Ahad, 22 Januari 2012

Dapur Bujang : Tempe Goreng..


Lama tak keluarkankan entry tntg masakan..berkepuk dapur ,sebab tak berasap. segan lah!! aku bukan hebat sgt nak masak2 ni..yg simple2 je boleh lah layan..
dalam family,aku je yg msih gagal nak kuasai pelbagai jenis masakan yg diturunkan zaman berzaman oleh mak..bukan apa,malas nak fikir2,leceh2 kan hidup nk turun dapur..

Sabtu, 21 Januari 2012

Outdoor Promo..


Sesiapa yang ada di sekitar Melaka atau di mana2 jua tetapi ingin melancong ke Melaka
dan ingin mengabadikan kenangan bersama pasangan anda..
anda di alukan untuk mencuba pakej yang ditawarkan  di bawah..
harga yang ditawarkan terlalu berpatutan dan hasilnya berbaloi2..
dijamin anda akan berpuas hati dan tidak akan menyesal dengan pelaburan yang dibuat
kerana jaminan anda berada dalam tangan seorang yang pakar!!
sekiranya berminat..baca info di bawah dan terus hubungi beliau yang dinyatakan dalam pakej itu
untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut..
rugi besar beb klu tidak mencuba..dan bukan selalu ditawarkan
dengan harga sedemikian dari seorang yang berpengalaman!!

Outdoor promo~ RM 199 per slot.. (7 slots left).. *shooting area bandaraya melaka... for any enquiries call 0182239425 @ email to syukablil@gmail.com @ fb:https://www.facebook.com/syuk.ablil....

*area kl pun boleh tapi shoot bulan march onwards =D

Antara sebahagian kerja tangan beliau :




Jumaat, 20 Januari 2012

Terhenti Disini



Erm dalam syok2 belek gambar lama2..tetiba mata aku terkaku pada satu folder yang masih lagi tersimpan rapi..benak fikiran merasakan yang telah delete segala memori bersama dia,PASTI!..tapi bila tangan laju klik pada folder itu,rupa2nya ruang isi dalam masih lagi tersemat beberapa keping gambar, yang menjadi saksi bahawanya aku saat ketika dahulu pernah menjadi milik seseorang!.hati ini pernah dicuri, dijaga dengan penuh rapi tanpa sekelumit kompromi, dikasihi dengan jujur tanpa sebaris bayang rona syak wasangka. Hati tetiba terusik dengan mainan imbasan yang cuba dibentangkan pada layar memori. Rapuh membawa aku ke dasar-dasar peristiwa ini berkisah walaupun ia sekadar sekeping gambar tapi pengertian yang cuba disampaikan cukup membuat aku kembali tersentak, terfikir bagaimana ini pernah terjadi,pernah mengisi segenap ruang kisah hidup biarpun hanya mampu bertahan selama 2 tahun dan tidak sehebat cinta terdahulu yang kuat berpaksi sehingga ada yang menghambat bertahun-tahun lamanya, paling sadis hampir 6 tahun bersama tapi kehadiran kamu tetap tinggalkan kesan untuk hayat saya..saya coretkan sedetik kisah,tapi mengertilah bukan bermakna saya ada lagi rasa itu,ini adalah sekadar perkongsian kisah..yang pernah berlangsung antara dua manusia..untuk jadikan teladan kita bersama.


Kamu:
Maafkan saya,andai kata bicara saya pada kisah ini membuat kamu tersentak,tergadah pada satu sandaran memori yang pernah kita ciptakan bersama. Tiada gusar dalam hati untuk berhajat sedemikian,tapi ini adalah ketentuan yang telah tertakdir yang saya perlu kuat untuk berhadapan dengan realiti. Saya tahu kesilapan itu terjadi datangnya dari kekhilafan sendiri yang terlalu bertuhankan nafsu amarah tanpa peduli jiwa-jiwa yang berlangsung dalam lingkaran hidup saya. Saya tahu,sampai kini saya masih belum terzahir untuk mengucapkan punca sebab saya lepaskan kamu pergi itu, biarlah tuhan sendiri yang akan sampaikan pada kamu. Saya tiada kekuatan itu walaupun pada dasar pandangan kamu saya mampu, tapi saya sebenarnya rebah pada lantai kemahuan diri. Maafkan saya,kerana terpaksa lepaskan kamu pergi walaupun jauh dalam dasar hati itu bukan kemahuan saya. Tapi demi kebahagian kamu, saya perlu..Itu tentang perasaan saya saat2 ketika kita sedang hebat berperang dengan detik2 perpisahan. Kini,saya berjaya padamkan kenangan itu,biarkan di bawa angin yang menderu pergi, perlu untuk saya teruskan amanah tuhan yang tertulis dalam hidup saya bahawa saya bukan milik kamu dan kamu bukan tercipta utk saya. Demi hidup yang mendatang, saya berterima kasih pada kamu atas pengalaman ini. Tiada sesalan atau dendam yang mendalam atas apa yang telah berlaku, kerana itu buat saya lebih kenal siapa saya dan lebih buat saya tahu hargai setiap jasa manusia lain dalam pembentukan hidup saya kini dan masa2 mendatang.



