Iklan

Khamis, 19 Mei 2011

Mencari Nora Elena

Aku tak pasti bagaimana aku boleh secemerlang begini untuk teruskan setia menanti kehadiran cerita ini di kaca tv.Persembahan indah hasil nukilan pena dari sebuah novel " Kasih Yang Suci "dibentangkan secara longgar iaitu adaptasi  ringkas menjadi karya begitu asyik membuatkan aku teruja untuk saksikan kisah seterusnya.


Mungkin ada kaitan dengan sekadar mengisi ruang masa lapang tanpa berbuat apa2 yang mendatangkan sebarang manfaat ketika bercuti panjang ini dan terpengaruh dengan cakap2 mereka yang menegakkan kepastian bahawa ia bukan sesuatu yang merugikan masa serta perlu mengerah otak untuk fahami segala lakaran cerita. Berbeza sebelum ini,kebanyakkan masa aku habis dibazirkan dengan pelbagai aktiviti ketika menyusuri jadual kuliah sehingga terlupa seketika untuk saksikan sebarang drama berbau melankolik.


Mungkin juga pengaruh lakonan Aaron aziz yang tampak berkesan dalam penghayatan watak Seth Tan. Figure yang banyak memberi impak dalam diri aku  menyebabkan aku terkesima selama ini untuk tidak ketinggalan saksikan setiap lakonannya ..taksub dgn setiap karakter yang dijiwai menjadi seolah2 kytaan dalam setiap garisan persembahanya dan jarang sekali menghampakan waima watak yang berada dalam tanganya tidak selari dengan bakat.


Tahniah kepada barisan pelakon lain yang berjaya memainkan peranan watak anda sehingga berjaya mengheret aku dalam kancah perjalanan kisah ini. Tuntutan itu memanggil aku untuk mencari senaskah novel ini untuk larut bersama dalam rona-rona mainan minda penulis Meen Zulaikha...


akhir sekali ,saya sertakan salah satu lagu tema "nora elena" didendangkan oleh Asfan-Terhenti Di sini





2 ulasan:

Aniz berkata...

sama la kita...saya yg tak biasa tgk cerita melayu apatah lagi drama bersiri pun gigih tunggu pukul 7 nak tgk crita ni..berpengaruh sungguh..haha

belog lang berkata...

bestkan citer nie..lain dari citer tipikal malay selalu ada dkt tv..hehe..mmg terpengaruh abis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...