Iklan

Khamis, 29 Mac 2012

Dapur Bujang : Sarapan Pagi!

Hari ini gigih sediakan sarapan, biasanya klu ada kuliah belah pagi jarang nak bersarapan. Cukuplah segelas kopi o panas dengan sekeping roti pun dah memadai. Tapi pagi ini ada perkara yang lebih penting perlu selesaikan, malam semalam tengah kusyuk layan angan-angan tetiba dapat call dari ex-boss..hari tu dah jumpa, tapi apa lagi yang dia mahukan?. Aku dah faham sgt2 perangai dia, jadi dia ajak jumpa lagi hari ini. Bergegaslah siap2kan segala keperluan.Alasan bernas dia Interview lagi, walhal nanti bila jumpa lain cerita yang dia bikin. Itu sebab tangki perlu diisi takut2 nanti tengah kusyuk layan interview tetiba "bocor" sebab tak isi awal2. Simple sgt resepi ini. Tak perlu sangat pakai bahan yang brand2, yg murah pun boleh beri hasil yang lumayan. Aku guna sebab nak try je.

Bahan- Bahan :

Sekeping Sandwich Patty & 2 Keping Roti 


Sekeping Cheese & Marjerin

Sebatang Sosej & Olive Oil

Mayonis & Sos Cili

Sebiji Tomato & Sebiji Telut

Kaedahnya: Sandwich Patty

Keluarkan Sekeping Patty. Biarkan Sementara Bagi Ais Cair

Letakkan Sedikit Majerin Bagi Menggantikan Minyak. Panaskan

Biar Majerin Tadi Cair Dengan Sempurna

Sapukan Sedikit Majerin Atas Patty Agar Tidak Melekat Dengan Kuali Pembakar.

Tunggu Sehingga Patty Tadi Masak.

Cheese Omelet :

Pecahkan Sebiji Telur Tadi Dan Taburkan Sedikit Garam

Letakkan Sedikit Mayonis Agar Telur Tadi Akan Kembang Dengan Lebih Sempurna

Selesai Kerja Memukul Telur.

Masukkan Beberapa Hirisan Bawang.

Hiris Sosej Tadi Lapis Demi Lapisan Nipis.
Panaskan Olive Oil

Letakkan Sosej Tadi, Gaulkan Sehingga Separuh Masak.

Bila Sosej Tadi Dan Masak, Letakkan Telur Yang Telah Dipukul

Gaulkan Telur Dengan Sosej Sehingga Sebati.

Akhir Sekali Masukkan Cheese Yang Telah Dipatah2kan.

Inilah Hasilnya 

Roti Bakar :
Selalu Pakai Roti Yang Biasa, Hari Ini Try Butterscotch

Sapukan Sedikit Majerin Tidak Perlu Terlalu Banyak.


Setelah Kuali Pembakar Panas, Letakkan Roti Yang Telah Disapu Majerin

Bakar Mengikut Selera Anda.

Dan Inilah Kesudahanya Setelah Dibakar.

Potong Tomato Sehingga Menjadi Beberapa Hirisan.

Letakkan Hirisan Tomato Atas Roti

Letak Cili Sos Dan Mayonis Sebagai Penambah Rasa

Patty Diletakkan Di Lapisan Atas Hirisan Tomato 

Macam Inilah Bentuknya.


Presentation aku memang gagal, tak berapa nak pandai sangat.
Lain kali aku try bagi yg lebih ummp..
Selamat Mencuba resepi yang tidak seberapa ini.























6 ulasan:

CintaZulaikha berkata...

hahhahhha, gerenti sedap nih..gambo kemain besaq agi, lagilah bertambah selera anak tekak nih..aishhh~~

belog lang berkata...

x de lah sedap sgt ..cukuplah tekak dpt terima..simple je :)

syhrh berkata...

wah sedapnya !
pandainya masak :D

belog lang berkata...

x de lah pandai sgt..stkt simple2 tu boleh lah gagahkan lagi :)

Tanpa Nama berkata...

the way u shoot it make it look delicious :)

Tanpa Nama berkata...

sedapnyerr sedapnyerr sedapnyerrrrr!!! lapo -_-'

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...