Iklan

Ahad, 31 Julai 2011

Ya Ramadhan...

 
pinjam dari en google
Erm bersyukur kepada Nya masih memberi aku peluang berterawih untuk kali ini..Berkesempatan menunaikan salah satu kewajipan tatkala menjelangnya Ramadhan..Tapi kali ini aku diberi kesempatan olehNya untuk menyambut dan menjalani ibadah puasa di kampung..Moga2 aku berjaya lunaskannya tanpa sebarang masalah sehingga ke penghujung..Kini usia dah suku abad bernafas di bumi tuhan..kaki melangkah pun semakin luas jangkauan,tidak terdetik diminda dan terlintas dijiwa aku mampu pergi sejauh ini..Suasana sebentar tadi disurau menceritakan segala2nya yang aku kini telah dewasa dalam kehidupan mengatur diri sendiri. Jika dahulu setiap kali ramadhan pasti aku akan ditemani teman2 untuk berterawih tapi kini segala2nya mungkin..tiada lagi suara2 nakal teman2..mereka kini bertaburan mengatur derapan langkah sendiri membina kebahagian keluarga dalam misi meneruskan kehidupan..Hanya aku menyepi terselit diantara jemaah yang lebih berusia yang dahulunya setia menegur kami jika berlaku kesilapan dalam penuhi tuntutan..akhirnya kini aku mampu sebaris mereka menunaikan rukun iman ini..Alhamdulilah..Keseluruhan atmosfera dalam surau ini berubah,begitu sunyi tiada lagi dikunjungi jemaah2..hanya yg setia menanti bersemi di halaman ini sahaja meneruskan tanggungjawab..untuk yang lain..tunggulah penghujung ramadhan dan kedatangan syawal menjengah baru lah ramai kerana disitulah para perantau pulang ke desa..bahang syawal semakin terasa..tiada lagi sesunyi dan sesepi ketika permulaan dan pertengahan ramadhan..


Sumpah,hati aku semakin tidak seghairah terdahulu..ketika ramadhan menjelma..kamilah org2 paling seronok.begitu teruja utk berpuasa..suasana ketika kecil dan remaja begitu berbeza..dua dunia yang menjadikan kita lebih bersemangat utk akui keindahan berpuasa. Aku masih igt,ketika itu 2 minggu sebelum berpuasa,,kami dah merancang pelbagai aneka acara yg perlu diselesaikan sebaik sahaja bulan puasa. Salah satunya mercun dan meriam buluh..itulah rutin harian budak kampung..balik dari sekolah.bertungkus lumus bersepakat masuk hutan mencari buluh,masa itu tidak lagi terdetik andai dlm perjalanan terjumpa harimau mahupun babi hutan..kerana smgt itu lebih membara dan lebih mengatasi perasaan takut..klu hari lain,masuk jugak tapi tidak sedalam bulan puasa..kerana ketaksuban ingin memiliki kedentuman meriam paling ganas mengatasi segala2nya..Itu kisah meriam..kisah lain,klu2 terasa mahu memonteng puasa..pergi mandi sungai berjam2..pas abis sekolah..mandi sungai dulu..dah penat menghirup air..konon2 tertelan..masa itu air sungai jernih..tidak seperti sekarang...mahu mandi pun terfikir berkali2 inikan pula mahu telan..tidak tertahan tekak melaksankan tuntutan nafsu..dah siap mandi kena tunggu rambut kering ,warna merah pada mata kena bgi surut klu tak mmg berjawap lah smpi dkt rumah..time2 sembahyang terawih mcm tu gak..nakal mmg tak igt dunia,cukup 8 rakaat cabut lari..tpi bukan pulang ke rumah,melencong ke tempat lain dahulu..main mercun,pusing2 satu kmpung dan pelbagai..mmg masa tu tak igt dunia..cuma klu tahun2 nk periksa besar je..aktiviti kena kurangkan...tapi kini,wlpun berpuasa belum bermula lagi..hati terasa sayu..mungkin inginkan kenangan dahulu menggamit kembali,terasa sunyi jiwa..teman2 tidak pulang..tidak lagi mampu meraikan kdtngan bulan mulia ini bersama2 lagi..inikan pula dah memiliki keluarga sendiri...lagilah raya masihkan berpeluang ataupun tidak..kerana klu dulu setiap kali raya hnya satu kmpg yg dituju tpi kini terpaksa mengikut percaturan..Mungkin suatu hari nanti aku pun begitu,terpaksa mengikut pusingan...haha


