Syahmi Ganu Kita & Payed layan satey tulang Senawang
Dah lama atur rancangan..untuk bersua muka, asyik borak panjang dalam fb saje! kalau gentle meh kita bersua kenal ikut medium luar pulak kan..Lagipun aku pernah tabur janji kalau ada rezeki lebih mahu heret dia belanja makan-makan. Janji pertama ingatkan ketika bulan puasa akan tetapi kesibukkan berniaga membataskan masa dan peluang untuk aku tunaikan jadi aku majukan janji lepas raya. Ingatkan, waktu terbaik aku ingin bawa dia pulang ke majlis rumah terbuka raya. Senangkan, terus kenal dengan family aku! sebab aku rasa dia betul-betul nak kawan dengan aku jadi tidak salahkan kiranya kenal dengan family lebih afdal. Kebanyakkan kawan-kawan aku memang aku akan perkenalkan kepada family, bagi aku itu lumrah dalam kita berkawan, harus kenal siapa dibelakang tadbir seseorang yang kita anggap kawan. Itu telah lama aku praktiskan, jadi tidak hairanlah kalau kawan-kawan dekat kampung lebih dekat dengan keluarga aku. Jadi senang bila berurusan sekiranya aku hendak keluar atau ke mana sekalipun, aku petik nama dieorang jadi tidak perlu bersoal jawap yang terlalu panjang. Konpem diizinkan! Hahaha...Bukan bermaksud setiap kali keluar aku perlu laporkan akan tetapi itu lebih baik kan aku beritahu ke mana hala tuju yang dipacu agar mereka dirumah senang dan aku berjalan tidak terlalu fikirkan sangat perihal
Kebetulan kawan aku (payed@yeyed) ni pun friend jugak dengan dia dkt fb jadi aku gasak suruh payed ni meriahkan keadaan. Mula-mula sepi saje perbualan..basi-basi tanya soalan yang remeh! Hisy kalau dalam fb memang masing-masing aktif gebang sakan kan..Serah pada keyboard apa saja boleh terjadi kan..Tengok-tengok dah panjang lebar taip bila komen walhal adakala tak tahu pun maksud apa yang dikatakan. Lepas jemput brader ni kat KTM Seremban terus ke destinasi..dalam fikiran ke mana lah nak bawak dieorang ni hala tuju yang pasti sedangkan otak merewang fikir port mana nak lepak-lepak! Tak semena aku terbayangkan Jusco Seremban 2..layan !! Hajat ingatkan nak tengok movie tapi hakikat tiada yang berkenan di hati terus tukar langkah ..jengah boling..Main boling lah kami sudahnya petang tu! 2 frame bertarung nyawa melontar bola boling yang indah khabar dari rupa..Hisy serius gagal kot bermain boling di Jusco..Dengan tempat yang suram serta bola yang pecah-pecah diselitkan dengan pin yang sendiri jatuh dengan tak semena-menanya!haha..terus strike kan..Tidak adil, tidak adil kot..Dalam ketidakadilan tu untuk frame pertama aku dengan jayanya menewaskan mereka berdua! Hahaha..Mereka berdua masih terkapai-kapai mencari rentak sedangkan aku dengan selesanya mendahuluinya..Hahaha bolehlah sebab adakala pin jatuh dengan sendirinya kan..Untunglah!!
Frame 1
Frame kedua, tangan dah letih menghayun bola..mulalah setiap kali lontar ke lorong tepi je..mula tersasar jauh dari sasaran..akhirnya mereka berdua mula kejar dari belakang dan sedikit demi sedikit berjaya memintas aku dari belakang. Segala skill aku keluarkan akan tetapi masih tersasar! Rasa biar aku je gantikan bola tu meluncur laju ke arah pin tapi nanti ada yang kena halau terus blacklist dari dibenarkan berpijak ke tempat boling tersebut..Tapi bangkit dari terus dikecewakan aku gigih berusaha..akhirnya berjaya juga sebaris dengan mereka..Jadi takdalah terasa asing dikalangan mereka..Hahaha
Frame 2
Setelah letih membaling, kami cuba mencari tempat mengalas perut! Serius memang lapar tahap kronik..hisy perut aku berapa kali berbunyi tetapi dieorang tak perasaan kot,,aku cover dengan baiknya..Setiap kali berbunyi aku berlari ke tepi mengelak!! kalau tidak konpem kena bahan punya..Hahahah..Sebelum keluar dari Jusco, lepak jap cari roti sulamkan perut, jangan biarkan kalau tidak pengsan tengah hiruk pikuk orang ramai dalam Jusco tu..Satu hal pula nak mengusung keluar, aku memang tak boleh lapar yang tahap kronik, nanti mulalah lembik lutut nak bergerak..Jadi sebelum apa-apa baiklah aku beringatkan. Selesai mengcekik roti dan donut terus keluar..Gerak ke Senawang, cari menu yang pelik lain dari yang lain sikit. Itu sebab bila ke tempat orang kita harus mencuba hidangan yang susah nak jumpa dekat tempat kita, kerana esok lusa kita akan terbayang-bayang akan kesedapan tu dan bila datang balik mesti nak mencarinya lagi. Jadi keputusan telah dimuktamadkan, terus aku dengan Payed bawa Syahmi lepak ke Satey Tulang Senawang! Dekat dataran Senawang betul-betul depan kedai Ice-Room! Silalah mencuba, anda akan kagum sebentar dengan rupa fizikal satey ini tapi bila dah tersemat dalam mulut rasa tidak menyesal mencubanya..Silakan! Dijamin anda berpuas hati..Hehehe...
