Usai sahaja pasukan "Harimau Malaya "kecundang melayakkan diri ke pusingan ketiga kelayakan piala dunia 2014..hati mmg sedih bertambah bukam...kecewa dengan persembahan yang ditunjukkan akan tetapi tidak boleh salahkan sesiapa malah pemain itu sendiri kerana tekanan di atas padang begitu hebat berbanding dengan harapan kita yang menyaksikan di bangku penonton malah di mana2 sahaja..nasib dan rezeki masih belum berpihak pada kita dan harapan dengan pendedahan tadi mampu memperbaiki lompong dan kekurangan pasukan Harimau Malaya akan datang..Aku pernah berada situasi begitu,tapi tidaklah smpi mewakili Malaysia cuma sekadar mewakili peringkat negeri(ragbi) akan tetapi bahang tekanan tu memang terasa,dengan harapan penonton,jurulatih,cikgu,ibubapa,kawan2 pasukan malah diri sendiri yang terngiang2 berlagu dalam minda kekadang membuatkan diri hilang fokus kerana dalam diri dibayangi sifat mahu menang berlebihan menguasai diri..segala taktik dan latihan sebelum2 ini seakan2 hilang...lenyap begitu sahaja..cuma harapan yang smgt itu terus membara...itu kadang2 kita tgk menjadi dan kadang2 tidak seperti yang diharapkan..Erm mewakili semester tempoh hari dalam sukan khemah ukur pun dah cuak...beban tekanan membuak2 untuk menang..lebih teruja klu berjaya menidakkan kata2 kesat pihak lawan dan membuat kan mereka lebih respect dan terdiam..itu sesuatu yang membanggakan!!
Memandangkan aku yang control segala atmosfera dalam bahagian ruang tamu rumah lantaran tiada sesiapa di rumah,mak aku keluar ada kenduri..aku nk tgk dkt luar pun terasa begitu malas kerana kehilangan member2 ..ni lah akibat kalau jadual bercuti tidak bertindih dengan jadual orang bekerja..dalam lingkungan kawan rapat tinggal aku dan seorang lagi kawan yang masih memikul berat beban status "pelajar" akan tetapi kawan aku lagi seorang sekarang tengah sibuk bertungkus lumus menghabiskan satu sem dkt UTeM..walaupun dia bercuti sama dengan aku..tetapi atas faktor2 yg tertentu dia masih teruskan pengajian..katanya atas arahan dekan..lagipun belum berkesempatan untuk bertanya kepada dia dengan lanjut kerana sampai hari ini masih belum bertemu muka..yang lain mmg sah2 sudah berkerja..jadi klu mahu jumpa pun hanya tiba hari raya mahupun kenduri kahwin kwn2 je..itu lah peluang dan kesempatan yang terbaik utk berkumpul dan bercerita ..kadang2 smpi terbawa ke pagi bersembang..maklumlah lama x jumpa
bukan mahu berbicara pasal mereka.itu hanya sisipan untuk menjelaskan sebab yang mengheret aku lebih selesa untuk terus setia menyaksikan bola di rumah,lagi best boleh baring,terlentang..bebas..klau aku nak menjerit,memekik malah mahu memaki tiada siapa2 yg mendengar..paling kuat pun jiran sebelah itu pun klu lontaran suara aku mampu membawa frenkunsi suara pergi sejauh itu..Pernah gak saksikan pasukan Malaysia menentang Pakistan tempoh hari..Betul suasana di stadium lain rasanya..memberikan kita satu perasaan dan semangat yang lebih teruja akibat tenggelam dalam lautan manusia..Tapi kalau aku masih di Shah Alam,aku rasa mmg aku dan kwn2 usahakan jugak dptkan tiket dan celahkan diri dalam stadium tadi..Tapi apa leh buat jauh tercampak dkt Pahang.. Untuk terus melayan facebook,terasa bosan giler kot ..sebab sekarang masing2 tengah bersesi meluahkan perasaan ..malah ada yang menggunakan facebook sebagai medium untuk memaki atau menyumpah sesiapa sahaja mereka mahukan..aku bukan tidak mampu untuk melihat tetapi takut2 nanti susah untuk kawal emosi ..larut dalam mainan mereka..biarlah mereka..esok2 atau kejap lagi surutlah tu.mmg lah tidak dapat dinafikan,kita menaruh harapan begitu besar akan tetapi usaha telah dilakukan namun rezeki masih belum berpihak..mungkin banyak lagi perlu diperbaiki..positifkan diri terima kekalahan
Dengan berbaki masa tinggal lebih kurang 15 minit,cepat2 aku menukar siaran ke tv3..aku baru mula tengok drama ni semalam itu pun kebetulan dalam main2 mengalih siaran terlekat dekat drama tu..mmg best pengganti kepada cerita syurga ramdhan tahun lepas..andai kata drama syurga ramadhan yang lepas aku tidak langsung berpeluang menyaksikan satu episod pun kerana keletihan giler..lepas berbuka mesti hanyut..mahu tidak seharian letih menghadap kelas..kadang2 smpi ke petang malah malam kelas..jadi lau ada assgmnt pun mesti aku akan siapkan lepas sahur..itu wajib..lau lepas berbuka lepas tarawih memang aku tidak layan kerana berat mata menahan lebih serius dari kerisauan assgmnt yg perlu dihantar...jadi kesempatan yang ada ini..bercuti ketika puasa malah lebih untung ketika di rumah ...memaksa diri menjadi terlalu obses dengan tv..segala apa rancangan aku pasti jadi pengikut setia..sebelum abis cuti dan sebelum kwn2 lain bercuti dan pulang ke kampung..baik aku berikan segala perhatian dan masa pada tv..itulah tempat aku lepaskan bosan setiap hari selain berfb..blog jarang2 :)
