Iklan

Isnin, 10 September 2012

Di Penghujung Raya..


Ketupat Palas & Rendang Ayam

Tatkala syawal hampir melabuhkan waktu, masih segar lagi dalam benak untuk mengadakan rumah terbuka tapi dalam skala yang kecil. Idea mak tetiba mengheret aku sekali dalam adunan rencana yang dicanang beliau. Begitu rancak beliau bercerita mahu mengadakan "suasana rumah terbuka" untuk ahli mesyuarat tingkap. Mula-mula ku pekak kan telinga, tanda aku protes terlibat dalam produksi agenda raya beliau. Tapi fikir kan balik, beliau seorang sahaja di rumah siapa lagi yang menjadi harapan beliau jikalau bukan aku. Kemain dia menghambat aku suruh kembali ke kampung. Alasan rindu kan aku dirumah, setibanya aku di kampung terbongkar al kisah yang dipendamkan. Beliau tahu jika disemburkan awal-awal dalam bingkisan telefon tempoh hari mahu aku bersenang lenang mengatur langkah ke kampung. jadi kemukakann idea yang bernas. Beliaukan mak, tahu setiap perincian kelemahan anaknya dan aku akan cepat mengalah andai disogokan percisan rindu dihati beliau begitu membara terhadap aku. Esok lusa pasti tercegat aku dimuka pintu. Tidak terlintas dibenak untuk beraksi sebagai anak derhaka. Sesusah mana masa menghambat, sejauh mana aku berkelana..aku pastikan setiap ada ruang dan waktu aku kunjung meratapi wajah yang semakin lesu di mamah usia. Oh mak! sesungguhnya aku tidak berdaya untuk teruskan apa yang dimulakan ini sekiranya kau tiada di sisiku lagi...

Seawal pagi sudah aku dikerjakan sepuas-puasnya! Diheret ke pasar borong untuk membeli barang, terkesima seketika aku melihat aksi suasana di kabut dingin pagi. Mata di saji dengan hiruk pikuk pelbagai kerenah manusia berjuang terusan mencari sesuap nasi. Wacana yang jarang aku perhatikan! Selalunya jika mahu mencari yang segar,selesa aku bergerak ke pasaraya terdekat tetapi jika di kampung bukan itu yang didahulukan. Yang segar, yang murah, yang diberi peluang tawar -menawar itu didahulukan berbanding keselesaan! Kekecohan itu membuat ku matikan angan-angan, ku lajukan langkah temani mak mencari apa yang telah disenaraikan untuk dijadikan hidangan kepada ahli mesyuarat tingkap beliau siang nanti.

Sesudah berjuang mencari keperluan, kami mengatur langkah pulanglah! Apa lagi jika berjam-jam menghabiskan waktu tawaf berkali-kali pasar borong. Kesudahannya lega jika apa yang dihajati berjaya di bawa pulang. Misi rumah terbuka ahli mesyuarat tingkap berjaya dilunaskan nanti. Oh ahli mesyuarat tingkap ni terdiri dari golongan seangkatan dengan mak aku! yang anak-anak jauh merantau, tinggal bersendirian di kampung dan hari-hari bersemuka ,berborak sakan, luahkan masalah hidup, bergosip sana sini, bermesyuarat dan pelbagai agenda mereka yang aku sendiri tidak pasti tapi itulah teman sejati untuk mengisi setiap ruang yang tinggal. Itu sebab jika mak aku berkunjung ke rumah anak-anak, beliau tidak senang duduk, panas punggung ..paling bertahan seminggu lepas tu meronta jiwa rindu akan rumah di kampung. Sebenarnya, beliau puas untuk terusan hidup di rumah anak-anak. Tidak tahu hendak pacu hidup ke mana, tempat orang terasing baginya. Itu pun tunggu anak-anak bawa berjalan tapi beliau kata tetap tidak dapat mengubati rindu dekat kampung.. Hahaahah! Mak oh mak..

Seharian aku dengan beliau mengerjakan persiapan juadah untuk santapan. Bukan majlis skala besar jadi persiapan ala kadar dan bersesuaian lah dengan tenaga yang dikerah..sorang amatur bila digandingkan dengan expert memang huru hara dapur dikerjakan. Aku sibuk mengusung kamera, beliau sibuk dengan ke hulu hilir mengawal keadaan! Akhirnya aku kena leter! Hahah..Kesudahanya siap juga..Alhamdulilah Amin!!

Proses Pembikinan Ketupat Palas:

Item penting semestinya daun palas yang diselenggarakan dengan sempurna

Pulut yang siap diadunkan bersama santan

Santan diperlukan sedikit untuk dicelup sebab pembikinan memasukkan pulut dalam daun palas perlu menggunakan tangan! awas pastikan tangan anda bersih

Masukkan ketupat tadi dalam periuk kukus..sila kukus sampai air hampir-hampir kering

Sejatkan sebentar

Hasil setelah berhempas pulas menyiapkan!