Kali ini pun mujur cuti semester bertindih dengan puasa..dapatlah berpeluang melaksanakan misi bersama dengan keluarga..tidak lagi perlu memikir apa yg hendak makan ketika berbuka dan ketika bersahur..Tahun lepas,tahun pertama aku menyambut puasa sebagai seorang pelajar, suasana teramat2lah berbeza tidak seperti ketika zaman2 diploma dahulu..aku merasakan semakin aku jauh melangkah hidup menjadi semakin berbeza..suasana yang menuntut kita berubah..tahun lepas aku boleh kira beberapa kali sahaja aku bersahur..itupun pada minggu pertama,mmg semangat giler..masak nasi,masak lauk..makan ramai2 dgn housemate...tpi masuk je minggu kedua..semua karam smpi pagi...barulah tergadah pergi kelas dengan perut kosong..lak tu klu lepak dlm dewan kuliah mahu berjam2..mmg terasa keletihan ... Tapi mujur,aku dikurnikan kawan2 yang begitu prihatin dan sentiasa menyokong antara satu sama lain..di mana setiap kali untuk ke baza..kami pegi berkonvoi ramai2..jadi kerinduan dkt kampung tu terubat..cakaplah mana bazar dkt shah alam tu kami x pernah pergi..pasti akan smpi..setiap satu bazar ada menu yg menjadi tarikan utk kami datang lagi hari2 berikut..setiap hari berlangsung mcm tu..tapi ada gak pernah berbuka bersama..igt nak berbuka dkt dataran tapi akhirnya terkandas dekat masjid..berbuka ramai2 dkt luar masjid..mmg best rasa masa tu..rasa rindu plak bila berjauhan ni..rasa mahu putarkan balik masa2 itu..itulah suasana belajar..makan pun tidak terlalu memilih,apa yang terlintas depan mata dan rasa bajet mampu menanggung..mesti mencuba..wajib,yang penting tidak kempunan di lain hari..hehe..soal citarasa dan ramuan perkara nombor dua,asalkan mulut mampu menelan..orite je...itulah hidup bujang ditambah pulak dengan status student..


Itu zaman student,time kerja dulu x pyh cakaplah..azab giler..aku mengakui mmg aku tidak berjaya lunaskan sepenuhnya setiap kali aku berpuasa ketika bekerja..Bukan mencipta pelbagai alasan tapi atas faktor keadaan yang begitu menyeksakan tekak.Dulu sebelum aku bekerja dekat tengah laut,aku kerja dengan syarikat swasta sebagai juruukur,kalau site aku sekadar masuk hutan,ukur balik sempadan mahupun amik detail..aku tidak mengalah,wlpun kena harungi sungai aku mampu sempurnakan puasa dengan sebaiknya..Klu pasal pembantu ukur,mereka ni ada yg ok..klu puasa mmg puasa ..yg teruk yg tidak pernah puasa pulak tu,mengheret org puasa utk join..tiap2 pagi sebelum pergi site,singgah dulu kedai mamak,tapau roti takpun nasi lemak..erm yg jadi mangsa aku lah..kena gak bentikan keta kt kedai...klu tidak mereka bgi alsan x leh nk agresif time bekerja..aku jugak yg kena tiaw dgn bos..aku tak kesah sebab aku paham tpi mslh boss aku,dia bukan pikir psl tu semua..yg dia tahu kerja mesti jalan ikut masa yg ditetapkan..pasal untung tidak boleh berkrompromi last2,aku terpaksa redha jelah.jnji puasa aku jangan mereka kacau sudah..smpi dlm hutan,bedal dulu sarapan bru lah nk start keje...tapi yg menyebabkan aku terpaksa tewas bila btul2 site dkt tapak construction..giler masa tu dgn pokok tiada utk berteduh..betul2 ats tanah gersang..yg baru diratakan,wap dari tanah mmg mengalir deras ke pipi..terus smpi skt tekak membakar saluran dahaga dan membuat smgt menjadi lemah..pulak tu klu dah masuk site mcm tu..mahu berminggu kena bertapa,mujur lah tak kena tidur sekali..klu tidak mmg sebijik mcm pekerja2 kontrak..cuma bezakan aku ada ic je kot..klu warna muka dan kulit sah2 tiada beza langsung..erm ari pertama aku lepas, itu pun blik umh smpi je umh kena goda dengan anak buah(arwah dah dia) dia 5 tahun,baru bljr puasa tpi separuh hari je bertahan...masa tu aku duduk tumpang rumah kakak.sebab dkt dgn tmpt kerja..jadi bila blik je..dia mesti minum air soya..dan time2 tu jugak lah dia menyibuk minum depan2 aku..tapi masuk hari kedua dan seterusnya..aku tak leh tahan,dkt site ada kantin kongsi..erm diaorg tak pernah tutup..tpi aku bile tengah hari time tu panas terik giler..wlpun pki topi berpayung sakan..masih tidak mampu menampung bahang mentari..terasa mencucuk smpi ketulang..last2 aku amik keputusan utk membatalkan puasa dan melepakkan diri meminum air smbil makan tengah hari..tpi aku tak bgthu dkt pembantu kerana aku malas..aku bgi alasan pergi toilet..kang diaorg perli aku dan makan dpn2 aku..hakikat wlpun aku tak berpuasa..tpi klu dieorg tak thu..dieorg msh ada respect dan tidak akan mkn depan aku scra terang2ngan.... Tapi time dkt rumah ,aku akan ckp dkt kakak yg aku masih mampu berpuasa kerana malu dkt anak2 buah...mereka mampu bertahan smpi berbuka,aku???hisy2..pernah gak kantoi dgn anak buah sendiri,menghirup air soya dalam peti..hahaha..terliur dan dahaga..aku tidak larat lagi untuk berdrama depan mereka..akhirnya,time berbuka kena lah tunggu mereka selesai dulu dan kena lah perli dgn anak2 buah..nasib lah badan kan..apa leh buat...hehehe