Kamu:
Saya tahu,kamu berantakan berperang dengan segala ancaman perasaan yang berkecamuk mengerahkan diri untuk terus sabar menerima kenyataan hidup,saya percaya kamu seorang wanita yang kuat, melawan setiap tindakan yang datang dari kesan perpisahan ini..Kamu wanita paling baik yang pernah saya miliki,jadi saya tidak mahu kebaikan kamu,terjodoh untuk seseorang lelaki seperti saya, biarlah saya rela korbankan semua itu andai kata tuhan telah tetapkan kebahagian kamu bukan bersama saya, saya tumpang bahagia bila kamu berjaya membina hidup baru bersama sesiapa yang begitu layak menjadi pembimbing kamu. Percayalah saya berusaha untuk itu tapi setiap usaha yang terlahir dari dalam diri sendiri tidak memenuhi spesifikasi yang saya telah tetapkan. Saya cuba mencari kesempurnaan itu tapi tidak pernah terdetik yang penghujungnya adalah perpisahan ini. Tapi saya berharap kamu faham,apa yang terjadi ini adalah musibah pemberian tuhan paling bermakna,anggaplah diri saya hanya sekadar ujian di mana tempat kamu untuk lebih mengenali diri seseorang lelaki demi kesempurnaan kamu untuk lelaki lain. Percayalah,ujian tuhan terselit satu nikmat yang tidak pernah terlintas dalam konatasi minda kita,kerana tidak tercapai oleh akal untuk menyangkal setiap kejadian. Bersyukurlah,kerana hilangnya saya dari hidup kamu berganti hati dengan yang betul-betul hakmilik kekal kamu, yang betul2 mengerti pendirian hidup kamu,yang betul2 dapat terima setiap perasaan yang mengalir dari diri kamu, yang betul2 tahu apa yang kamu mahukan dan yang betul2 termaktub itu jodoh kamu..Saya cuba dahulu,tapi saya gagal untuk teruskan..



Kamu:
Dahulu mungkin kamu rasakan,saya tidak mengalami dan tidak pernah berhadapan dengan dugaan dari kesan perpisahan ini,tidak terlintas untuk bersedih dengan setiap yang terjadi ini. Pada fasa pertama,terlalu berat ancaman yang saya alami ini,tapi saya cuba untuk slumber kan diri,untuk berfikir seperti tiada apa2 yang berlaku sedangkan dalam hati menderita berhari-hari,berbulan2 malah makan bertahun walaupun hampir 2 tahun sudah kita telah membawa haluan hidup masing-masing. Dahulu,saat ketika terpisah saya tidak pernah tunjuk pada sesiapa,saya pendamkan derita hati ini,cuba melawan dari terus gugur pada medan itu, saya bangun walaupun saya tahu saya tidak mampu untuk bertahan,saya cuba sembunyikan tangisan jiwa walaupun saya kehilangan segala2nya. Mana mungkin saya gigihkan diri terbuka terima untuk setiap yang saya lalui bersama2 kamu lenyap dalam sekelip mata,tiada lagi panggilan suara yang ceriakan hidup saya,yang menjadi medan tempat kita berbual tatkala berjauhan,setiap kiriman mesej yang awak tinggalkan tidak lagi berfungsi. Terlalu kosong hidup ini,hari-hari yang saya lalui begitu mengancam jiwa untuk terusan bertindak memberi tekanan. Hakikat mata yang melihat hati ini kuat,cuba berikan sekuntum senyuman bila bersua tapi rasanya hambar. Saya bercelaru untuk teruskan hidup,sedangkan hidup yang saya lalui ketika ini adalah permintaan kamu. Saya cuba tenangkan jiwa untuk hadapinya..saya perlu kerana saya tidak mahu dilihat terlalu ampuh dibaluti luka-luka kekecewaan, saya selalu berbisik pada hati biarkan lah dia berlalu demi kebahagaian dia. Itu baru ancaman dari diri sendiri, belum lagi saya paparkan dari keluarga saya sendiri. Kamu tahukan, bagaimana kehadiran kamu diterima sebulat suara tanpa apa prejudis. Tapi kehilangan kamu terlalu berbisa sehingga tinggalkan cemuhan paling kejam pernah saya terima. Mak saya sendiri, hampir sebulan tidak bertegur sapa dengan saya akibat keputusan yang saya buat, saya berusaha yakinkan dia..beranikan diri nyatakan kekhilafan saya tinggalkan kamu..saya tahu terlalu berat dia nak terima kehilangan kamu dalam hidup ini kerana dia sudah semadikan dlm hidupnya terima kamu seperti anak sendiri. Saya sedih,saya tidak mampu teruskan hajat dia untuk melihat kita bersatu..saya gagal!! cuba tenangkan jiwa seketika..saya beri ruang kepada dia untuk terima kenyataan hidup itu, tentang perjodohan ini..Anak2 buah saya yang mengenali dan rapat dengan kamu mula menjauhi diri daripada saya,terus menghukum dengan setiap pertanyaan apabila bertemu.."mana kak farah"?, "kenapa tinggalkan kak farah"? kenapa dan mengapa sering berlagu setiap kali saya bersua dengan mereka,sehingga hari ini masih lagi ada sisa itu. Tapi saya tidak salahkan kamu, kerana salah itu terletak pada jasad ini, kesilapan lalu memakan diri sendiri. Seperti saya katakan,saya cuba belajar untuk terima kamu tapi saya gagal pada pertengahan jalan...