Aku tidak mahu mengulas tentang jalan cerita kerana masih terlalu awl dan aku pasti dlm internet bersepah maklumat tentang cerita ini..google je mesti jumpa... apa yang aku nak kata,aku tertarik dengan watak yang dibawakan oleh Fazlina Ahmad Daud..Terlalu menjadi dengan karakter dia..bila aku melihat dia dalam drama tu,pasti aku akan teringat kepada 2 individu yang berpengaruh dalam hidup aku..seorang kakak aku apabila dia marah kan anak2 dia..suara dan gaya dia mesti macam tu..dan lagi satu kawan aku bila dia bergaduh dengan aku mesti dia terkeluar aksi Puan Mazni ..itu pasal aku suka cari gaduh dengan dia...sebab aku rindu nak tengok aksi dia..sekarang dia dah kawen...terlepas peluang untuk bergaduh..apa leh buat..jadi bila aku tgk aksi Pn Mazni tu..tetiba terigt mereka berdua..saling tidak tumpah..ntah bagi aku klu perempuan marah macam tu,aku rasa gerun tapi hakikat seronok..dengan suara yang begitu membuat aku rasa mcm berada di suatu tempat yg lain..itu aku lah,lau org lain aku tak pasti..masing2 ada citarasa dan pandangan tersendiri..aku cakap,aku luahkan apa yg aku rasa itu lahir dari diri aku sendiri..Lagipun aku sebelum2 ini tidak pernah melihat lakonan beliaudalam mana2 drama..itu yang mungkin teruja kot..heheh
inilah dia yang aku maksudkan |
nie blog beliau :
Lagi satu,lagu tema drama ni best..aku dah try search tpi masih tidak jumpa..ada dkt youtube tapi bukan yg full..menurut dlm fb penyanyi ini "Pompa Bensin"lagu penuh akan disusuli kemudian..rasa tak sabar ingin memilik lagu penuhnya..layan kot lagu nya..suara best lirik pun best.
lau nak tahu apa2 perkembangan tentang Pompa Besin,try gak cri kt google gmbr dia..tpi x jumpa dlm pages kt fb pun tidak dimuatkan gambar beliau..tunggujelah nti
klik disini :
aku sertakan lirik lagu"jangan lupa namaku"puitis beb lau bagi kat awek mesti dia lentuk,nak2 saat ketika mahu berpisah dengan si dia:
Walau aku tidak bersamamu
Jangan engkau lupakan diriku
Walau aku tiada di sisimu
Jangan engkau lupakan namaku
Kerana...
Aku mengingati mu
Kerana...
Aku men’cintaimu...
Andai aku
Bisa bertemumu
Dengan senyum ku tadah syukurku
Andai aku bisa menyentuhmu
Air mata pasti deras gugur
Kerana...
Aku merindui mu
Kerana aku sentiasa
Menyintaimu oh sepenuh hati
Walau kamu
Jauh di mataku
Jangan aku hilang dalam kalbu
Saat kamu samar mengingati
Jangan aku terus kau lupakan
Kerana aku
Sentiasa mengingatimu
Kerana aku
Sentiasa menyayangimu oh kekasih hati...
Andai aku bisa memelukmu
Pasrah aku tabah diujimu
Andai aku bisa dicintai
Dengan rela menyerahkan hati
Kerana...
Aku merindui mu
Hmmm...Kerana aku sentiasa menyintaimu......
nie lagu tema yang aku maksudkan-bukan full version
Harapan aku begitu besar..moga2 aku berjaya menyudahkan setiap episod drama ini dan aku benar2 berharap jalan cerita tidak terlalu tipikal seperti cerita lain dan membawa satu cabaran kepada konatasi minda untuk terima..kerana disitulah nikmat dan kepuasan yang dicari yang menuntut otak lebih cergas untuk berfikir serta tidak terlalu melankolik yang membuat jiwa terbuai habis...tak sanggup tengok mak aku lelehkan air mata melayan kesedihan sekian kalinya menonton drama berbau meruntun jiwa..mana tidaknya dia jelah yg setia disisi apabila aku melihat drama melayu..maklumlah dalam rumah ini tinggal kami berdua..aku lah tempat dia bercerita dan mengulas sekiranya ada yang tidak kena..tapi aku tak leh masuk klu dia layan sinetron indon..aku bla awl2..angkat punggung masuk bilik..tidak leh terima penipuan cerita.....hehehe!!!
2 ulasan:
haah..cite ni menarik gak.. sme la..episod 1 terlepas..hahaha..
bukan awal sgt ke dia stat cite ni?tak masuk bulan pose da stat..haha
ok lah buat hilang boring2..tpi skung byk terjadikan dlm msyrkt..
yup stat smgu awl kan... :)
Catat Ulasan