Suatu Perjalanan
Sabtu, 26 Mei 2012
Disaat Aku Merindui Bayangan Itu..
Lebam biji mata menghadap nombor-nombor yang bertali arus menyerang minda.. Mahu rasa pitam otak berhenti dari mengalirkan darah ke otak kiri. Tapi kalau aku terus mengalah rasanya segala kerja tidak mahu berjalan. Terpaksalah kerahkan tenaga berganda-ganda, walau apa jua cara sekali pun aku kena teruskan, kekalkan momentum sampai kepenghujung jalan. Kalau ini yang aku mahukan dari mula masakan aku juga yang perlu habiskan sehingga ke titisan keringat yang terakhir. Malam minggu perlu aku rela untuk terus berdepan menguruskan nombor-nombor, mengetuk papan kekunci ini keseorangan walaupun hakikat jarang sekali aku berbuat demikian. Seringkali diisi dengan pelbagai kerenah tapi apakan daya,buat seketika lupakan liburan malam minggu.
Aku tak pasti, kenapa dalam kadaran biasa, aku mampu lupakan terusan bayangan wajah-wajah yang aku rasa mampu memberi tindakan pesona mata memandang bila bertemu hari ini dan tak beberapa jam bila lena di ulit mimpi terus pudar . Tapi tidak situasi tadi terus menggamit perasaan, menatap wajahnya kali terakhir terus kini mengundang rindu yang membara. Sehingga kini masih terasa bahang bayangan wajah galak bermain di minda. Cuba persetankan mainan emosi tapi akhirnya aku larut dalam buaian indah sang angan tak sudah. Tolonglah aku merayu segala berahi ini pergi menjauhi segala ruang genap minda. Aku tidak berdaya untuk bertahan dalam situasi kemaruk rindu yang bertebak dalam jiwa. Sentiasa segar setiap perincian susuk tubuh dan gambaran wajah nya. Umpama kiasan dari hati mempersendakan kebodohan sendiri kerna tidak berbalas senyuman padanya. Senyuman pertama mampu mengubah tanggapan pertama. Tapi kerana ego, aku sendiri tidak menghantar tanda yang aku juga sebenarnya mahu mengenali dengan lebih jauh. Akhirnya berlalulah begitu sahaja. Apakan daya, ego satu penyakit yang merugikan segala peluang yang dihantar olehNYA.
Sabtu, 28 April 2012
BERSIH version Arnab..
Haha..tajuk tak leh bla kan..cari publisiti murahan, takpe janji aku sahut juga perhimpunan bersih tu. Sesak selongkar facebook , ramai yang kondem dan setuju tentang bersih. Itu aku lari pergi bersihkan sangkar arnab ni. Keluarga arnab ni dah bela sejak 2007 lagi, dah berapa genarasi pun tak tahu, bila beranak dah besar , jadi tua terus mati sampai suatu ketika tinggal 3 ekor sahaja tapi yg atuknya gigih nak selamatkan keturunan terus buat projek tu yang skrg ada 12 ekor..kembali banyak semula. Senang jaga mereka2 ni, tak perlu sangkar yang cantik2 bagai. Buat sangkar besar dan lepaskan. Sampai masa bagi makan dan minum yang secukupnya dan pukul 5 lepaskan sekejap dkt padang sebelah bagi ragut rumput..
![]() |
| selesai ragut BERSIH kan bulu .. |
![]() |
| dapat makan lupa masalah seketika.. |
Khamis, 26 April 2012
Pekin Ibrahim: GLAM Lelaki MEI & JUN 2012
Untuk ketahui segala maklumat yang lebih padat, sila dapatkan senaskah di pasaran. Segala informasi tersedia di dalam majalah ini.
"usah terlalu mengikut budaya orang lain "- Pekin Ibrahim

Selasa, 24 April 2012
Segalanya MELAKA...
Kisah aku sepanjang berkampung selama 2 semester di Melaka, ini sebahagian tempat-tempat yang telah aku lawati. Masih banyak lagi tempat tapi akibat kekangan masa membantut segala usaha.
Jadi hanya ini sahaja yang berdaya aku paparkan.
Cintaku Tertinggal Di Jeti Tanjung Beruas..
Jumaat, 6 April 2012
Dapur Bujang : Meggi Cheese BerCarbonara Cendawan
Hari ini masak simple sahaja, cuba adaptasi meggi dengan cheese dan carbonara
Hasilnya mujur tidak tinggalkan kesan sakit perut..Hehe
Macam biasa, meggi jadi subject utama, direbus dan ditoskan
letakkan sedikit butter utk elakkan meggi dari melekat satu sama lain
Sabtu, 31 Mac 2012
Dapur Bujang : Bihun Goreng Cina & Sotong Ber"oat".
Tadi dalam "kusyuk" mendengar kuliah ganti, tetiba masuk satu pesanan ringkas :
"bro ada mana? aku otw dari kuala terengganu ke shah alam ni, ada meeting dengan client. lepak rumah kau jap dan bihun sedap satu..hahaha"
Itulah kawan lama yang bila datang rumah sewa aku tak abis2 dengan bihun sedap dia. Pesan mak setiap tetamu yang datang perlu dilayan dan diraih sebaik mungkin moga nanti tiada yang kurang enak akan diperkatakan kemudian hari.
Proses Masak Bihun Goreng Cina :
Perlu ada , bawang besar, bawang putih dan cili untuk lebih pedas. Ikut selera masing-masing
Gunakan lesung batu lagi style utk tumbuk bahan-bahan tadi, kalau guna mesin pengisar takut akan terlebih hancur.
Khamis, 29 Mac 2012
Dapur Bujang : Sarapan Pagi!
Hari ini gigih sediakan sarapan, biasanya klu ada kuliah belah pagi jarang nak bersarapan. Cukuplah segelas kopi o panas dengan sekeping roti pun dah memadai. Tapi pagi ini ada perkara yang lebih penting perlu selesaikan, malam semalam tengah kusyuk layan angan-angan tetiba dapat call dari ex-boss..hari tu dah jumpa, tapi apa lagi yang dia mahukan?. Aku dah faham sgt2 perangai dia, jadi dia ajak jumpa lagi hari ini. Bergegaslah siap2kan segala keperluan.Alasan bernas dia Interview lagi, walhal nanti bila jumpa lain cerita yang dia bikin. Itu sebab tangki perlu diisi takut2 nanti tengah kusyuk layan interview tetiba "bocor" sebab tak isi awal2. Simple sgt resepi ini. Tak perlu sangat pakai bahan yang brand2, yg murah pun boleh beri hasil yang lumayan. Aku guna sebab nak try je.
Bahan- Bahan :
Sekeping Sandwich Patty & 2 Keping Roti
Langgan:
Catatan (Atom)












