Iklan

Ahad, 11 Mac 2012

Selera Bujang : Ayam Penyet Padang Jawa


Akhirnya berjaya juga sampai bumi Shah Alam, masih lagi mencari-cari manakah mod utk mulakan hari pertama "persekolahan" walhal minggu lepas dah start kuliah tapi biasalah dah last sem ni mahu jadi degil skt! Lumayan seminggu bersenang lenang akhirnya dihadapkan dengan hukuman harus selesai pelbagai assgmnt! Haruslah lupakan tentang semua itu yea, mari aku kongsi kan cerita, port pling baik klu nak pekena ayam penyet dkt sekitar seksyen 7 Shah Alam. Byk dh try tempat lain tapi rasa tetap mahu dkt kedai sini jugak, org2 sekitar sini mahupun diluar kwsn jajahan mesti tahu di mana lokasinya. Hari-hari mesti full, kdg2 sampai satu masa perlu tunggu utk dapatkan tempat.

Mesti ada kelainan dari yang lain kan, dulu giler makan sini sebab kicap nya mmg btul2 kaw, tpi skrg tak pasti kenapa tiada lagi disediakan perkhidmatan percuma kicap. Digantikan dengan sup,terpulanglah pada kamu mahukan sup itu sebagai tambahan penyedap atau tidak. Selain itukan, sambalnya pergh rasa sungguh menyelerakan, pedas yg digarap adalah original kerana penghasilan masih kekalkan ciri-ciri tradisonal, di mana kaedah cili giling masih diadaptasikan dalam menghasilkan yg terbaik. Terkesima klu rasa sambal tu!  Ada masa terlalu pedas, dan sekali sekala boleh tahan bahang pedas tu. Kerana dh lama simpan dendam, membuak2 dah kemaruk tu yg smpi je sini terus serang kedai ini dulu. Citarasa yg ditawarkan amatlah memenuhi intipati yg aku mahukan.




Sertakan lokasi sekali, main point nya adalah Stesen KTM Padang Jawa, lepas jambatan yg menyeberangi kwsn landasan keretapi terus belok kiri. Kedai nya betul2 tepi jalan .Kalau hendak pasti lagi gunalah google map mcm yg aku sertakan ni. Anak panah memberi gambaran tntg lokasi.

Air paling special dkt sini "Extra Joss", harganya cuma RM 1.50 segelas. Yang belah kanan perisa anggur dan yg belah kiri perisa original. Aku first try masa keja dkt Penang lagi, time rehat selalu lepak2 dkt kantin indon, pekena air ni, fungsi air ni bagi tenaga dkt tubuh kita. Tapi dijamin sedaplah.

 Nasi kita boleh ambil sendiri, ikut tahap kelaparan, harga yang dicaj disekalikan dengan ayam ini adalah RM4.50 shja. Selain ayam, terdapat jugak ikan keli dan daging penyet.  Disetakan pelbagai lagi lauk pauk aneka jenis mengikut masakan indonesia. Biasanya aku selalu sertakan tempe yg digoreng tapi kali ini dtg tempe tu dah habis. Redha je lah telan apa yg ada ni kan wlpun berbaur frust tu tetap ada..Hahaha




Inilah suasana sekitar kawasan kedai ini, hanya menyerupai kedai makan biasa sahaja, akan tetapi kesedapan itu yg memanggil2 org ramai utk terus datang tanpa henti . Kadangkala yg biasa2 ini mampu menandingi keenakan yg ditawarkan di tempat yg eksklusif  Silakan datang merasai kesedapan yg tidak terkata ini. Perlu cuba!




Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...