Tapi ketika bekerja di tgh laut dkt Penang..keadaan macam tu jugak,lagilah begitu terasa..masakan tidak semua pekerja aku baik bangla,indon mahupun nepal..haram hendak berpuasa..time mkn tghari,amik bersepah2 bersantai berkelah dkt port aku lepak..apa lagi mereka2 nie open table lah,apar tikar bukak bekal yg dieorg bwk,..makan ramai2..giler,wlpun lauk mereka simple je..telur goreng dan kuah..tpi masa tgh lapar tgk tu pun jadi sedap..aku larikan diri cari port yg ok lah..jauh sket dari pandangan mereka..godaan tiadalah sangat..time kerja dulu..syrikat ni singapura punya..tpi dpt tender projek malaysia..aku mula2 pun nyaris dihantar ke sana,tpi aku bernasib baik kebetulan tidak cukup jurukur dkt site penang..kenalah hantar sana..sistem syrikat nie..mmg kejam..tiada cuti..hari2 kerja..pagi smpi ke magrib..cuma klu puasa smpi pkul 5.30ptg je..dan setiap tghari akan ada makanan yg akan dihantar utk pekerja..wlpun berpuasa tpi ada pekerja2 dan jurutera atas kapal memerlukan makanan..mereka ats sana sah2 lah x puasa..itu lantaklah aku mls cmpur hal mereka ats sana..tpi aku yg atas darat(platform tgh laut) ni lagilah,giler tgh laut..bahang laut tak sama dgn ats darat..wap air laut lagi lah membakar kulit smpi mengupas kulit..sebulan pertama,haram kulit aku terbakar dan menggelupas itu ketika memakai sunblock,topi mahupun segala menda yg leh menutup keseluruhan muka,lagi satu abis seluruh badan aku jadi menggelupas..kemasinan air laut menyebabkan kulit aku alergik..habis gatal2..dan sehingga kini berparut..jumpa doktor,dia kata biasalah klu kerja tgh laut..beribu2 gak aku merawat byr kos bgi lamsum kan parut tu..tpi langsung takda kesan yg mahu hilang...masih lagi ada tinggal parut putih2 kulit menggelupas..habis jatuh saham..itu sebab aku segan nk mandi bukak baju depan org ramai..segan wlpun x byk tpi nti org kata bdn aku berpanau...hahhaah..hakikat bukan panau lah weh..itu kesan menggelupas..Muka jgn cakap lah..mmg sedara dgn burh2 dari negara india..hitam legam kot..klu dlm gelap..rasa2nya putih gigi tu yg dpt org cam..mahu tak,cuti pertama blik je kmpung..hisy,mak aku terkejut giler..adik beradik aku lagilah..gelak sakan tgk muka aku..teruk kot,last2 kecewa time kerja langsung aku tak pakai penghalang..biarkan saja radiasi mentari terus2 memanggang kulit aku...jadilah hitam itu kekal bersemi pada wajah aku hingga kini..wlpun dulu hakikat aku putih lah..dan muka licin tanpa jerawat..sekarang habuan berkawah2 muka kesan jerawat..berkemur lama sgt smpi jerawat x taw celah mana ruang nk tumbuh,semua senarai telah dipenuhi dan beribu2 masih menunggu giliran..heheh..seyes!! tiada lagi
berbalik pada cerita tadi,erm bila dah ari2 supervisor aku ni cina..dia mahu menyogok aku dengan makanan..aku tak leh tahan lau menu ari tu nasi ayam..mmg sedap nasi ayam tu..byk kali makan pun x jemu2..lain dari yg lain..utk pekerja melayu..mknan akan dibeli dan ditempah di kedai melayu..tpi utk pekerja cina mahupun kristian,akan dibeli dari kedai cina sebab ada makanan special sket..fham2 jelah
Adalah gak dlm dua hari mcm tu aku berhutang puasa..itupun mkn sembunyi2..tkut weh..last2 supervior aku ada bgthu..yg kwn aku (engineer)pun sama gak x puasa sebab penangan nasi ayam tu..tpi die oklah dpt mkn ats kapal..aku gak yg merempat dkt site..giler sedih kot..hahaha..tpi bila blik umh je..semua mengaku yg berpuasa..hahha..padahal???...erm tpi best gak pengalaman berpuasa dkt penang..byk gak bazar aku memutar mencari utk juadah berbuka..mcm2 ada..berbuka rmai2 dengan geng2 kerja best..msing2 jauh dri fmly.


