Iklan

Ahad, 4 Februari 2018

Pulau Songsong, Yan, Kedah Darul Aman, 2018



Sebahagian Pulau Songsong

Permandangan yang memukau mata setibanya di Pulau Songsong.



Pulau Songsong yang terletak di Yan, Kedah Darul Aman merupakan sebuah pulau yang begitu menenangkan jiwa tatkala kaki menjejakinya. Diseliputi pasir yang memutih dan kehijauan pokok-pokok hutan yang masih terpelihara serta terumbu karang yang masih terdapat di dasar laut. Kami ke sini dengan satu tujuan untuk merehatkan diri secukupnya sebelum tugas memasak untuk Madrasah sekitar Yan yang bermula di sebelah petangnya. 


Terdapat pelbagai cara untuk sampai ke sini, dengan menaiki bot samada melalui Jeti Sungai Yan, Jeti Sungai Udang, Jeti Kuala Dulang mahupun Jeti Tanjung Dawai. Perjalanan kami dipermudahkan dengan bantuan pihak 4x4wd Kedah, Abang Ee dgn kawan nya. Sekitar jam 9 pagi kami telah selamat tiba di Jeti Sungai Udang menunggu bot yang dikendalikan sendiri oleh Abang Ee. Perjalanan menyusuri muara Sungai Udang dan laut mengambil masa selama 15 minit sahaja.  Menurut informasi daripada Abang Ee, bagi yang ingin ke sini perlu membuat tempahan awal kerana perjalanan ke pulau ini bergantung sepenuhnya kepada pasang surut air laut dan keadaan cuaca.

Jeti Sungai Udang- merupakan sebuah perhentian para nelayan sekitar,mendarat untuk mengagihkan segala hasil yang dieprolehi

Sebahagian keadaan Jeti Sungai Udang.

Bot Nelayang yang kami gunakan untuk aksess ke Pulau Songsong.
Tersadai seketika

Setibanya kami setelah hampir 15 minit mengharungi perjalanan.



Oleh kerana pulau ini bukan destinasi pelancong yang popular, tiada resort yang menarik tersedia, malah tiada penduduk di sekitar pulau, makanya segala aksess untuk kemudahan asas tiada disediakan. Maka dengan itu segala peralatan yang anda fikir perlu, hendaklah dibawa sendiri. Seperti kami, segala makanan kami bawa dari rumah, tapau sesiap untuk sarapan pagi dan khemah untuk jadikan hamparan. Makan di bawah redup pokok, disajikan dengan permandangan yang asyik, deruan ombak laut yang menghempas pantai dan lambaian pokok kelapa membuatkan kami menjadi semangat untuk makan apatah lagi makan beramai-ramai menambahkan selera menjadi luar biasa,

Lapar teruk.

Keadaan batu yang terdapat di sekita Pulau 

Untuk angle gambar yang cantik, memang sini tempatnya









Satu pengalaman yang menarik, sebab ketika kami di sini, tiada pengunjung yang lain. Seolah membuatkan pulau ini hakmilik kami sepenuhnya.. Hahaha.. Lagi satu kepada yang akan berkunjung, apa yang anda bawa nanti, maka itu lah jua yang anda bawa pulang, terutamanya sampah. Terdapat sedikit longgokan sampah yang ditinggalkan oleh meraka yang pernah mengunjung pulau ini terdahulu. Sikap sebegini mencacatkan lagi keindahan pulau yang sememangnya mengagumkan. 

Dibawah ni, ada disedikan video perjalanan kami dan sepanjang keberadaan kami di sini. Mungkin dengan video lagi menjelaskan situasi sebenarnya..






13 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

hai..nak tanya,berapa harga sewa satu bot tu?
hari tu gerak dr jeti pukul brapa,balik puku brapa ya?tq

shahrizan abu bakar berkata...

Kawan sy buat pakej sewa bot rm350 pergi balik

shahrizan abu bakar berkata...

Biasanya pergi waktu pagi balik sebelah ptg kalau nk bermalam pun boleh

Zuliyana Zulkiflee berkata...

Boleh sy dptkn num telefon owner sewaan bot tu?

Hamba Allah berkata...

Boleh bg no phone

Unknown berkata...

May I know,how to go there?

choon ming keong berkata...

can i know how to go

Abewad berkata...

Nak nmber tepon

Unknown berkata...

0124035334

Unknown berkata...

0124035334

Unknown berkata...

Abg E 0124035334

Unknown berkata...

Terbaik

Unknown berkata...

Brapa org bleh naik Satu bot

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...