Iklan

Rabu, 22 Jun 2011

Keputusan Ku



Akhirnya penantian selama ini berbalas..kesudahanya ku akui terpaksa akur dgn ketentuan tuhan. Sekali lagi nasib masih belum menyebelahi perjalanan segala usaha yang aku kerahkan selama ini. Biarpun perit untuk aku akui kebenaran takdir tapi aku perlu gagahkan diri hadapi kenyataan bahawasanya aku belum boleh diiktiraf terbaik.Berat untuk terima keputusan itu,longlai tatapi setiap apa yg tertulis itu, hiba ratapi segala usaha selama ini tidak terhasil mengikut kehendak. Kekecewaan terlalu nmpk pada diri,tatkala kwn2 lain yg usaha tidak sekuat aku berjaya gapai kecemerlangan sedangkan sepenuh jiwa raga aku taburkan atas setiap keringat mengalir dalam membuat pelbagai usaha dan persiapaan untuk "berperang"di medan peperiksaan namun masih belum membuahkan sebarang hasil. Oh Tuhan apakah kekurangan pada setiap usaha aku??masih lemahkah lagi setiap keringat yang terhasil??mengapakah aku diuji dengan sekuat ini sedangkan aku layak untuk menggenggam sebuah kejayaan. Aku sudah memberi yang terbaik,apa yang ku berikan itu adalah usaha datangnya dari diri sendiri,bukan omongan kosong yang ditebarkan bertebangan menghiasi segenap ruangan bicara. Tapi itulah pemberian terbaik pernah aku lakukan..


Tapi sejauh mana aku cuba menafikan dan menindas kebenaran tuhan, setiap persoalan akan timbal balik menyerang segenap benak pemikiran,pelbagai2 pertanyaan menguasai jiwa.. siapakah aku untuk layak bertanya kerja tuhan,siapa aku untuk tentukan kejayaan sendiri,siapakah aku di sisiNya??pelbagai persoalan menujah bertali arus tanpa belas kasihan..Aku akui kebenaran,setiap kerja tuhan itu ada bersebab,setiap manusia ditentukan kehidupan pada garisan lingkaran pernafasan mereka di dunia, berbeza2 pada setiap manusia lain.tidak sama kerana seandainya yang kaya itu si miskin adalah rujukan terbaik untuk mereka sentiasa beringat andaikata tidak pandai untuk mensyukuri setiap rahmat,dalam sedetik boleh rebah, dan sebagainya...tuhan setia pada janjiNya dan dia tidak akan sesekali mengkhianti janjiNya melainkan manusia itu sendiri mencari musibah.


Akhirnya,aku mensyukuri setiap ketentuan tuhan,aku terima dengan segenap ruang tanpa sebarang prejudis lagi,mungkin kegagalan ini menjadi satu pembakar semangat utk aku teruskan perjuangan,mungkin terdapat salah silap pada setiap usaha yang ku kerahkan,mungkin keikhlasan tiada pada setianya perjuangan menuntut ilmu lebih kepada persaingan yang terlalu riak mengejar pujian hidup,mungkin dan pelbagai mungkin hanya Dia yang mengetahui sebabnya semua ini terjadi. Ku terima takdir tuhan ini dengan keikhlasan pada tahap kerendahan diri bila memikirkan balik aku hanya manusia biasa tiada apa2 yg boleh ku bezakan dengan org lain,menyamai segala tanah yang terkandung dalam badan,menyerupai setiap rongga oksigen yang bernafas mereka.


Apa yang perlu aku lakukan,mencari alternatif lain untuk kejar kejayaan itu dan perbetulkan segala tindakan, tuhan sudah memberi cara, cuma kerjaku perlu permudahkan cara dan mengisi segala lompong terdapat pada diri dan usaha yang dibiaskan. Moga2 untuk 2 yang berbaki ini,aku tidak lemah dan tunduk pada kehendak kegagalan,lebih ternampak pada kejayaan yg sentiasa berlegar pada org2 yg rajin berusaha, agar kejayan itu lebih bermakna pada paksi usaha sendiri dari mengharap pada kerja org lain..dan paling penting mencari Keberkatan di atas setiap perlakuan aku sbgi HambaNya di dunia dan akhirat ..amin


"bila Allah tak bagi apa yang kita nak, mungkin ada yg


 lagi baik utk kita... kita merancang, tp perancangan


 Allah lagi maha hebat.. there's a reason behind...."

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...