Iklan

Sabtu, 25 Jun 2011

MERIAM


mlm minggu smtra x de apa2 kelas dan perjumpaan dgn prof
melarikan diri sejenak utk lihat perkembangan dunia
pada mulanya..malas dan berat hati mahu melangkah seiringan dengan mereka2 
lepak kan diri menyaksikan pementasan semi teater muzikal ni..
tp bila lagi?selalu tgk yg free je..tpi kali ni try skala yg berbayar
mana tahu..apa kesudahannya..
akibat tidak terlalu teruja..aku tidak heret sekali dslr dlw dewan
kesudahannya begitu sesali kerana byk props2 yg best utk di snap
kesal x sudah...rugi2
cerita yang berkisarkan tentang kekeluargaan..lebih terjurus pada kisah kehidupan berpaksi di kampung
tiada perlu berfikir jauh kerana segala konetasi minda tercapai pada setiap
permainan watak,berjaya menarik penonton utk terus melekat
utk ulas terlalu panjang tidak adil kerana,ini pegalaman pertama aku menghadirkan diri
pada layar teater kerana siapalah aku untuk membanding2kan 
lagipun ini kerja "student"UiTM, Fakulti Teknologi Kreatif Dan Artistik layak dengan status mereka
yang masih belajar..dan salah untuk teruskan jatuhkan hukuman utk selaraskan hasil mereka dengan
teater berskala besar..yg dibarisi pelakon2 ternama.
bagi aku,cukup indah pengalaman ini kerana mesej yg cuba disampaikan berjaya ketuk hati ini
dengan penghayatan yang sepenuhnya 

Rabu, 22 Jun 2011

Keputusan Ku



Akhirnya penantian selama ini berbalas..kesudahanya ku akui terpaksa akur dgn ketentuan tuhan. Sekali lagi nasib masih belum menyebelahi perjalanan segala usaha yang aku kerahkan selama ini. Biarpun perit untuk aku akui kebenaran takdir tapi aku perlu gagahkan diri hadapi kenyataan bahawasanya aku belum boleh diiktiraf terbaik.Berat untuk terima keputusan itu,longlai tatapi setiap apa yg tertulis itu, hiba ratapi segala usaha selama ini tidak terhasil mengikut kehendak. Kekecewaan terlalu nmpk pada diri,tatkala kwn2 lain yg usaha tidak sekuat aku berjaya gapai kecemerlangan sedangkan sepenuh jiwa raga aku taburkan atas setiap keringat mengalir dalam membuat pelbagai usaha dan persiapaan untuk "berperang"di medan peperiksaan namun masih belum membuahkan sebarang hasil. Oh Tuhan apakah kekurangan pada setiap usaha aku??masih lemahkah lagi setiap keringat yang terhasil??mengapakah aku diuji dengan sekuat ini sedangkan aku layak untuk menggenggam sebuah kejayaan. Aku sudah memberi yang terbaik,apa yang ku berikan itu adalah usaha datangnya dari diri sendiri,bukan omongan kosong yang ditebarkan bertebangan menghiasi segenap ruangan bicara. Tapi itulah pemberian terbaik pernah aku lakukan..


Tapi sejauh mana aku cuba menafikan dan menindas kebenaran tuhan, setiap persoalan akan timbal balik menyerang segenap benak pemikiran,pelbagai2 pertanyaan menguasai jiwa.. siapakah aku untuk layak bertanya kerja tuhan,siapa aku untuk tentukan kejayaan sendiri,siapakah aku di sisiNya??pelbagai persoalan menujah bertali arus tanpa belas kasihan..Aku akui kebenaran,setiap kerja tuhan itu ada bersebab,setiap manusia ditentukan kehidupan pada garisan lingkaran pernafasan mereka di dunia, berbeza2 pada setiap manusia lain.tidak sama kerana seandainya yang kaya itu si miskin adalah rujukan terbaik untuk mereka sentiasa beringat andaikata tidak pandai untuk mensyukuri setiap rahmat,dalam sedetik boleh rebah, dan sebagainya...tuhan setia pada janjiNya dan dia tidak akan sesekali mengkhianti janjiNya melainkan manusia itu sendiri mencari musibah.


