Isnin, 23 Mei 2011

Tiada Beza Disisi-Nya..



semalam masa otw nak g lepak2 dgn member,aku singgah jap kt kedai runcit nk beli brg..smpi dkt kedai adalah situasi begini terjadi,time aku nk msuk kedai tu ada seorang "mamat"gelabah sakan masuk kedai smpi die terempuh aku dari belakang. Hampir terduduk aku terjatuh, igt bangun balik aku nk belasah je,bila lgi kan nak praktis ilmu silat yg aku tuntut slm ini.masa ada ruang nie lah nak try.aku ni perfect atau sekadar nak lulus je time koko ari tu. Erm bila aku bangun,aku toleh dkt dia .alamak "mamat"jambu kot. aku tak sampai ati plak nk marah,just tegur je mujur dia sahut sapaan aku dgn "sori byk2 bro emergency nie" ok lah aku pun teruskan hasrat yg terbantut..die mmg gelabah sakan..pusing2 kedai byk kali..aku sempat ngusyar die sebab aku konpius dengan orientasi sex dia..sekali imbas x de gaya langsung "mamat"..bile berkali2 pandang aiyaa..saling tak tumpah seorang pompuan. Masa aku dah smpi kt kaunter,nk byr brg tu.."mamat" tu pun dtg lah.mungkin die dah hilang segan dgn aku kot sebab kes tadi,x pun die dah kecewa dgn pencarian..slumber batak ar tnya akak yg jaga kaunter :

akak: nk cari ape weh?dari tadi akak tgk ko tawaf bape   
kali dlm kedai ni?hehehe


dia   : erm segan lah nk bgthu..(seyes muka dia dh merah pipi)..smbil terbatuk berdehem2..(isyarat tu)


aku  : terpaksa ar bgi laluan pada dia..beralih ke blkg sket moga die leh dpt ckp dgn akak tu dgn nada x pyh jerit2 satu alam kedai leh dgr..tpi aku msh pasang telinga..aku nak thu gak krisis dia menda pe


dia   : akak,ada x "pad"(tuala kecik pompuan)..sy bocor nie...x leh nk thn2 nie..mau meleleh nie..tak tertahan2 nie...


akak: apa?oh mak ko..ai ko jantan pun pakai pad gak ke?(seyes pertanyaan akak tu smpi aku leh dgr)


aku  : hahah(dalam ati gelak giler lau leh mau guling2)muka macho die tadi,muke bengkek giler besulamkn kerek time langgar aku tadi berubah 360 jadi sweet lah sgt..cair kot aku tgk die..rasa nak peluk je dri blkgn (time tu die sempat toleh blkg jeling ke arah aku) mau tak org yg "mamat"tadi rupe2nya pompuan


dia  ;alah akak nie..slow2 lah sket ckp tu..kang bro blkg nie(aku) dgr..malu sy   nie..akak nk jual ke x nie?lau x sy cri kt tmpt lain je.


akak: alah ilek ar,akak konpius je tadi terkejut kot..ko g lorong blkg tu.ada dkt situ..pilih je mana yang berkenan dgn saiz ko.. akak nk tnjuk kan,brader blkg ko(aku) nie nk byr. lau x jumpa gak..jerit je nama akak dri blkg


aku : asl kak,sy tgk brader tu glbh sakan je..mcm ada yg tak kena je?(berbasi2 aku tnya soklan)


akak :erm "brader" ko pggil dia..akak pun mula2 mcm tu gak igt die jantan..last2 pompuan.. ai,akak x phm dak2 skung ni..elok2 jadi pompuan..nk jadi laki..yg laki nk sgt jadi gegurl..mcm2


aku : erm..msing2 ade citarasa sendiri...hehhe


**********************************************************


aku pun bla,berlalu tinggalkan seketika pengalaman tadi..byk menda aku dapat.. aku cuba untuk ungkaikan setiap persoalan yang dikemukan akak tadi berkenaan mslh rmi yg mahu bertukar ciptaan tuhan,aku sendiri x pasti kenapa semua ini boleh terjadi sebab aku bukan berada di tempat mereka. Orang kata berat mata yang memandang.berat lagi bahu yang memikul beban,untuk menjatuhkan hukuman ke atas setiap umat sesama hamba-Nya. Layakkah kita?sedangkan yang mencipta itu sendiri menjadikan semua itu bersebab. Implikasinya mudah, moga2 kehadiran mereka menjadi rujukan terbaik kepada kita untuk jadikan iktibar hidup..dan merupakan satu tanggungjawab kita untuk membimbing mereka ke arah jalan yang benar kerana bukan kah itu tujuan kita dilahirkan didunia untuk bersatu dalam segala perkara bukan terlalu mementingkan keperluan sendiri sehingga terlupa mereka2 yang memerlukan kelebihan yang kita miliki. Terlalu kejam untuk menunding setiap kesalahan atas perbuatan mereka secara keseluruhannya.berikan panduan,nasihat dan pedoman kepada mereka lebih sempurna dari terusan menghina mahupun mengutuk. Bimbinglah mereka kerana itulah tujuan tuhan ciptakan mereka,menduga kelebihan yang kita miliki mampukan untuk selaraskan dengan permasalahan ini,bukan melarikan diri dari bertanggungjawab, bagaimana mereka mahukan tunjuk ajar org2 yg betul sedangkan manusia itu menghina bertubi2..baik buruk dia adalah sebahagian makhluk tuhan.