Sabtu, 8 September 2012

Sepetang Bersama-Sama Mencekik Satey Tulang


Syahmi Ganu Kita & Payed layan satey tulang Senawang

Dah lama atur rancangan..untuk bersua muka, asyik borak panjang dalam fb saje! kalau gentle meh kita bersua kenal ikut medium luar pulak kan..Lagipun aku pernah tabur janji kalau ada rezeki lebih mahu heret dia belanja makan-makan. Janji pertama ingatkan ketika bulan puasa akan tetapi kesibukkan berniaga membataskan masa dan peluang untuk aku tunaikan jadi aku majukan janji lepas raya. Ingatkan, waktu terbaik aku ingin bawa dia pulang ke majlis rumah terbuka raya. Senangkan, terus kenal dengan family aku! sebab aku rasa dia betul-betul nak kawan dengan aku jadi tidak salahkan kiranya kenal dengan family lebih afdal. Kebanyakkan kawan-kawan aku memang aku akan perkenalkan kepada family, bagi aku itu lumrah dalam kita berkawan, harus kenal siapa dibelakang tadbir seseorang yang kita anggap kawan. Itu telah lama aku praktiskan, jadi tidak hairanlah kalau kawan-kawan dekat kampung lebih dekat dengan keluarga aku. Jadi senang bila berurusan sekiranya aku hendak keluar atau ke mana sekalipun, aku petik nama dieorang jadi tidak perlu bersoal jawap yang terlalu panjang. Konpem diizinkan! Hahaha...Bukan bermaksud setiap kali keluar aku perlu laporkan akan tetapi itu lebih baik kan aku beritahu ke mana hala tuju yang dipacu agar mereka dirumah senang dan aku berjalan tidak terlalu fikirkan sangat perihal

Kebetulan kawan aku (payed@yeyed) ni pun friend jugak dengan dia dkt fb jadi aku gasak suruh payed ni meriahkan keadaan. Mula-mula sepi saje perbualan..basi-basi tanya soalan yang remeh! Hisy kalau dalam fb memang masing-masing aktif gebang sakan kan..Serah pada keyboard apa saja boleh terjadi kan..Tengok-tengok dah panjang lebar taip bila komen walhal adakala tak tahu pun maksud apa yang dikatakan. Lepas jemput brader ni kat KTM Seremban terus ke destinasi..dalam fikiran ke mana lah nak bawak dieorang ni hala tuju yang pasti sedangkan otak merewang fikir port mana nak lepak-lepak! Tak semena aku terbayangkan Jusco Seremban 2..layan !! Hajat ingatkan nak tengok movie tapi hakikat tiada yang berkenan di hati terus tukar langkah ..jengah boling..Main boling lah kami sudahnya petang tu! 2 frame bertarung nyawa melontar bola boling yang indah khabar dari rupa..Hisy serius gagal kot bermain boling di Jusco..Dengan tempat yang suram serta bola yang pecah-pecah diselitkan dengan pin yang sendiri jatuh dengan tak semena-menanya!haha..terus strike kan..Tidak adil, tidak adil kot..Dalam ketidakadilan tu untuk frame pertama aku dengan jayanya menewaskan mereka berdua! Hahaha..Mereka berdua masih terkapai-kapai mencari rentak sedangkan aku dengan selesanya mendahuluinya..Hahaha bolehlah sebab adakala pin jatuh dengan sendirinya kan..Untunglah!!

Isnin, 3 September 2012

Kerja Kahwin Adik Beradik Squad 12..



Hasil Sentuhan Syuk- Sorry Bro Aku Terpaksa Sedut Dari Album Kau..Hehe (Izinkanlah )

Tahniah Rashid & Aina..Akhirnya berjaya disatukan dalam akad yang telah dilafazkan. Alhamdulilah! Syukur atas rahmat dan segala pemberianNya..Setelah bersusah payah mengatur langkah dalam memastikan utuhnya sebuah perhubungan telah selamat digandingkan dalam satu resepsi. Maaflah, di awal perancang jika tidak ada aral..aku bersatu dalam mengatur arah berkunjung ke majlis sebelah Aina. Akan tetapi atas faktor tertentu terpaksa batalkan niat kerana berselisih dengan agenda peribadi. Susah untuk mengelak kerana aku tersenarai dalam "orang kuat" disebalik majlis rumah terbuka raya.

Harap kalian faham..Insya-Allah resepsi sebelah Rashid aku pastikan aku cuba berbalas kunjungan. Kalau tidak ada yang menghalang. Ya Allah permudahkanlah segala urusan ku. Masakan tidak, mereka pencetus utama kepada Squad 12 untuk menjengah ke gerbang perkahwinan. Rentetan dari kisah Rashid & Aina mungkin menjadi pemangkin kepada yang lain untuk lebih serius dalam setiap perhubungan dan menamatkan penantian dalam sebuah karya agung menjadi mempelai di hari bahagia. AMIN!!