Akhirnya,aku mensyukuri setiap ketentuan tuhan,aku terima dengan segenap ruang tanpa sebarang prejudis lagi,mungkin kegagalan ini menjadi satu pembakar semangat utk aku teruskan perjuangan,mungkin terdapat salah silap pada setiap usaha yang ku kerahkan,mungkin keikhlasan tiada pada setianya perjuangan menuntut ilmu lebih kepada persaingan yang terlalu riak mengejar pujian hidup,mungkin dan pelbagai mungkin hanya Dia yang mengetahui sebabnya semua ini terjadi. Ku terima takdir tuhan ini dengan keikhlasan pada tahap kerendahan diri bila memikirkan balik aku hanya manusia biasa tiada apa2 yg boleh ku bezakan dengan org lain,menyamai segala tanah yang terkandung dalam badan,menyerupai setiap rongga oksigen yang bernafas mereka.


Apa yang perlu aku lakukan,mencari alternatif lain untuk kejar kejayaan itu dan perbetulkan segala tindakan, tuhan sudah memberi cara, cuma kerjaku perlu permudahkan cara dan mengisi segala lompong terdapat pada diri dan usaha yang dibiaskan. Moga2 untuk 2 yang berbaki ini,aku tidak lemah dan tunduk pada kehendak kegagalan,lebih ternampak pada kejayaan yg sentiasa berlegar pada org2 yg rajin berusaha, agar kejayan itu lebih bermakna pada paksi usaha sendiri dari mengharap pada kerja org lain..dan paling penting mencari Keberkatan di atas setiap perlakuan aku sbgi HambaNya di dunia dan akhirat ..amin


"bila Allah tak bagi apa yang kita nak, mungkin ada yg


 lagi baik utk kita... kita merancang, tp perancangan


 Allah lagi maha hebat.. there's a reason behind...."

Isnin, 20 Jun 2011

Melaka Oh Melaka 2


kolej Tun Mutakhir Uitm Bandaraya Melaka-Sebulan aku bertapa disini
lama giler tak selongkar habis blok buruk ni
tiada masa dan keadaan yg sesuai dengan misi
terpaksa lengah2kan jiwa menuruti kata minda mengejar matlamat ke sini
baru usai seminggu tapi berbagai2 kedatangan peristiwa singgah menginap dalam hidup
malas nak mengomel panjang...lantas lekatkan pelbagai gambar
mewakili sedetik perasaan teruja mengharungi saat2 waktu disini..berlalu tetap berlalu 
tapi biarkan ia terkenang sebagai satu memori indah

masih belum berkesempatan melangkau lebih jauh
derapan kaki melangkah sekitar di sini menuruti segala perintahan diri
namun inilah hasil..inilah bukti Melaka tetap telah tertawan oleh aku 


geng2 baju biru membuat onar..
siang aku berkelana bersama si gadis2 menyusuri sungai melaka
dan berkampung di kampun mortem..
medan terindah untuk sejukkan segala pandangan mata



pesisir sungai melaka




ditinggalkan 



katanya cuba bermagic...








Khamis, 9 Jun 2011

Melaka Oh Melaka 1




Sungai Melaka Dari Tingkap Bilik Aku
sebenarnya dah masuk 3 hari bermastautin di negeri Melaka ini
cuma baru ni berkesempatan update blog buruk ini.
terlalu terkejar2 excited nak selongkar habis tmpt2 menarik
org kata Melaka best..byk tmpt2 syok..
bukan x pernah smpi sebelum2 nie..byk kali dah..tapi kali nie 
sekali gus bersama2 member2 membuat diri lebih teruja
hakikat lebih byk tugas dan misi perlu dilaksanakan..moga2 berjaya smpi kesudah dengan cemerlang
mls ckp byk...Melaka mmg best..nak2 bab2 makan
paling murah abad nie dizaman negara tunggang terbalik dgn krisis ekonomi tpi msih bersisa segilintir
manusia tidak mahu terus mengambil kesempatan menindas org lain..seyes setiap kedai aku singgah stkt nie..masih belum dpt menandingi kekejaman harga yg ditawarkan di shah alam
dengan kuantiti dan lauk yg sama aku mkn dkt shah alam..pling murah mahu mencecah rm5.50 tidak termasuk air...tapi di melaka terkejut beruk aku..mcm tak percaya masih dpt harga murah..hanya rm3.50..termasuk air baru rm4.50..giler kentang siot..rasa mahu terus menetap disini sahaja..begitu juga makan pagi..masih ada nasi lemak sebungkus +teh o cuma rm1.20..msh aku dlm keadaan tidak percy sepenuhnya...terbiasa dgn harga mahal..sekali disogok dgn harga murah...terkesima sebentar ...hehe

