Iklan

Jumaat, 14 September 2012

Oh Kerja!

Pinjam---> SUmber

Oh kerja..dah puas aku "menjual diri" tapi satu pun masih lagi belum berpihak! Rezeki masih belum ditakdirkan untuk mengiringi perjalananku. Sabar itu sahaja yang termampu aku gigihkan walaupun jauh dalam sudut hati gusar kerana hidup tidak berjalan seperti yang diangankan. Segala perancangan terpaksa ku hentikan seketika. Sedikit kekecewaan bersarang dalam hati melihat kawan-kawan lain sedang mengusung hidup penuh berkerjaya. Aku masih di takuk lama, sedikit pun tidak berganjak. Masih tercari rentak, masih diburu rasa sesalan bersarang dalam diri. Jika hendak dibandingkan dengan mereka aku sudah ketinggalan jauh. Kata orang kita tidak perlu terlalu bertuhankan hidup orang, rezeki orang itu tuhan dan tentukan milik mereka, aku perlu banyak berusaha, banyak berdoa dan kuatkan semangat. Mungkin dalam pencarian ini akan manis dipenghujungnya. Bukan aku tidak berusaha, sedaya upaya aku berusaha, tebalkan muka menegur, bertanya, meminta pertolongan dari kawan-kawan sekerja, seuniversiti, sefacebook, sepoli dahulu tapi masih lagi bukan berpihak untuk sekujur tubuh ini. Doaku tidak pernah putus memohon, merayu, menagih agar dipermudahkan segala urusan, dipertemukan dengan kerjaya dalam masa terdekat. Eh jika kita ambil kira dari segi positif, ini mungkin ujian dariNya. Mahu melihat sejauh mana keikhlasan aku berdoa, memohon dan bersabar dalam pernantian. Dalam ujian terpahat sikap kesabaran. Aku akui setiap kali aku berdepan denganNya, Aku mengalah, hilang segala perasaan kekecewaan sebaliknya aku lebih tenang untuk teruskan segala ketentuanNya!.

Okeh ,itu keluh kesah aku yang memang terjadi dalam setiap pencari kerja macam aku! Masakan tidak jika selepas diploma,aku hanya sempat melepakkan diri selama 2 hari sahaja terus dihambat dengan kerja. Bertalu menerpa dalam ruang hidup, tapi aku seronok kerana aku tidak lah terasa bosan,hidup lebih terisikan. Tapi kini begitu terasing berada dalam dunia yang aku sendiri tidak gemari. Bersenang-lenang tanpa perlu kerahkan kudrat sendiri. Oh kopak okeh poket, hari-hari asyik keluar, masuknya tidak itu sebab rabak jiwa. Bukan aku tidak bekerja, hari tu kan meh sini aku ceritakan pengalaman kerja aku setakat 3hari beb! tidak tertahan sungguh diri diperlakukan sebegitu rupa. Bukan aku memilih, aku tidak kisah andai upah yang dibayar setimpal dengan tugas yang dipertanggungjawabkan. Aku pernah bergelumang sebelum ini dalam waktu kerja tidak menentu tapi bila dibayar kadar upahan yang setimpal, aku terima walapun mulanya meronta tapi bila dipupuk erti kesabaran terus boleh menghadapinya. Ceritanya begini, tempoh hari aku diperkenalkan oleh kawan dengan seorang brader ni, dia baru je dapat lesen buka company baru. Tidak perlulah aku beritahu lokasi dimana, kerana office pun baru setup, Aku mohon jawatan "project manager" dia memang melantik aku seperti yang aku pohon,