Syahmi Ganu Kita bersama-sama Yeyed Yeye melantak satey!!
Inilah rupa paras satey yang diwar-warkan..
Satey ni aku dah try lama..seawal 2007 ketika tu tengah ikuti latihan industri di Seremban. Kawan aku, Ijat Heikal yang ajak mencubanya. Akhirnya aku larut dalam keenakan rasanya. Mula-mula terasa asinglah sebab dalam kepala memikirkan citarasa apakah sampaikan tulang boleh dibuat satey. Pelbagai teori keluar tetapi bila dah ratapi depan mata barulah tahu dan akui kebenaran yang tiada yang mustahil selagi kita mahu mencubanya. Mulalah meroyan, terasa air liur merembis bagai terkesima untuk merasanya lagi. Tapi sekarang, jika betul-betul teringinlah baru mencuba lagi .Satey biasa juga turut disertakan. Harga satey tulang ini secucuk Rm1.00 dan satey biasa Rm0.70 secucuk. boleh pilih untuk mengambil nasi impit atau pun tidak dan akan dikenakan caj untuk setiap nasi impit tersebut.Seeloknya harus menggunakan tangan lah lebih afdal kerana adakala terdapat tulang yang besar untuk diratah, jadi lebih normal tangan memainkan peranan. Tidak perlulah memalukan diri dengan situasi sekeliling memang dah terbiasa kerana itu keperluan yang harusi dipenuhi sekiranya berhajat menjamah satey tulang ini. Aku dah terbiasa kalau sentuh satey ini automatik akan mencomotkan mulut. Ironiknya tetap mahu terus mencuba walaupun tulang adakalanya terjatuh dari pinggan..Hahaha! Yea tak senonohkan! Perosak majlis..tapi apa yang aku peduli sebab memang yang orang lain pun makan macam tu gamaknya malah lebih teruk sampai jatuh ke lantai tulang yang dimamah- Hahaha...Hisy mana ada,gurau-gurau lah..ikutlah kesesuaian diri sendiri untuk mengstabilkan emosi dengan suasana .
Walaupun pada dasarnya nampak agak hitam tapi kau rasa dulu..pasti tak cukup secucuk!!
Hitam itu kan menawan..
Disamping itu ada juga sebelah gerai satey ini menjual burger bakar yang kini semakin mendapat sambutan dikalangan masyarakat Malaysia. Harus mencuba, sememangnya hari itu diperuntukkan untuk mencuba segala makanan yang terlintas depan mata. Aku pun try lah order satu burger bakar ayam. Hasilnya?? silalah mencubanya sendiri sebab aku tak tahu hendak mengulas bagaimana..lain tekak lain citarasa yang terbit kan..
Burger Bakar Ayam!!
Setelah penat berborak sakan dari satu isu kepada isu yang lain diulas. Masakan tidak di awal pertemuan masing-masing malu! choiiiii..konon-kononya naif lah kan, penyegan yang berhekmah sangat. Penyudahnya hilang rasa segan mulalah rancak berborak adaptasikan suasana mengikut keupayaan sendiri. Memang kalau ikutkan berborak sampai bila-bila pun tidak akan berpenghujung. Itu sebab kena matikan juga nafsu bercerita kerana hari semakin gelap. Syahmi perlu pulang ke UPM mengikut tempoh yang ditetapkan kerana perlu mengejar train. Aku pun perlu segera pulang ke rumah kerana pelbagai kerja sedang menanti. Maklumlah orang kuat disebalik tadbir! konon-kononyalah..Haha dan Yeyed wajar pulang ke rumahnya juga kerana dia ada kerja yang perlu dibereskan. Insya-Allah jika ada kelapangan boleh lagi diteruskan agenda seperti ini . Mengeratkan ukwah persahabatan yang baru hendak terjalin. Selain alam maya sering berkongsi cerita tidak ada salahnya heret ke dalam realiti hidup. Barulah keikhlasan itu dapat dizahirkan. Bukan omongan kosong yang ditebakkan dalam ruangan sosial tapi biarlah itu terjadi dalam keadaan sebenar! Kita berkawan bukan untuk hari ini tapi biarlah berkawan untuk selamanya!!
Okeh disini aku sertakan juga link blog Syahmi- Ada masa silakan jengan yea kawan-kawan :)
8 ulasan:
oh saya dh cuba..sedapkan! .heeeeee
Tapi tak suka sangat makan satey kalau garing-garing .. ^__^
www.anastasyea.com
satey ni x kering tpi dalam gambar je nampak kering... :)
wahh..sedapnye satey!! :3
nak tambah follower ?? join ni cepat ! pencarian blog baru untuk di preview !
http://rizwanewan.blogspot.com/2012/09/cepat-pencarian-blog-baru-untuk-di.html
orite bro dah pun follower yg ke #1588 :)
peghhh.. ni buat aku lapar ni... cute giler satey tu... tak sabar nak peluk satey tu... esok gak nak gi mkn
Haha..nanti kau peluk satey tu erat-erat..try bro! x rugi pun.. :)
sate ngn beger adlh kegemaran saya hehehe nmpk sdap! >_< tp xley mkn slalu, mklumlah skrg ni kne jaga kesihata hhehehe
*first time singgh sini ....
Catat Ulasan