mangsa2 pelarian-bertolak dari UiTM Shah Alam



Kolej Tun Muktahir-Melaka

baru smpi terus mendaftar



KL Gengster

Kami Bertiga


"Klu Dia Berani Sentuh Lu, Aku Akan Cium Dia": Antara salah satu dialog terkandung dalam babak KL Gengster,hasil garapan Shamsul Yusof ini membuahkan hasil yang begitu teruja untuk aku saksikan .Aksi dan penghayatan terbaik Aaron Aziz selaku Malek tidak menghampakan. Sekali lagi dia berjaya mengheret aku ke panggung biarpun baru sudah selesai kuliah petang tadi tetap bergegas kejar2ran mencari tiket. Gandingan Zizan dgn Aaron sungguh menjadi...Kagum dengan Mereka2..setiap lawak yg terkeluar dari Zizan tidak seperti selalu..Begitu juga watak2 lain yg dimainkan oleh pelakon2 lain..sungguh terkesan


Sampai pkul 4;30 ptg tpi tiket utk time tu full..terpaksa tunda pkul 5:30 ptg..alhamdulilah tidak mengecewakan,biarpun seat blkg2 dah full,tpi masih berjaya mendapatkan seat yang selesa..tengah2..biarpun terpaksa tunggu stgh jam..yg penting dpt tgk..letih tu mmg x leh nak berbayar dgn kata2..



mereka2:

Terpaksa naik teksi,biarpun dekat je Jusco dgn Kolej Tun Muktahir nie..menapak beberapa langkah mesti smpi,nk kejar masa rela terpaksa hangus beberapa RM byr tmbg teksi, duk kt sini,x bwk transport sndri..guna lah trsnpt awam..baru lah terasa bgmana keadaan dan suasana org yg hari2 bergantung dgn trnsport awam..mahu patah kaki dibuatnya


Malas nak ulas panjang2..yg penting setiap RM yg dilaburkan mmg berbayar2..cuma tadi dlm panggung..brader yg duk sblh aku..byk mengomel sinis dari berdiam dan hayati cerita..Mmg masing2 punya hak ats setiap pelaburan tiket tapi tolonglah hormati jiran anda disebelah. Tunggu habis tayangan,dkt luar smpi lebam pun nk mengata terpulanglah..takde sape2 nk mrh..yg aku pelik lau dah rasa tak leh nak terima jalan cerita hasil garapan yg terpapar di skrin..silalah buat keputusan bijak sebelum memuktamadkan. Pilihan ditng anda kerana duit anda..kerana klu tindakan berfikir waras pada awl2...anda tidak rugi.. Mcm masa aku tgh beratur ada seorg mamat dan 3 gadis nie..last2 minute baru nk discus nk tgk apa..pastu dlm baris terjerit2..gaduh2 nak buat kptsn..last2 org lain terpaksa tanggung beban suara sumbang kamu,bila gerangan dibelakang tegur sila rendahkan suara kamu..kamu2 leh lemparkan jelingan tajam sambil mulut terkumat kamit maki hamun...yg perempuan nak tgk Kl gengster yg jantan mahu layan X-Men..menurut yg jantan"erm cerita melayu balik2 jln cerita sama.x best nk layan..terlalu tipikal dan stereotaip"erm bgi aku selagi aku rasa best aku tgk...aku guna duit aku dan aku rasa aku telah buat pilihan bijak..cerita melayu atau tak..sama je jnji selari dgn minat 


sekian:

Khamis, 2 Jun 2011

Menentang Perjodohan

pjmn dgn google je..aku x tersampai hati nak snap kad dia..utk paparkan dlm nie
malas nk sekejam itu...



erm gasak mod tetibe leh jadi melankolik abis..baru settle teman bos@"aaron aziz"terlebih bajet(selalu berkata muka dia ada iras2 aaron aziz asli..sekali imbas jelah..dua kali tgk jauh bebenor)makan..maklumlah org duda..bini x de,nk makan luar aku sendiri kena temankan..diluar waktu kawalan kerja pun kena keja extra..x pergi kang..esok pagi2.. ada je menda cri salah aku ...abis spoil mod aku nak keja..makan je pun..duit x kuar sesen..dia belanja..


balik umah,mak bagi sekeping kad..terlupa nk bgi pagi tadi..sebab blik umh je..tgk umh lengang abis..sume makhluk hilang..tinggal terkontang kanting aku sekor2..bukak2 je tgk ada kad kawen..giler sapa plak nk kawen..nampak gaya dtg dri org jauh..excited berbau cemas..erm dah agak..lau jauh2 nie mesti ex-gurl..dah nak kawen dia..senangnya dia mencari pengganti..dulu bermati2an berapi menafikan dan lemparkan tuduhan yg aku ni giler pompuan,kaki betina ..mcm2 lemparkan kata keji ,prejudis dgn kwn2 pompuan aku..tpi alih2 dia yg kawen dulu..ada pengganti..aku jugak yang masih trauma..masih berbekas segala kekhilafan lalu,masih teruskan hidup tanpa berteman..bukan tidak berusaha utk mencari, tapi sakit lama masih berbaki..biarkan sembuh tanpa kesan baru buka lembaran lain..


erm kekadang btol kata org..lelaki nie lau kecewa susah nak tunjuk dkt org,malah lau boleh tinggalkan jejak bertahun2 nak hapuskan kesan..tapi lau jenis boya darat..aku tak pasti..mgkin skjp je..sebab jenis yg takde perasaan mmg senang silih berganti..tpi jenis yg setia,susah giler kot nak buang segala kenangan,prasangka malah perasaan bertahun bersemi dlm hati.. Mencari pengganti bukan semudah yg disangka..sebab susah utk ketemui kesamaan dalam pihak yg baru..Malah mungkin makan bertahun2 untuk ciptakan kisah baru


Apa yg boleh aku katakan,terima kasih jelah..masih igt dan sudi menjemut..tetapi atas faktor kekalutan jiwa dan keserakahan nafsu amarah yang berkuasa dalam jiwa..aku mintak maaf,tidak sama sekali untuk hadirkan diri..cukuplah ku utuskan sekalung doa semoga dikau bahagia bersama pilihan terbaru mu..itu kira dah yg terbaik..aku tak pasti apa niat kau sebenarnya layangkan sekeping kad yg berada dalam genggaman tgn ku ni..adakah motifnya mahukan aku merana dan cipta kebanggaan buat kamu kerana membuatkan aku berdengus cemburu ataupun sekadar rapatkan silaturahim bagi membuka lembaran baru. Tiada jawapn..
Sudah2lah,aku disini berjaya lupakan kamu,cuba berjalan sendiri,bangkit dari kegagalan lalu..setelah berjaya kau datang bawa perkhabaran ini..remuk redam kembali,punah segala harapan nyata..kekesalan bersarang kembali,segala2nya hancur..gila sekejap je leh musnah sedangkan membinanya memakan masa bertahun2