Pinjam



Tapi sebelum aku mulakan tugas, dia dah telefon bagitahu esoknya aku perlu turun site seawal pukul 6 pagi, dia minta tolong aku jadi surveyor. Ok aku fikir,mungkin kali ini je kot, aku terima permintaan dia. Esoknya aku berkobar-kobar turun site, dengan harapan cuma sekian kali ini sahaja, Sejurus siap kerja-kerja pengukuran, brader tu telefon mintak tolong aku ambil anak dia dekat sekolah, ok aku tak berkira lagi..alang-alang sekolah anak dia sehaluan dengan jalan pulang aku, jadi aku boleh tolong dia. Selepas ambil anak dia, aku kena balik office semula perlu siapkan kerja-kerja drawing untuk site yang aku ukur tadi. Aku bersabar lagi, masih mampu bertahan.Tapi sampai bila, kalau hari-hari dipaksa melakukan kerja diluar kewarasan dan tanggungjawab kita. Kereta rosak aku juga kena hantar bengkel untuk servise, jumpa client tu memang dah peranan aku tapi kalau diluar jangkaun waktu? masihkah boleh diterima akal?. Bukan aku tidak boleh beri segala perhatian dan bukan sesekali mahu banyak songeh tapi jangan lah terlalu mengambil kesempatan. Mentang-mentanglah aku baru habis belajar,boleh pulak kerah tenaga tanpa pampasan yang berbaloi. Sekiranya dia boleh beri kerjasama yang aku harapkan bisakan tidak aku beri lebih baik dari itu. Ini tidak, dia sendiri sambil lewa dalam setiap perkara, bagaimana aku yang pekerja ni hendak memberi tumpuan pada setiap tugasan. Aku simpati dengan dia, dengan syarikat yang baru hendak setup! dengan hal peribadi yang huru-hara, dengan diri sendiri yang?? oh tuhan sahaja yang tahu..tpi dia harus lah bangkit, semangat untuk teruskan apa yang dia mulakan. jangan terlalu bawakan dan campur krisis peribadi dengan hal kerja. Sudahnya, ini lah yang terjadi. Beban kau pikul tu terpalit sedikit pada pekerja. Emosi kenalah terkawal, jangan selalu terlepas sehingga tak faham untuk hormati perasaan orang lain. Jangan terlalu ikut darah muda, silap besarlah sebab kau sendiri hukum diri jadi begitu jadi persekitaran kau pun akan terikut sama.

Erm selepas 3 hari, aku tidak tahan..dengan baran yang tidak bertempat, herdikan yang hari-hari kau perlu tempuhi. Masakan boleh lagi hendak membatu mendengar orang lain sesuka hati kotak katikkan diri sendiri. Memang aku perlukan kerja tu, tapi ini kah yang perlu aku hadapi untuk mencari rezeki halal? hisy aku ada sedikit maruah yang perlu ku tatang, tidak mahu kerana wang aku perlu korbankan segal-galanya. Itu sebab aku sedikit terkilan dengan dia, walaupun dia sukar nak melepaskan aku pergi tapi cukuplah pengjaran bagi dia! jangan terlalu mudah menilai orang berdasarkan keperluan dia. Jangan terlalu kejam dan bertuhankan wang akhirnya semua itu memakan diri sendiri. Aku tahu, dia boleh dapatkan pekerja yang lebih komited berbanding dengan aku, akan tetapi sekiranya dia masih berterusan dengan perangai sedemikian..oh Tidak Ke Mana lah! pekerja bersilih bergantilah akhirnya. Itu cerita pertama

Pinjam

Selepas tu aku dipanggil untuk datang ke interview lagi, sesi yang sama jawatan yang ditawarkan. Cuma tempat yang berlainan. Segala persiapan aku telah siapkan, termasuklah segala ilmu telah aku selitkan dibenak.Bila turn aku tiba, panel silakan aku perkenalkan diri, soalan berbasi-basi dia ajukan tapi aku tetap komited bagi jawapan padu bersemi! Akhirnya panel terus-terang" oh kami tidak ambil student yang sudah ada pengalaman bekerja bertahun sebab kami lebih fokus dengan student yang fresh, tiada pengalam senang untuk kami membayar gaji yang murah" Puiii! mendidih aku dengar, rasa hendak hempuk segala fail aku atas meja panel tu. Kalau sudah rasa tidak berminat, usah memberi harapan kepada orang lain .Bersusah payah aku datang jauh, naik bus lagi..bila tiba waktunya boleh dia menafikan hak yang sepatutnya dia tawarkan tempoh hari, Bukan dia tidak melihat! terpampang aku selitkan pengalaman kerja dalam resume,sekiranya tidak berminat usah beria menelefon minta datang untuk sesi temuduga. Mana hilangnya kewarasan mereka? Kalau awal-awal diberitahu, aku tidak terkilan sebab aku tidak perlu bergelut dalam drama yang dipermainkan oleh meraka. ini tidak dah sampai ke penghujung cerita baru hendak terus-terang! Gagal mereka dalam sistem pengurusan kerana memperkotak katikan perasaan orang-orang yang terlalu berharap seperti aku. Mereka berduit, berharta jadi mereka tidak kisah akan tentang perasaan orang yang mencari kerja seperti aku ni...Tolonglah...

Tapi segala itu bukan bermakna aku terus berhenti berusaha untuk mencari. Akan aku gigihkan atur langkah dalam mencari! Aku percaya rezeki aku ada cuma waktu untuk terjah masih lagi belum sesuai. Ujian sedang digalurkan dalam hidup aku. Percaya dengan penuh kesabaran perlu seiring..

1 ulasan:

Pak Det berkata...

semoga Allah membantu dah usah pencarian itu.....

#pelik jugak, org selalunya nk tengok pengalaman. sbb nk bayar murah. dia ambil yg baru abis study... kejam...

My recent post : Menangkis Penghinaan Terhadap Rasulullah - Isu Video Innocence Of Muslim.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...