Iklan

Jumaat, 2 Mac 2012

Dengarkanlah Wahai Anak..

Sumber-Google 


saat2 seorang bayi berjaya dilahirkan -Google

aku pinjam dari blog seorang...aku mohon share untuk renungan kita bersama..sebagai seorang anak takkala menatap setiap ayat yang terkandung megah dalam baris membuat ku tersentak tersedar,yang selama ini tidak pernah terdetik dalam hati untuk memikirkan segala yang terjadi ini begitu sesukar yang di alami ketika saat melahirkan seorang anugerah tuhan untuk meneruskan perjalanan hidup di duniaNya..Insaf itu lah yang boleh ku katakan,terfikir sejenak akan segala dosa2 penah ku lakukan .



"Masa kita kecik dulu, kita tak kan terfikir benda ni… benda yg aku nak ceritakan ni la. Masa remaja aku kengkadang aku ada jugak meninggi suara dan ada perasaan marah pada mak aku… bila dia marah aku dan aku rasa tak fair. Abg dgn adik aku tak kena marah pun… Tapi yg buat salah nya memang aku pun.
Kengkadang masa kat sekolah asrama, ada jugak sengaja lambat balik kampung… nak melepak dgn kengkawan dulu. Enjoy-enjoy, lepak-lepak… sedangkan orang tua tu dah menunggu, masak macam-macam untuk anaknya yang balik rumah 2-3 bulan sekali.
Bila aku masuk universiti, diri tu masih tak sedar jugak, yang mak aku tu sentiasa rindukan anaknya, tapi aku sendiri tak ingat dan tak nak memikirkannya sangat… maklumlah dah besar, dan tak suka dipanggil anak mak. Biarlah adik aku yang selalu cium dia, aku nak cium dia… jauh sekali. Dah besar panjang la katakan.
Kemudian, entah macam mana aku boleh lepas semua exam kat U, dengan cubaan beberapa kali pulak tu… wujudlah seorang orang dewasa yang ada ijazah, dan aku ingat lagi masa pesta konvo, punyalah proud nya dua-dua orang tua aku tu. Mengenang air matanya. Lepas tu aku merantau ke Sarawak (walaupun aku tahu, emak aku lagi sedih sebab udahlah belajar bertahun-tahun, dah abis belajar, terus berjauhan lagi…. tapi aku cakap kat dia, lebih baik pegi dulu, drpd dihantar kemudian di tahun-tahun yang akan datang). Semasa di Sarawak, jadilah aku seorang yang bekerja, bergaji dan boleh jugak bagi mak aku tu duit setiap bulan selepas tu.
Maka, di sinilah cerita sebenar yg aku nak ceritakan ini bermula.
Satu malam lepas midnight, seorang ibu ni yg telah berjam-jam menanggung kesakitan… mengerang-ngerang, akhirnya dah dilate 10cm dan sudah sampailah masa utk bersalin… jadi nurse pun panggil aku utk conduct delivery utk ibu “primi” ni… anak pertama dia. Dia takde experience, aku pun takde experience. Aku pakai gown tu, dan bersiap-sedia dgn bantuan seorang nurse… nasib baik nurse veteran. Aku suka kakak-kakak bidan yg dah 40-an, dia org lagi cekap drpd kami yg baru masuk service ni.
Jadi… pompuan tu pun dipersediakanlah utk “labour” – baring menelentang, aku kangkangkan kakinya, suruh dia pegang kedua tangannya kebawah peha (tempat lain tak boleh)… korang ingat ada perasan malu ke waktu ni? Aku rasa aku yang lebih malu menghadap kangkang dia drpd dia mengangkang depan aku. Seluk tangan dalam vagina, kepala baby dah terasa betul-betul kat cervix, dah ready nak tersembul. Maka bermulalah proses mengeluarkan baby tu… dgn jerit ibu tu, dengan suara kakak nurse (kak Mariah rasa aku rasa nama dia) yg nyaring tu… suara aku pun keluar gak, no choice… kalau nak buat keje ni, mesti boleh bersuara dan “coach” ibu tu buat benda yg sepatutnya. Kalau tak nahas, lemas anaknya nanti.
Ditakdirkan, anaknya agak besar, dan dah tu lagi anak pertama pulak… memang seksa nak keluar. Push punya push, “crowning” (rambut baby dah nampak kat muka pintu) pun berlaku dan aku pun ready nak “episiotomy”… iaitu kena potong daging dinding vagina yg dibawah sekali bila ianya menipis ditolak oleh kepala baby yg nak keluar (potong kena menyerong ke kanan, kalau salah ke bawah… abis nanti koyak ke anus… dah satu hal pulak pompuan tu nanti ada problem berak, kemudian hari). Aku kasi sikit bius, tapi belum sempat kasi habis, kepala baby macam dah nak tersembol… terus ambik gunting epi, apa lagi potong aje terus. Bayangkan ibu yg tengah kesakitan dengan kepala baby yg terpelohong kat tengah-tengah vagina tu… tiba-tiba ada mamat potong dekat 2 inci daging kat punggung dia… jeritnya….