Tapi itulah kan.semakin membesar..kemeriahan semakin tidak terasa,mungkin aku kali ini dpt melaksankan bersama fmly itu yg tidak terasa sgt..tpi utk tahun2 terdahulu,klu berpuasa mmg terasa giler..sebab jauh dgn fmly,plak tu time berbuka tidak semeriah dgn fmly..itu yg terasa sgt..bila raya pun time kerja..giler shopping sakan,kena sediakan angpau utk anak buah dan ank2 member..tpi skung bile jadi student balik nafsu utk beraya mcm takde..macam biasa2 je..mungkin ats fktor duit org,klu duit sndiri..belilah satu pasaraya tu pun tiada siapa nak kisah dan marah..duit sendiri..penat kerja sendiri..bebaloi2 lah lau nk membazir..tpi bila keadaan mcm nie,bukan tak mampu tapi terasa mcm seolah2 tak sanggup...bersenang atas kepayahan org lain..itu yg membuat diri berfikir berkali2 klu nk sakan sgt membuat persiapan raya.. Lagipun sebab yg terbesar,kali ini kali ke 2 aku menyambut puasa dan raya tanpa dia disisi..memang rindu sgt2 kenangan lalu, tapi apakan daya kehilangan dia atas kesilapan diri dia sendiri..bagi aku,tidak perlu sesali kerana aku perlu teruskan perjalanan hidup aku..bagi hidup dia,andaikata tuhan masih kuatkan jodoh antara dia dan aku..sejauh mana pun aku berlari..sekuat mana pun aku cuba menafikan realiti dan kebenaran..sampai satu masa kami tetap akan bertemu..tapi klu itu bukan jodoh kami sekuat mana pun kami bertahan,cuba menidakkan kan takdir dan kuasa tuhan,tibanya masa kami tidak akan tetap bersatu..kerja tuhan satu kerja yg bersebab dan terselit satu himah yg kita sendiri tidak mampu utk menyangkal..moga2 ramadhan ini bermakna dan klu ikutkan tiada apa2 yg menghalang..ini terkahir aku smbt bergelar sbgai pelajar..itupun klu lah berjaya menamatkan dengan cemerlang pengajian aku..amin



Lagu Seventeen-Ramadhan Yang Indah :


4 ulasan:

Suhazli berkata...

wah kenangan yang indah semua tu..usia telah mematangkan kita semua..

salam ramadhan dari hez.. :)

Unknown berkata...

selamat menjalani ibadah puasa..semoga kita beroleh keberkatan dariNYA...pose jgn tak pose ek..:P...layan lagu broo smpai tunggu sahur.hehhe tumpang lepak sat na.

belog lang berkata...

hahah..kamu berdua mmg rajin singgah dan drop comment..bgus2..teruskan amalan terpuji ini..heheh..erm terima kasih ek,sudi jugak..

hez:salam ramadhan gak..pose jgn tinggal2..hehe

fahz:selamat jugak berpuasa..boleh2..silakan,x de kena byr tol pun..hehe

niyta berkata...

ok..sgt pnjg..i'll continue later..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...