Iklan

Selasa, 26 November 2019

The Kasturi, Cherating, Pahang Darul Makmur.

Lama tak berkunjung ke Cherating, Pemanduan lebih kurang 3 jam lebih daripada Kuala Lumpur menyusuri Lebuhraya  Pantai Timur tidak begitu terasa kerana keadaan trafik yang begitu lancar. Tujuan utama ke Cherating adalah untuk site visit, mula mencari lokasi yang terbaik untuk menginap, walaupun terdapat banyak pilihan, tapi hati begitu kuat tertarik dengan The Kasturi ni. Sebab daripada seni rekabentuk yang ditonjolkan agak berlainan dengan yang sedia ada. Malah betul berhadapan dengan pantai, lama sangat tak dengar deruan ombak pantai menghempas pasir. Itu satu habuan yang mengasikkan. 

Maka sejurus sampai, hati mula terpaut. Ia memang memaksimumkan privacy pelawat. Hanya kereta yang berdaftar dan bilangan yang menginap akan dipantau bagi faktor keselamatan. Sebelum sampai ke bilik, perlu menempuh hutan kecil, yang mana kita diberi dua pilihan samaada mahu menaiki buggy yang disediakan atau berjalan kaki melalui bridge yang disediakan. Selama 3 Hari 2 Malam di sini, sangat berpuas hati disebabkan sini privacy kita memang begitu terjaga. Layanan daripada staff pun sangat membantu dan mesra. Yang mencari tempat berbulan madu, sini sangatlah sesuai.  Tenang dan dalam waktu yang sama makanan yang disajikan begitu menetapi selera. Boleh letak dalam senarai tempat yang wajib dilawati. 

Akhir kata, silalah melihat gambar yang disertakan dalam ini. Manakala hati terpaut untuk bertandang.


terkesima dengan sajian permandangan begini

ombak menghempas batuan yang berada ditepian pantai.

ruang rehat bilik yang kami menginap, berhadapan dengan pantai
ruang santai yang disediakan di balkoni bilik
                 

memang berbaloi,memilih destinasi ini sebagai persinggahan



bilik air 













































\






Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...