Poop! muncul kepala baby… aku suruh ibu tu push push push… aku letak tangan kat kedua-dua belah kepala anak, dan tarik keluar dan ke atas… tergantung sekejap baby nya tergaing-gaing macam buaian, dan terus aku baringkan, dan terus potong tali pusat. Air ketuban merata-rata, dengan taik ibu tu ada kena sikit… korang ingat korang tak kena main taik mak korang ke masa lahir dulu? Ada terfikir tak? Tali pusat dah potong, aku serahkan baby pada nurse, anaknya nampak ok… menangis kuat… so settle satu perkara. Sekarang kena tarik keluar uri pulak. Jadi… tarik-tarik keluar, terselepuk seketul daging yg memang nampak “weird” dan memang berbau hanyir… itulah bau daging manusia… segar dari ladang!
Bila uri dah keluar, suntikan “synto” diberi (utk mengecutkan rahim supaya perdarahan dapat dihentikan), aku pun urut-urut perut ibu yg keletihan tadi… tapi aku perasan byk nya darah yg mengalir keluar. Aku ambik stool, duduk celah kangkang ibu tu, pasang lampu direct menyuluh vagina… aku tengok luka episiotomi tu taklah banyak sangat berdarah, tapi darah datang sebenarnya keluar drpd dalam vagina. Seluk punya seluk, tengok punya tengok… tu dia, dinding vaginanya koyak 2-3 tempat… 1-2 inci punya luka… darah mengalir macam pili air. Kena jahit semua tu, clamp dulu dgn 4-5 artery forcep… baru darah stop…. ok, break sekejap.
Semua org boleh bayangkan kesakitan ibu yg bersalin bila kita bayangkan baby tgh keluar… tapi korang ada terfikir apa yg berlaku selepas tu pulak… luka tu semua kena jahit. Dan jahit bukan sikit-sikit… mau berpuluh kali jahitan… dan bayangkan kesakitan ibu tu kena dgn jarum tu. Bagi bius pun macam tak jalan aje… tapi jahitkan jugak. Jadi menjahitlah aku agaknya lebih drpd setengah jam… baby nak keluar tadi ambik masa 5-10 minit aje. Ibunya hanya pasrah, berserah diri pada ku… buatlah apa ko nak buat… aku dah tak kose – janji baby selamat. Lepas abis jahit luka kat dalam, kena jahit luka episiotomi pulak… luka yang aku potong tadi tu. Ingat… aku ni belum byk pengalaman… tapi kena harung jugak. Jahitannya aku rasa boleh pakai aje… tapi takde specialist nak check, kira selamatlah tak kena marah. Dan bila abis, aku sempat cakap kat ibu tu… “saya dah jahit rapat-rapat kak, dan darah dah stop… dan kalau nanti bila dah abis pantang, dan suami kata nape rasa macam kita baru kahwin dan macam masih takde anak lagi… jgn lupa hantar poskad terima kasih”… kakak keletihan tu tak terkincit pun dgn joke aku… ada nampak sengih sikit aje. And I hope you all get the joke!
Ok… settle la satu perkara… dan malam tu aku deliver 3 ke 4 lagi ibu kat labour ward. Dan aku mungkin buat keje macam ni beberapa ratus kali selama 4 bulan posting kat labour ward.
Dan setakat ni… benda yg aku cerita ni adalah benda biasa yg diharungi oleh setiap ibu yg bersalin…. nothing special.
Eh… betul ke nothing? Sekarang bayangkanlah setiap anak yg membaca nota aku ni apa yg emak korang lalui utk memberanakkan setiap drpd korang. Bayangkan muka emak kau tu semasa kepala kau tersembul keluar kat pintu vagina tu… cuba dengarkan jerit-tangis ibu kau semasa kau keluar ke dunia ni. Bayangkan tahi emak kau yg kena kat rambut ikal kau tu. Bayangkan kesakitan yg dia alami bila dijahit kat tempat paling sensitif utk orang perempuan. Bayangkan ibu kau yg tercungap-cungap semasa kau nak keluar, bila mana kau pertama kali merasa bernafaskan oksigen atmosfera. Bayangkan tangisan gembiranya ibu kau bila pertama kali dia memangku kau ke pelukannya utk disusui. Bayangkan rasa syukurnya ibu kau pertama kali dia cium pipi kau yg berbau hanyir air ketuban… tapi ibu kau tu tak perasan pun bau tu kat diri anaknya. Yakinlah bahawa pada setiap ibu… anaknya itulah benda yg paling berharga lebih drpd emas lagi… percayalah.
Jadi… lepas ni, jangan sesekali kau derhaka pada mak kau tu… meninggi suara pun jangan. Dan kalau dia nak sesuatu… cepat-cepat carikan. Dan kalau dia nak sesuatu, cepat-cepatlah anak… kotakan.
creditted to aidid muaddib "

