Masih lagi diberi peluang untuk mengutuskan kad ucapan raya kepada sahabat handai yang berada jauh pada pandangan mata tetapi sentiasa berada dekat dalam hati. Moga dengan kehadiran kad raya sebagai pengganti diri mampu mengubat kerinduan dan memeriahkan suasana di pagi lebaran.
Tradisi ni memang dah lama aku amalkan semasa dibangku sekolah lagi, saban tahun silih berganti bila diberi kesempatan ditambah ada rezeki lebih pasti tidak pernah tinggalkan utuskan kad raya.
Tradisi ini seharusnya tidak wajar dibiarkan dimamah usia kerana nilai yang tersimpan disebalik sekeping kad raya itu membawa besar maknanya kepada pengirim dan penerima.
4 ulasan:
fahz pun masih gunakan kad raya sebagai pengganti diri utk sahabat handai.Lang pos kat fahz 1 ea. :) huhuhu
nak jugak kad raya 1.. :D
intersting ;).. jmput singgh blog sy yer :)
Selamt Hari Raya Lang :)
Catat Ulasan