Isnin, 10 September 2012

Di Penghujung Raya..


Ketupat Palas & Rendang Ayam

Tatkala syawal hampir melabuhkan waktu, masih segar lagi dalam benak untuk mengadakan rumah terbuka tapi dalam skala yang kecil. Idea mak tetiba mengheret aku sekali dalam adunan rencana yang dicanang beliau. Begitu rancak beliau bercerita mahu mengadakan "suasana rumah terbuka" untuk ahli mesyuarat tingkap. Mula-mula ku pekak kan telinga, tanda aku protes terlibat dalam produksi agenda raya beliau. Tapi fikir kan balik, beliau seorang sahaja di rumah siapa lagi yang menjadi harapan beliau jikalau bukan aku. Kemain dia menghambat aku suruh kembali ke kampung. Alasan rindu kan aku dirumah, setibanya aku di kampung terbongkar al kisah yang dipendamkan. Beliau tahu jika disemburkan awal-awal dalam bingkisan telefon tempoh hari mahu aku bersenang lenang mengatur langkah ke kampung. jadi kemukakann idea yang bernas. Beliaukan mak, tahu setiap perincian kelemahan anaknya dan aku akan cepat mengalah andai disogokan percisan rindu dihati beliau begitu membara terhadap aku. Esok lusa pasti tercegat aku dimuka pintu. Tidak terlintas dibenak untuk beraksi sebagai anak derhaka. Sesusah mana masa menghambat, sejauh mana aku berkelana..aku pastikan setiap ada ruang dan waktu aku kunjung meratapi wajah yang semakin lesu di mamah usia. Oh mak! sesungguhnya aku tidak berdaya untuk teruskan apa yang dimulakan ini sekiranya kau tiada di sisiku lagi...

Seawal pagi sudah aku dikerjakan sepuas-puasnya! Diheret ke pasar borong untuk membeli barang, terkesima seketika aku melihat aksi suasana di kabut dingin pagi. Mata di saji dengan hiruk pikuk pelbagai kerenah manusia berjuang terusan mencari sesuap nasi. Wacana yang jarang aku perhatikan! Selalunya jika mahu mencari yang segar,selesa aku bergerak ke pasaraya terdekat tetapi jika di kampung bukan itu yang didahulukan. Yang segar, yang murah, yang diberi peluang tawar -menawar itu didahulukan berbanding keselesaan! Kekecohan itu membuat ku matikan angan-angan, ku lajukan langkah temani mak mencari apa yang telah disenaraikan untuk dijadikan hidangan kepada ahli mesyuarat tingkap beliau siang nanti.

Sesudah berjuang mencari keperluan, kami mengatur langkah pulanglah! Apa lagi jika berjam-jam menghabiskan waktu tawaf berkali-kali pasar borong. Kesudahannya lega jika apa yang dihajati berjaya di bawa pulang. Misi rumah terbuka ahli mesyuarat tingkap berjaya dilunaskan nanti. Oh ahli mesyuarat tingkap ni terdiri dari golongan seangkatan dengan mak aku! yang anak-anak jauh merantau, tinggal bersendirian di kampung dan hari-hari bersemuka ,berborak sakan, luahkan masalah hidup, bergosip sana sini, bermesyuarat dan pelbagai agenda mereka yang aku sendiri tidak pasti tapi itulah teman sejati untuk mengisi setiap ruang yang tinggal. Itu sebab jika mak aku berkunjung ke rumah anak-anak, beliau tidak senang duduk, panas punggung ..paling bertahan seminggu lepas tu meronta jiwa rindu akan rumah di kampung. Sebenarnya, beliau puas untuk terusan hidup di rumah anak-anak. Tidak tahu hendak pacu hidup ke mana, tempat orang terasing baginya. Itu pun tunggu anak-anak bawa berjalan tapi beliau kata tetap tidak dapat mengubati rindu dekat kampung.. Hahaahah! Mak oh mak..

Seharian aku dengan beliau mengerjakan persiapan juadah untuk santapan. Bukan majlis skala besar jadi persiapan ala kadar dan bersesuaian lah dengan tenaga yang dikerah..sorang amatur bila digandingkan dengan expert memang huru hara dapur dikerjakan. Aku sibuk mengusung kamera, beliau sibuk dengan ke hulu hilir mengawal keadaan! Akhirnya aku kena leter! Hahah..Kesudahanya siap juga..Alhamdulilah Amin!!

Proses Pembikinan Ketupat Palas:

Item penting semestinya daun palas yang diselenggarakan dengan sempurna

Pulut yang siap diadunkan bersama santan

Santan diperlukan sedikit untuk dicelup sebab pembikinan memasukkan pulut dalam daun palas perlu menggunakan tangan! awas pastikan tangan anda bersih

Masukkan ketupat tadi dalam periuk kukus..sila kukus sampai air hampir-hampir kering

Sejatkan sebentar

Hasil setelah berhempas pulas menyiapkan!



Rendang Ayam :

 Seekor ayam dipotong kecil 

Santan yang siap diperah..

Bahan-bahan yang telah dikisar


Daun Kunyit

Memasak Rendang :

Masukkan potongan ayam dalam kuali

Disusuli dengan santan..

Masukkan bahan-bahan yang dikisar tadi.

Masukkan kerisik..

Rendang tengah mendidih

Kerap gaul sehingga kering..

Nasi Impit Sambal Ikan


Nasi Impit & Sambal Ikan


Nasi Impit yang dikerat mengikut citarasa sendiri


Oh letakkan sambal ikan diatasnya..Siap untuk dimakan


Gambar suasana majlis rumah terbuka ahli mesyuarat tingkap tidak dapat diabadikan kerana aku ingat pembikinan berkisar dalam rumah ini akan tetapi di tempat lain rupanya. Tempat mereka saling berkunjung, berkumpul, bermusyawarah dan sebagainya.

8 ulasan:

duniafana berkata...

waaaah...

Everything's Everythings berkata...

hak2 kesian.. tapi tu lah best sekali sekala dpt masak sama2 dgn mak xD
menarik ketupat palas tu ^^

Lang Radzlan berkata...

terima kasih yea...erm itulah dugaan anak lelaki last ni..apa sahaja kerenah mak saya kena layan..lagipun saya je yg belum berkahwin..jdi segala perhatian dan tanggungjawab untuk menjaga mak tergalas ats bahu saya :)

Eazy Izzuddin berkata...

ketupat tetap menjadi selera
sedap

Azian Elias berkata...

salam kenal..

suka sangat ketupat palas ni.. lagi2 kalau ada kacang tu.. sedapp..

Arif Albagani berkata...

ketupat palas, tiap kali raya tak kira raya puasa or raya haji, benda nie laa mak aku buat...nak tak nak, kami anak2 kena tolong jgk laa...

tp mak buat mmg sedap...huhu

Lila berkata...

waa, buat dengan mak. lila tau makan je..hihhi :)

Mohd Rizwan berkata...

blog anda d preview dan d masukkan dlm bloglist. klau sudi masukkn blog wan juga kt dlm bloglist anda ;D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...