Jumaat, 6 April 2012

Dapur Bujang : Meggi Cheese BerCarbonara Cendawan

Hari ini masak simple sahaja, cuba adaptasi meggi dengan cheese dan carbonara
Hasilnya mujur tidak tinggalkan kesan sakit perut..Hehe

Macam biasa, meggi jadi subject utama, direbus dan ditoskan
letakkan sedikit butter utk elakkan meggi dari melekat satu sama lain


Bawang besar dan bawang putih

Sayur dipotong halus, tiada sayur aku akan rasa terlalu kekurangan pada makanan yang dijamah.

Sotong dibasuh sehingga bersih, perapkan dengan sedikit black paper, garam..dibiarkan seketika

Lepas 10 minit perap sotong tadi, panaskan minya..goreng dulu sotong ni
sampai separuh masak..Angkat dan toskan.

Panaskan minyak dan letakkan bawang besar dan bawang putih. Goreng sehingga naik bau.

Masukkan cheese dan sedikit sos carbonara cendawan yang dibeli di kedai.

Gaulakan sehingga sebati dan benar-benar masak.

Masukkan sedikit sayur tadi..Kacau dalam 5 minit dah boleh angkat.

Curahkan atas meggi yang telah siap ditoskan.

Letakkan sedikit butter atas sosej, dan bakar sehingga masak.

Inilah hasilnya.
Selamat mencuba :)

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

simple tapi leh bangkitkan selera
harus try nie..hihi

WanDin berkata...

Nampak cam menarik gak. boleh cuba ni.. :)

Lang Radzlan berkata...

sila lah mencuba :)

CintaZulaikha berkata...

tak lemak sgt ke rasanya....

Lang Radzlan berkata...

x lemak sgt...sb letak dlm kuantiti yg sedikit je cheese tu.. :)

ABU berkata...

simple tapi nampak mnyelerakan..

Shafiq berkata...

Lapor Plk Tengok Makanan Nie..

vagg-nini berkata...

terbaek la bro! susah nk cari lelaki bujang trang tang tang suka masak ni

Seneorita Baharin berkata...

look delicious...kena try ni... :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...