa berlengah kiteorg singgah lah dkt cafe ni, sekilas pandang je, terus tertarik dgn harga yg ditawarkan, paling penting kualiti makanan berpatutan.


Ahad, 11 Mac 2012

Selera Bujang : Ayam Penyet Padang Jawa


Akhirnya berjaya juga sampai bumi Shah Alam, masih lagi mencari-cari manakah mod utk mulakan hari pertama "persekolahan" walhal minggu lepas dah start kuliah tapi biasalah dah last sem ni mahu jadi degil skt! Lumayan seminggu bersenang lenang akhirnya dihadapkan dengan hukuman harus selesai pelbagai assgmnt! Haruslah lupakan tentang semua itu yea, mari aku kongsi kan cerita, port pling baik klu nak pekena ayam penyet dkt sekitar seksyen 7 Shah Alam. Byk dh try tempat lain tapi rasa tetap mahu dkt kedai sini jugak, org2 sekitar sini mahupun diluar kwsn jajahan mesti tahu di mana lokasinya. Hari-hari mesti full, kdg2 sampai satu masa perlu tunggu utk dapatkan tempat.

Jumaat, 9 Mac 2012

Dapur Bujang : Roti Bakar


Selamat Pagi! Teruja lah sgt awl bgun kan, sb tgh hari nanti harus tungkus lumus berkejar balik ke Shah Alam. Bila dkt rumah sewa, mmg tak lah sgt nak fokus pd blog bagai ni. Byk menda yg berlegar dlm benak fikiran tgu turn mintak settelkan segera!. Tapi klu aku masih ada post entry itu tanda aku terlajak rajin lah,Hahaha.. Apa pun hari ni, sarapan aku buat, besa bgun je dah terhidang nasi berlauk lah, bihun goreng lah, nasi daganglah , nasi kerabu lah, dan mcm2 jenis. Kisahnya bukan buat sendiri tapi apa lgi tapau lah! Mana mungkin mak aku rjin nak buat, yang mencekik nti 2 org je aku dgn dia. Jadi jimat masa, jimat tenaga. Dihidangnya yg tersedia dri kedai! Mujur kena dgn selera, telan lah kan.  Nak basuh tekak hilangkan rasa masakan rumah,

Khamis, 8 Mac 2012

Dapur Bujang : Selera Kampung

Hari ni, besalah aku kena masak sendiri, tiada siapa2 dkt rumah.. Mak keluar, dia ada tinggalkan duit suh tapau dkt luar..Dia tak masak apa2 pun, sebab dah lambat tak sempat nak masak. Aku terbabas tidur akhirnya bile perut dah bagi signal barulah tergadah nak bangun. Itulah klu lepak sampai ke subuh, hisy sampai je rumah terus solat subuh dan lps tu terus selamatlah hanyut.. Sedar2 dah pukul 3ptg, mahu tak terasa lapar giler.. Buka peti ais, ada lah tinggal sekor ikan ( x smpi sekor, separuh je) ada sotong, ada sayur, aku tak pasti ini ikan apa, yg penting aku thu masih berguna..jadi tanpa berlengah2kan masa..perlu cepat2kan operasi.. :

Isnin, 5 Mac 2012

Tradisi Yang Semakin Dilupakan..Hanya Tinggal Kenangan

kampung ku 
Masih di kampung lagi, belum berangkat pulang ke UiTM.. Tengah tercari2 strategi nak berangkat bila, itu lah tatkala dah bermastautin dalam jangka masa yang lama, mula berat punggung nak gerak. Walaupun aku bersendirian di kampung, yelah cuti aku tidak bertindih dengan kawan-kawan yg dah bekerja. Dalam lingkungan kawan-kawan sebaya, aku je yg gigih usung buku, yang lain dah berakhir skrg tgh bertungkus lumus bina hidup, keluarga dan bla bla bla sendiri. Bila nak jumpa cuma time hari raya, kenduri kawen dan sbginya. Selain daripada itu, bersyukur sgt klu blik kmpg bertembung dgn cuti diaorg. Mmg tak lekat rumah lah, rasa x blik umh pun x pe..terasa rindu sgt2 beb..setahun berapa kali je dpt jumpa, bersembang, borak2 smpi ke pagi. 

Ahad, 4 Mac 2012

Dapur Bujang : Nasi Goreng Kampung



Tgh malam, tetiba perut buat ragam..memanggil2 supaya diisinya tangki. Ptg dah makan, tpi masih ada rasa lapar..teruk giler nafsu makan sejak lepas pantang ni..meronta2,semua menda nk di bedalnya. Tak kira masa, tempat dan segala2nya, janji sangap dapat dilempiaskan..Hahaha.. Okeh! tgh malam rasa2 ini je yg mampu laksanakan misi..mujur ada serba sedikit bahan2 yang tertinggal, apa lagi langgar..janji tersergam indah dalam pinggan, soal rasa aku x kisah janji lepas ni dapat tidur dengan aman!.Haha

Ini cara org bujang okeh! : 

Jumaat, 2 Mac 2012

Dengarkanlah Wahai Anak..

Sumber-Google 


saat2 seorang bayi berjaya dilahirkan -Google

aku pinjam dari blog seorang...aku mohon share untuk renungan kita bersama..sebagai seorang anak takkala menatap setiap ayat yang terkandung megah dalam baris membuat ku tersentak tersedar,yang selama ini tidak pernah terdetik dalam hati untuk memikirkan segala yang terjadi ini begitu sesukar yang di alami ketika saat melahirkan seorang anugerah tuhan untuk meneruskan perjalanan hidup di duniaNya..Insaf itu lah yang boleh ku katakan,terfikir sejenak akan segala dosa2 penah ku lakukan .

Surat Dari Sahabat..




Erti Persahabatan Tak Pernah Lupus Dalam Jiwaku,

Meskipun Nilai2nya Pudar Dibawa Arus masa...

Dalam Dunia Ini, Kita Tidak Punya Sesiapa Kecuali Diri

Sendiri..

Tetapi Dalam Kita Bersendiri,Kita beruntung Kerana

Kita Mempunyai Seorang Sahabat Yang

Memahami Diri Kita. Sebagaimana Kita Mengharapkan

Keikhlasan Dan Kejujuran Seorang Sahabat,

Khamis, 1 Mac 2012

Mari Membaca


Boring, tak pasti apa perlu dilakukan ketika cuti semakin hari semakin hampiri penghujung, Besalah kalau cuti tak bertindih dengan kwn2 bekerja mahu jadi giler! Masakan tidak, tiada aktiviti yang terancang. Tapi dalam sibuk2 bercuti, tanggungjawab terhadap thesis tetap dilangsungkan, kalau aku leka jawapnya blik U nti mulalah terkial2.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...