Kamu:
Kini saya dapat tahu,dari anak2 buah saya yang kamu sudah dimiliki dan memiliki..Itupun setelah mereka berjaya dapatkan facebook kamu..Alhamdulilah!! kerana kamu masih lagi terbuka untuk terima kehadiran orang lain dalam hidup kamu walaupun natijah yang kamu terima dari tindak tanduk saya. Saya?erm biarlah saya teruskan apa yang saya rasakan perlu..saya belum bersedia untuk berganti hati, saya senang untuk hidup seperti ini..bergelandangan seorang diri menghadapi liku-liku jiwa,saya sentiasa doakan yang terbaik  untuk kamu, saya tumpang gembira di atas kebahagian kamu berdua. Moga2 mampu kekal untuk hayat selamanya. Orang selalu kata,yang lepas jangan dikenang nanti takut2 akan buat hati terluka kembali,bagi saya itu org..saya ada cara saya sendiri, sy jadikan kisah lalu satu pengajaran dan pembelajaran untuk lebih bersedia terima apa yang akan mendatang..saya cuba selagi termampu, maafkan saya andaikata kalau apa yang terlintas dalam ini bikin kecelaruan kembali untuk hidup kamu,tapi saya perlu nyatakan bagaimana hidup saya setelah terbiar dari noda itu. Saya mahu kamu tahu yang saya bukan seperti sangkaan sesiapa yang melihat saya begitu gembira sedangkan hakikat dalam jiwa tiada siapa yang pernah bicara. Biarlah, ini mungkin hukuman tuhan pada saya,saya terima setiap kejadian itu andaikata ia mampu pulihkan jiwa ini. Cuma jauh dari dalam ruang hati,saya mohon restu kamu untuk saya teruskan apa yang telah kamu mulakan ini,hidup yang sedang saya lalui ini adalah permintaan kamu..untuk lihat saya berjaya..ya saya sedang berusaha ke arah itu..terima kasih kerana telah bagi saya sepotong memori..Apa yang tertulis ini tidak bermaksud saya masih memiliki perasaan seperti dahulu, cuma ini sahaja cara untuk saya meminta maaf dan perbetulkan setiap pandangan kejam orang terhadap kesilapan saya..terbukalah terima kenyataan ini, sebab kamu dan saya sudah dewasa,biarlah kita bicara atas dasar seorang yang matang..yang tahu setiap kejadian itu adalah ketentuan Allah..yang cuba memaafkan kesilapan yang pernah terjadi..paling penting saya tak pernah tinggalkan kamu kerana seorang perempuan lain!!seperti yang cuba difitnah oleh org lain..saya baik dgn dia sbgi kawan,saya thu batas2 ketika itu tpi mungkin dipandang oleh mereka yang tak thu jalan cerita,hujung pangkal menabur fitnah...saya tinggalkan kamu kerana itu kemahuan diri sendiri!!saya tahu persoalan sering bermain kenapa tidak awal2 dan kenapa dah terlajak jauh baru sedar?..tapi saya tiada daya utk berikan jwpn..biar tuhan sahaja wakil utk sampaikan jawapan itu...biarlah itu semua dah berlalu,telah terjadi satu kenangan,tutup buku lama,buka buku baru...saya tetap anggap kamu sbgi sahabt wlpun itu sukar bagi kamu setelah apa yang telah terjadi ini..harus diingat datangnya saya bukan berniat musnahkan apa yg telah terjadi kini,bukan untuk bergelut dapatkan kamu,hisy..tidak terlintas sama sekali..hadirnya saya cuma sekadar untuk ucapkan tahniah pada kamu..dan saya tumpang seronok atas kebahagian kamu..doa2kan moga saya suatu hari nanti terbuka akan ketemu dengan jodoh saya dan bahagia seperti kamu..

*nanti kawen jgn lupa jemput saya,nanti saya heret anak2 buah saya yang teringin sgt jumpa kamu.. nono,baby,kakak,ayu,ika,ct dan lain2 terlalu taksub nak jumpa kamu*

doa saya semoga kamu berdua bahagia selalu..amin!!maaf dari ruang paling dalam andai kata kisah ini membuat kamu terguris..tidak bermaksud begitu..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...