Seorang lelaki berhak mendapatkan keadilan yg sering dilemparkan bahawa lelaki terlalu kejam bila terjadi sesuatu perpisahan, sedangkan perpisahan itu berpunca dari sebelah pihak lain. Tohmahan demi tohmahan,kejian bertali arus menguasai perjalanan hidup ini..kamu begitu mudah mendapat simpati dari sesiapa yg mengetahui kisah kita..sedangkan aku merana hidup sehingga aku fobia dgn cinta..Letih untuk aku menafikan sebuah kebenaran,akhirnya Tuhan tunjuk..siapa bersalah dan siapa benar..hadirnya jodoh mu terlebih dahulu dari ku membuktikan bahawa aku masih mapu bertahan dari dihurungi mana2 cinta berbanding dgn kamu....sekian


sebelum bla dari entri nie..meh sama2 layan 2 lagu yang temani malam ku kini..jiwa jap

menentang perjodohan-ferhad najib



mahligaimu dari airmataku-lestari

GileMakan


sepanjang aku membesar di UiTM Shah Alam
boleh dikatakan lebih makan dari study
asal ada peluang lepak sesama mereka2 tersayang
tuhan kurniakan aku geng2 yang "gilamakan"itu membuatkan aku lebih teruja dan bersmgt utk makan
lebih berselera berhadapan setiap hidangan terbentang depan mata
makan selagi termampu,kita makan utk hidup..jgn sampai tahap sakit tak leh makan,baru nak sesali
paling best lau dengar ,jumpa,atau x pernah pergi..mesti pasang hajat mahu 
selongkar kenikmatan makanan yang tersenarai dalam menu
study time final baru menggelabah hidup tapi makan tak kira masa di mana jua
perut tetap kena isi tangki..lau terlalu kosong akan terlalu lari fokus
serba menda tak menjadi dan penting serabai hidup

orang kata,trend skrg..mkn faktor utama racun pada kesihatan diri
betul tapi klu berterusan pengambilan makanan tidak seimbang..mmg memudaratkan.
bgi aku sekali sekala mencuba tidak bermasalah kot asalkan tahu yg mana terbaik utk diri sendiri
berbeza dgn org dulu..tua2 baru menghidapi pykt tpi skrg muda2 kadang2 masa bdak2 lagi
dah parah diselubungi penyakit yang ketika dahulu biasanya berlegar dalam peringkat usia "emas"
tapi hari ini tiada lagi kompromi perbezaan umur sesiapa sahaja boleh terkena dan memiliki sekiranya 
tidak menitikberatkan perihal makanan yg sisuapkan dalam mulut,
ada segelintir org kata,biar kita berpada2 skrg asalkan sihat utk 20 / 30 thun akan datang
sebab apa yg dimakan itu yang akan terkesan dan berhasil utk akan dtg..
segala2nya terserah pada anda-hanya selingan utk kesedaran kita bersama sb kita di sini bertuah kerana terlalu mewah dikurniakan makanan berbeza di sesetengah tmpt yang kronik dan perlu percatuan dlm pemakanan harian.

berbalik pada kisah tentang giler makan nie
aku cuba untuk berkongsi tentang tempat dan keistimewaannya...ia berbeza pada setiap pandangan dan sudut pemikiran masing2..mungkin bgi sesetengah org bersetuju tapi bagi aku melalui tunas rasa yg dimiliki ini
mungkin dah yg terbaik dan terkurang dengan rasa aku


aku dengan mereka2 biasanya lau ada function2 besar..biasanya lau abis final
selalu cari port yg best2..konon2nya ari terakhir bersama sebelum masing2 pulang membawa haluan 
sendiri bila tamat satu sesi pembelajaran..pasti tontong duit,open table ramai2..bila rmi2 baru meriah
takde lah segan sgt nak huru hara..tapi takdelah smpi ganggu org sebelah
cuma diselingan gelak tawa..kepoh sket2 je...masih berkesan sikap menghormati tetamu lain
paling best,isu yang biasa menjadi perbincangan utama..ikut pada tema program
lau slps final..duk bincang pasal paper yg baru selesai dan sebelum2nya..masing2 keluar pandangan tersendiri
ada yg blur,ada yg ckp tetiba tak leh jawab,ada yg sedih,gusar dan mcm2..
tpi tu awl2 je..pastu meleret ke isu lain2..pling byk mencari kesalahan tuturkata..sebutan salah yg terkeluar dari mulut masing2...dan bahan apa2 je yg terhot pada setiap org
setiap org pasti kena dan tak terkecuali..lau yg diam lagilah..bersedia utk dilangsi cukup2