Semoga kehidupan yang baru terbina ini mampu kekal ke penghujung nyawa. Kuatkanlah usaha dalam mempertahankannya. Redhakan setiap keringat yang mengalir itu menjadi saksi kepada keutuhan ikatan ini. Laluilah hari-hari yang mendatang dengan penuh kesabaran dan kebahagian. Perkongsian hidup baru berada pada garisan mula dan biarlah ia akan kekal pada momentum yang segar untuk penyudahnya. Salinglah menjadi pelengkap di antara satu sama lain. Tahniah!!

Untuk mengetahui lanjutan sejarah kisah cinta mereka-di sini terpapar segala cerita -> http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=0831&pub=Kosmo&sec=Pesona&pg=ps_01.htm

Rumah Terbuka Raya 2012


Tangga 01/09/2012 bersamaan 14 Syawal 1433 Hijrah.. Satu majlis rumah terbuka telah diadakan di Taman College Height, Sikamat, Negeri Sembilan. Mengikut agenda yang telah dirancang dalam tentatif program akan bermula pada pukul 4pm akan tetapi telah ditunda setengah jam lewat kerana masalah teknikal.Masalah berpunca dari aku sendiri..Hahah, kerana dalam kelam kabut menyiapkan juadah untuk santapan aku telah melarikan diri untuk seketika. Yelah beb, dapat undangan ke rumah terbuka kawan baik yang kebetulan sama waktu dan hari. Rugi kalau aku lepaskan peluang untuk beraya kan. Mujur aku hilang cuma seketika, jadi keadaan dapat di selamatkan sedangkan seawal pukul 3.45 pm dah ada undangan yang hadir.

Menu Untuk Santapan Para Tetamu


Ketika Masih Lagi Dalam Persiapan..


Nasi Dagang Tidak Sampai Malam - Habis!!


Lontong- Nasi Impit+Kuah Lodeh!.


Nasi Kerabu Bersama Ikan Celup Tepung- Terpaksa Berkali-kali Menanak Nasi Sebab Tak Cukup!


Lemang Berbatang-Batang Di Bakar..


Nasi Impit Berkuah Kacang..


Rendang Ayam Kampung.

Pencuci Mulut


Triflle- Hasil Sentuhan Cik Eman..


Jumaat, 24 Ogos 2012

Seharian Di Sunway Lagoon



Sekian tahun "perap" gambar dalam album baru berkesempatan dedikasikan dalam blog. Kesempatan yang terluang ini baru lah bersungguh sedut gambar habis-habisan. Walaupun bahang tidak lagi kian terasa namun bila tatap setiap gambar yang bermain di mata mengulit rasa rindu yang membara untuk mengulangi lagi.


Mereka bertiga tidak sertai aktiviti mandi-manda, hanya menghabiskan masa dengan shopping di sunway pyramid. Atas faktor tertentu terpaksa mereka lupakan hasrat untuk meriahkan keadaan.



Penjenayah yang dikehendaki!Akhirnya TEWAS..

Mainan pertama yang kami sentuh..pemanas badan..


Acara joget-joget..

Erk bermandi ditengah panas wooo..

Isnin, 6 Ogos 2012

Utusan Kad Raya..


Masih lagi diberi peluang untuk mengutuskan kad ucapan raya kepada sahabat handai yang berada jauh pada pandangan mata tetapi sentiasa berada dekat dalam hati. Moga dengan kehadiran kad raya sebagai pengganti diri mampu mengubat kerinduan dan memeriahkan suasana di pagi lebaran.


Tradisi ni memang dah lama aku amalkan semasa dibangku sekolah lagi, saban tahun silih berganti bila diberi kesempatan ditambah ada rezeki lebih pasti tidak pernah tinggalkan utuskan kad raya.

Tradisi ini seharusnya tidak wajar dibiarkan dimamah usia kerana nilai yang tersimpan disebalik sekeping kad raya itu membawa besar maknanya kepada pengirim dan penerima.

Rabu, 1 Ogos 2012

Deejavu Di Broga-Squad belas-Belas



Sekian kalinya telah kami merancang, akan tetapi ketika itu jugalah pelbagai musibah yang datang menerpa.Menghambat kami untuk bertindak menukar tarikh program. Alhamdulilah sekelumit perasaan megah kuasai diri tatkala berjaya menjejakkan kaki diatas bukit Broga. 
Kepenatan mendaki besilih ganti dengan senyuman lebar tak lekang  di bibir!Kepuasaan takluki jiwa raga terbayar segala keletihan.


Squad Belas-Belas

Nikmati segala gambar yang dipaparkan kerana celoteh panjang pun tidak
mampu untuk terbitkan rasa teruja yang begitu taksub.
Tiada kata-kata mampu coretkan keseronokan. 
Walaupun Broga tidak lagi semegah dahulu tetapi tinggalkan jejak untuk
mengetahui sendiri akan keistimewaan sudah memberi satu kejayaan. 


Diwaktu awal pagi ketika memulakan gerakan mendaki!(mood excited)

Masih lagi teruskan kegigihan mendaki walaupun siang menghampiri!

Berehat seketika hilangkan ampuh beban lenguh di kaki

Sedut Album Syuk
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...