Iklan

Rabu, 28 Mac 2012

Dapur Bujang : Siakap Percik

Last resepi berat sebelum aku ambil keputusan untuk berdiet, bukan hari ni masak, tapi masa cuti dekat kampung tempoh hari. Biasanya siakap sering kali dikaitkan dengan masak 3 rasa, stim dan mcm2. Tapi aku nak try ubah ikut selera, akhirnya menjadi. Cuba satukan percik dengan siakap..

Ikan siakap seekor, cukuplah untuk 2 mulut yang akan merasa.



Pertama kali, haruslah buang sisik ikan ini terlebih dahulu, hilangkan sisik sampai habis. Dah siap, bersihkan ikan itu sebersih yang termampu.

Selepas itu, belah perut dan tanggalkan segala isi yang terkandung dalam perut ikan tersebut. Bersihkan lagi sekali agar bau hanyir itu dapat dinyahkan dari isi ikan supaya tidak akan matikan selera makan.

Belah isi ikan seperti gmbr di atas, supaya mudah dan cepat masak bila digoreng.


Lumurkan dengan garam dan serbuk kunyit sehingga sebati, biarkan sekejap untuk melarutkan garam dan kunyit tadi supaya serasi dengan isi ikan.

Panaskan minyak terlebih dahulu, bila minyak dah beri signal siap sedia utk bekerja. Letakkan ikan perlahan-lahan dalam kuali terbabit. 

Biarkan sebahagian terlebih dahulu masak, barulah alihkan utk bahagian lain, ini utk pastikan yang isi ikan tidak akan terburai dari tulang.

Ok selesai utk bahagian ikan, dah betul-betul masak.. teruslah tos dan alihkan dalam pinggan.


Kuah Percik :

Penyedap utama mestilah cili kering, ambil segenggam dan letak dalam periuk berisi air , rebus utk sementara. Tujuan rebus adalah utk pastikan cili ini kembang dan akan menghasilkan rasa yang begitu kaw pedasnye nanti.

Beli dekat kedai, sebiji kelapa yang sudah diparut. Letakkan dalam mesin penggisar.

Kemudian, letakkan sedikit air agar santan yang akan terhasil nanti tidak terlalu pekat, dan fungsi air adalah untuk membanyakkan santan yang terhasil nanti.

Bila dah siap blend, mulakan kerja-kerja memerah santan, aku perah cukuplah untuk sekali pusingan, takut banyak2 pusingan nanti akan sebabkan hasil santan terlalu cair.

Ini lah hasil santan dari perahan tangan aku.

Seterusnya, letakkan santan tadi atas dapur untuk masak. Api jangan terlalu besar atau kecil..Biarlah sedang2 sahaja, agar santan tidak terlalu cepat menggelegak.


Sementara tunggu santan tadi betul-betul masak, sediakan bahan lain seperti bawang besar, bawang putih dan beberapa hirisan halia.

Letakkan dalam mesin pengisar, letakkan sekali cili kering yang sudah siap direbus dan sedikit air agar memudahkan proses larutkan.

Ini lah hasilnya bila semua dah menjadi sebati.

Limau ini berfungsi sebagai pemberi rasa sedikit masam dalam kuah percik nanti, selalunya letak asam keping tetapi tiba-tiba tengok stok dah habis, perlulah cari alternatif lain.

Ini kuah percik yang selesai digaulkan dengan hasil yang diblend tadi, bersama-sama santan dan sedikit jus limau .

Bila dah pekat kuah tadi kan, barulah padamkan api .

Barulah curahkan sedikit demi sedikit kuah percik tadi atas ikan yg siap digoreng.

Siap, dan aku banjirkan kuar tu atas ikan.. 
Selamat Mencuba resepi yang tidak seberapa sangat ini..



8 ulasan:

Syida Muhajir berkata...

Senang je rupanya buat kuah percik tu. ingatkan susah sangat. Contoh suami mithali.... ^_^

belog lang berkata...

ini cara yang simple je..ada yg rumit gak..tapi x pandai, jdi yg simple ok lah.. :)

Pit Kassim berkata...

sedap je tgk
perempuan pown x komfirm lagi leh masak mcm ni kih3~

belog lang berkata...

tq bro..tpi ni simple2 je..

Pit Kassim berkata...

lepas ni buat r tiga rasa plak broo... nak blajaq ni...tengok mcm tera masak ja...

Atiqah Razak berkata...

Adeh sedapnya !

Fittriah Alieya berkata...

awwww ~ nmpk sedap lerr ! nice entry . nanti nk try masak la . singgah n follow sini :D

belog lang berkata...

selamat mencuba :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...