Iklan

Jumaat, 3 November 2017

Bukit Botak Puncak Alam, Selagor


Kawasan ini kira baru lagi, masih belum diterokai sepenuhnya, sesuai untuk aktiviti riada bersama dengan keluarga. Trail terlalu mudah, tidak memenatkan bagi yang sudah biasa mendaki, tetapi untuk mereka yang baru pertama kali mencuba mungkin akan berhadapan dengan sedikit cabaran. Untuk sampai ke puncak, tidak perlu gusar akan tersesat kerana daripada permulaan track sudah ditanda dengan plastik Caution berwarna merah putih, hanya perlu mengikut tanda itu akan bawa anda sampai ke puncak. Menjanjikan pemandangan hijau pokok kelapa sawit buat penat lelah anda hilang dan menggamit ketenangan sekiranya tiada ramai di puncak. Sebagaimana kami mendaki, ketika itu tiada kelihatan pendaki lain hanya kami berdua, masing-masing mencari sudut sendiri untuk berehat dan menghayati pemandangan. 

Rimbunan pohon kelapa sawit kelihatan menghijau


Kawasan parking, sekitar pintu masuk pam air.


Permulaam mendaki perlu melalui kebun kelapa sawit.

Selepas menempuh kebun kelapa sawit yang pertama, akan disajikan dengan pemandangan sekitar kawasan perumahan berhampiran.

Permulaan menuju ke track, akan melalui kawasan pencawang TNB terlebih dahulu, dan akan jumpa sign hikers ini  yang telah di pacak.

Pemandangan sekitar kawasan pencawang TNB.

Cari tanda ini dimana membawa erti akan bermula pendakian seterusnya, perlu melalui sekitar kawasan ladang kelapa sawit.

Pitstop pertama, Kem Paet.

Sekitar pemandangan di Kem Paet



Seterusnya, untuk sampai ke puncak Bkt Cherakah, anda perlu teruskan pendakian ke hadapan lagi. Masih rentak yang sama dengan mengikut tanda Caution yang di ikat di sepanjang dahan/ ranting kayu. 

Permulaan laluan untuk sampai ke Bkt Cherakah

Teruskan pendakian sehingga sampai ke Kem Lopa, daripada Kem Lopa ke Puncak Bkt Cherakah tak lama dah, dalam kiraan 5 minute perjalanan akan sampai.

Sampai di puncak Bkt Cherakah, ketinggian 214m sahaja

Kami memulakan pendakian sekitar tepat jam 0700 pagi, kali ini memang santai habis tidak seperti kebiasaan di mana kami akan berlari untuk mendaki dan turun ke bawah, kiraan masa yang kami ambil untuk sampai ke papan tanda Bkt Cherakah adalah 15 minute. Sekiranya anda membawa sebarang plastik/ sampah lain silalah bawa turun bersama anda, jangan tinggalkan di atas atau buang merata kerana kawasan ini begitu bersih.

Untuk sampai ke sini boleh gunakan Google Maps/ Waze dengan taip Hiking Trail Bukit Botak, dan anda akan sampai ke kawasan Pam air tadi  


Semalam bersamaan 20 January 2018 datang semula sini, hari tu setakat tanda Bukit Cherakah sahaja. Tapi semalam rupanya kalau kita teruskan pendakian ke depan lagi akan nampak kawasan Kuari begini. Untuk sampai ke kawasan ini, kena redah turun bukit sikit, hati-hati agak curam, 

Takungan air..





3 ulasan:

Fitrah Jamil berkata...

salam, nak tanya kalau kita dah sampai bukit cherakah ada x signboard ke kwsn kuari? berapa lama ke kwsan tu? or boleh guna google map?

Aiman nad berkata...

Ikut pace masing2. Normally dlm 40 minutes dh sampai

Tanpa Nama berkata...

X perasan pulak ada kawasan kuari...yg pasti nya bila Kita terus lg ke depan menuruni bkt cerakah,ada kawasan bukit berbatu di mana kerja kerja pemotongan tanah sedang di jalan kan..En Ahmad

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...