Aku bukan bermatlamat untuk mengaibkan mereka apatah lagi untuk menjatuhkan maruah empunya diri,tapi aku tergerak hati untuk berkisah disini,kebanyakkan dari kita lebih rela menghukum dari meringankan diri membantu mereka,seandainya diri sendiri tidak menghargai pertolongan org.terpulanglah kepada mereka untuk menentukan arah dalam aturan gerak langkah hidup. Kita sudah memberi yang terbaik,hanya bekalkan kekuatan diri dan keimanan jiwa yang boleh memandu mereka ke lebuh jalan yang benar kerna segala pertolongan sudah kita hulurkan.


Setiap dari kita,aku percaya mesti tergerak dalam jiwa,dalam minda untuk menyangkal setiap kewujudan kurniaan tuhan pada setiap inci tubuh mahupun paras rupa kita. Paling koman pun,mesti ada unsur2 penyesalan,kondem sana sini ketidakpuasan ati. Misalnya lau kita terkurang cantik dari seseorang yg lebih cantik mesti kita akan bersuara,"kenapalah aku tidak boleh memiliki secantik dia""kenapalah aku pendek"kenapalah aku nie gagap"semua yang terjadi adalah atas desakan  konflik dalam jiwa yang terlalu bertuhankan apa kata org kerana terlalu terikut2 dan takut pada bayang manusia lain.Kesanya diri sendiri rebah dimamah kudis sindiran manusia lain. Aku sendiri pernah alami ,aku sendiri pernah galak menyuarakan kemarahan pada sang pencipta "kenapalah aku terlalu buruk" "kenapalah hidup aku sebegini rupa"aku terlalu terbawa2,teruja berpedomankan nista manusia lain..refleksinya aku sendiri mungkar pada sang pencipta. Akhirnya aku sedar,sekiranya aku terlalu mengambil berat kritikan orang,sampai bila2 aku tidak boleh kemana2.selalu tunduk dah tewas pada ckp2 orang akan merugikan diri aku sendiri. Natijahnya aku akan gagal rencanakan perjalanan hidup ini atas kemahuan sendiri. Semai dalam diri bahawa setiap ketentuan tuhan adalah bersebab,positifkan konatasi minda utk terima kejadian sebaik mungkin,


 Sedikit demi sedikit aku berani lontarkan jauh2 perasaan itu, wlpun tidak berjaya sepenuhnya tapi aku terus mencuba melawan untuk terusan tidak menitikberatkan segala penindasan org lain atas hidup aku. mereka tidak berhak untuk mengauli urusan hidup aku,kerana mereka memiliki kehidupan tersendiri. Andai kata segala pertuturan mereka boleh bikin aku menjadi lebih baik, aku dengan rendah hati terima semua itu dengan keterbukaan jiwa. sebaliknya tujahan kata2 mereka hanya sekadar untuk menjatuhkan pendirian aku, terima kasih jelah. Mulut org terlalu sukar untuk menidakkan mahupun menegakkan kebenaran,kerana semakin kita cuba menafikan realiti,semakin itu mereka akan bertali arus menyerang dari segenap ruang. Seandanyai kita berdiam diri,mengambil tindakan bijak,lama kelamaan mereka letih untuk mencari keburukan kita kerana mereka sedar  segala kesungguhan mereka tidak berhasil,dengan sendiri mereka akan sepi dan menjauhkan diri. Jangan kerana mahu tutupkan keburukan diri sendiri menjaja keburukan orang lain.

Aku percaya setiap dari kita berhak untuk suarakan pandangan, akan tetapi sekali sekala cuba kita limitkan ruang yang berbau penindasan untuk berfikir sejenak tentang maruah org yang kita cuba perkatakan itu. Cuba selami dan bertanya pada diri sendir,sekiranya aku berada dlm situasi seperti mereka,apa perasaan aku lau org sekeliling terlalu kondem tentang kewujudan aku? bagaimana kah isi ati mereka, tapi aku percaya atas umpatan,cacian mahupun kejian masyarakat kepada mereka menjadikan mereka lebih kuat,lebih cekal malah lebih tabah berbanding dengan kita untuk mengendalikan pergerakan hidup mereka


Aku bukan cuba menjadi wira mahu menghalalkan segala yang haram,cuba melawan fitrah tuhan..yang haram tetap haram mustahil untuk ubahsuai menjadi halal.tetapi kita sesama manusia,berilah ruang,nasihat dan pertolongan sebaik mungkin. Jadikan apa yang terjadi itu sebagai panduan kerana kita manusia biasa.tiada beza di sisinya..belum tentu boleh putuskan apa yang terjadi masa akan datang. Ingatlah sekiranya hari ini kita cuba mencari keburukan org lain nescaya tuhan akan membalasnya dalam berkeadaan sedemikian rupa. Kita tidak mampu untuk menyangkal setiap kekuasan DIA. Zaman ini,karma apa yang kita buat dkt org,automatik kita dapat lebih dari tu...klu bukan dkt kita tpi dkt org2 yg ada kaitan dgn kita.

1 ulasan:

NurFadhilah berkata...

doakan pumpuan tu akan dpt hidayah suatu ari nati..aminn

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...