9 ulasan:

Cahaya Kerinduan berkata...

besar kan pengorbanan seorang ibu? :) terharu bila bce.. nice entry.. teruskan..

belog lang berkata...

yea,baru kita thu kan besarnya pengorbanan seorg ibu..terima ksih yea..sudi menjengah :)

cik lisa berkata...

nice entry :) .
Keep going on

belog lang berkata...

sy pun pinjam dri org :), sebab rasa perlu kan share :)..terima kasih ya

Careila berkata...

Lang..memang sepatutnya pun awak sharekan tentang ni sebab masih lagi ramai anak-anak yang tak hargai dan sangat tak berterimakasih pada mak mahupun ayah dorang..saya pun hampir lebih sepuluh kali tengok ibu melahirkan anak masa praktikal dulu..kalau boleh rekod dah rekod dah untuk tontonan semua..
kita yang tengok ni pun rasa nak teberak inikan pulak tuan punya badan..

saya follow sini...:)
dan happy blogging..

belog lang berkata...

wah mesti terharu kan tgk saat2 tu, yelah bukan semua org berpeluang tgk lahirnya seorang umat Nabi Muhammad S.A.W ke bumi..Menda yang baik harus dikongsikan bersama.. thanks yup :)

Unknown berkata...

terima kasih sebab kau buat aku ingatkan mak aku... walau ringkas.. seriouly berkesan dalm hati aku... aku sebak bile bace...

http://thetimelines2u.blogspot.com/2012/03/sayangggg-mak-dara.html

zul a.k.a sam banjamin
(founder of gerila penulisan kreatif)

Tanpa Nama berkata...

terima kasih bro ats entry ini, ko buat aku terkenang akn kslpn yg prnh trlnjur dulu..bgus bro,x pelah pinjm org punye pun jnji ilmu dan perkngsian tu smpi..sebak bro bc,rs nk nangis2 je..dah le jauh duk dgn mak..berguna utk ank2 zmn skrg yg byk lupe akan tgjwb dkt ibubapa..

Unknown berkata...

menginsafkan aku!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...