biasanya port2 yg menjadi keutamaan kami
paling teratas,steamboat..seringkali ke yuen2 sunway
harga sebelum ni rm20++ sekepala,x termasuk air..tapi last2 pergi ari tu
dah naik rm25++ sekepala..tapi sini puas hati giler,byk sgt pilihan smpi rabun mata nak pilih yg mana
wlpun namanya steamboat dan lebih terarah pada makanan laut tapi
yg menjadi rebutan ayam...pantang letak pasti abis
smpi satu tahap,org beratur utk memiliknya..tak terkecuali kami2..
sup didatangkan dalam dua pilihan tomyam atau sup..
nak booking boleh malah nak dtg terus pun boleh.ikut nasib lau dtg terus dpt meja..kira bertuah lah
tpi kebanyakkan dtg kena tunggu dulu amik nmbr giliran..malam lah lebih meriah
kedai ini milik cina,tapi pekerja melayu..siap ada tanda halal..wlpun lau di lihat majoriti ramai pelanggan cina dlm satu2 masa..tapi ada gak pelanggan melayu..selagi tak tekeluar berita yg menyatakan steamboat disitu haram selagi itu halal utk di makan..tepuk dada tanyalah selera sendiri..sesetengah org tak leh nak terima
dan sesetengah org blh terima..harga bgi aku berbaloi2 dgn pilihan yg ditawarkan









ini ayamnya..jeng2x sekali amik berpinggan






tapi sejak dah jumpa tempat lain,dah beralih arah minat..mencuba tempat lain plak
kali ini dekat sket dgn shah alam..sek 23 tak yah jauh2 sgt menapak
tapi nie tempat baru pertama kali kami mencuba..boleh lah,mungkin baru bukak
jadi pilihan agak terhad tak berapa byk sgt..tpi ini x perlu diragu sebab owner dia melayu..
bab harga agak mahal sket..lau nak murah dtg sebelum pukul 4 ptg..ada set..lau tak silap rm20++
tpi selepas kol 4ptg ,harga dah berubah menjadi rm30++ sekepala,tak temasuk air
pilihan tetap sama,didatangkan dalam 2 jenis samada tomyam mahupun sup..pilih lah ikut citarasa anda
yg berbeza dari tmpt lain..boleh memilih makanan utk dibakar,mahupun dimasak 
lau bakar..sendiri lah kena bakar..kena lah rajin sket..sume dah disediakan..cuma sendiri je kena buat





kena bakar sendiri









seterusnya,ayam penyet..kedai ni takde mcm kedai ayam penyet lain..nie kedai besa2 je
terletak di padang jawa..dak2 uitm,org2 sini pasti tahu tmpt nie
harga mmg murah giler berbeza dgn kedai makan lain..rm5++ je..tak termasuk air..tapi harga utk ayam peyet
lau utk ikan keli harga dah lain...ada disertakan dengan aneka sayur dan lauk lain..kena amik sendiri lah
nasi dia..kita boleh amik seberapa byk yg mampu ditelan..boleh tmbh kot..sebab aku tak pernah tmbh
paling best..kicap dia..wow mabelus giler!!..mmg jadi rebutan dari meja ke meja
lau dtg sini x de kicap dia..mmg tak sah..dan sambal dia awesome giler
sambal dia x blend..tapi digilis mcm cili giling tu..tu yg bertmbh sedap..asli
kbykan org dtg sebab harga ,kicap dan sambal dia..lauk dia besa2 je..
lagi satu ada air tenaga dijual disini extrajose...lau dtg sila2 lah try ek
rugi lau tak mencuba..aku dah try dari keja kt penang lagi
susah nak jumpa...sb aku dulu keje selalu beli time dkt kantin indon je..haha
pernah gak lah,dtg2 kicap takde..tpi dh oder kan..mkn jelah..terasa kelat giler nak telan..
sebab biasa terasa kicap..tpi ini digaul dengan sambal...
ntah setengah org kata kedai ni kotor..bgi aku ok je..tak pernah pun terasa sakit perut dan 
tgk sume2 ok je..tpi msing2 kan ..besalah bila kedai dh maju sket..mcm2 citer terkeluar..adatlah kan
tapi ada kekurangan dia punye servis mmg lembap...tpi lau dh sangap..mmg tak kisah ..
nasihat sebelum dtg..alas sket perut dulu..takot2 nti mati kebuluran dkt kedai..lau tahan x pe
dari segi air dan ayam penyet mmg lah lmbt..org ramai,kena faham sket kan..tpi kadang2 aku dgn dak2 nie..baran semacam gak..pgil2 berap kali bru lah smpi..tpi ok,lama2 dh besa dah faham




ikan keli ada 









dan lain2 kedai besa lepak pak Ali sek7..tapi jarang sgt g..
besalah kafe..harga faham2 jelah kan..tak temampu sgt nak membayar..student..
sekali sekala bolehlah..merasa dan memcuba
lau setiap kali..anak tokei pun leh bankrup..ikut atas kemampuan masing2..
tempat ok lah lau nak lepak2..cuci mata..silakan..











pernah gak try makan dkt saad char kuew tiaw..mmg sedap lah lau nak try masakan
char kuew tiaw ala2 penang..dkt je sebelah dkt tasik sek7
blkng my-mydin..try lah lau kepingan mau pekena char kuew tiaw
harga masih boleh dikatakan berpatutan..malam baru meriah..ramai org








lau teringin nak makan mskn seafood,biasanya makan dekat medan makan sek17 dkt 
Terminal Bus, erm harga berpatutan dengan apa yg kita mintak..
tapi rasa bergantung pada tukang masak..kadang2 ok kadang2 terlebih sgt oknya
layanan dia agak sedang2 jelah..tak jumpa lagi kedai yang mana ok..
tpi nie yg ada..rasa boleh lah kot...
tpi lemah kt sini takde sotong celup tepung..tension aku weh..paberet tu..hehe







lau mkn tgh hari,lau tak kafe menara dlm UiTM mesti kt seksyen 7
kafe UiTM tersangat2 lah mahal..x berpadanan langsung..jauh berbeza dgn mkan dkt luar
selalu beli kuih je dengan air buah dkt luar kafe tu..situ murah lagi harga..
tapi apa boleh buat,lau tak sempat nak makan kt luar,terpaksa lah makan gak..
aku pernah amik nasi seketul ayam rm4++ giler x termasuk air
berbeza dkt luar dengan kuantiti dan menda yg sama baru RM3.50++..
besa lepak2 dkt Nur kasih(dulu dikenali sbg Nurul Izzah),restoran Umi masakan kmpung,medan,seksyen 2 dan dkt pasar seksyen 6.
tapi lau nak ikut harga yang sesuai dgn taraf pelajar2 nie..besanya pilihan utama Nur Kasih dan Umi
dulu2 besa lepak2 dkt Umi sebab murah dan byk pilihan tapi tempat dia rimas dan panas
ramai giler org..lagi sekali parking motor..alamak 2 kali aku kena saman sebab parking motor merata
x de tempat nak parking weh utk motor..ada tapi jauh giler nak menapak
tu pasal lau makan...mesti cari meja luar dkt motor moga2 bila polis dtg nk saman sempat lari ke motor dulu
hehe.

tapi sejak bertukar selera nie,byk habiskan masa makan dkt Nur Kasih,tempat dia ok selesa lah jugak
takde serabut sgt dengan ragam manusia,harga pun berpatutan..tapi kena tgk siapa yang jaga dkt kaunter
lau anak lelaki dia..mesti dpt murah..lau dgn mak,ayah@adik pompuan dia..mesti mahal dri biasa
aku selalu terkena,tpi nak wt mcm mana..dh amik kena gak byr
wlpun dlm hati rasa nak baran je..sabar jelah kan..


last sekali besalah2,lau boring2 x de agenda nk wt sgt..lepak2 jelah kt Mcd sek3
best gak lah..lau lepak2 mau berjam2..soal harga mana2 tmpt sama kan
hehehe







byk lagi tempat2 yg telah pergi..tapi wt smtra ni..cukup2lah yg nie dahulu






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...