Iklan

Sabtu, 23 Jun 2012

Ku Tak Pantas Di syurga-Dadali



Lirik
Sudah terlalu banyak dosa yang aku lakukan Tuhan...ampuni aku
Berlinang air mata bila ku sebut nama-Mu Tuhan...bergetar hatiku
Ku telah lama lupakan-Mu
                   Gelap hati, Gelap Jiwa, Gelapnya Hidupku
Ku tak pantas disyurga
Namun ku takut pada neraka
Aku hanya manusia
Penuh Dosa
Tuntunlah dan bimbinglah 
Dijalan Redha-Mu
Berikan aku kesempatan untuk menjadi yang lebih baik
Andaikan saja waktu, dapat ku putar kembali
Aku ..............ingin didekatiMu
Betapa pedih siksa yang telah 
Engkau janjikan Tuhan...Maafkanlah aku
                  Berikan kasih-Mu, Berikan CintaMu 




tiada lagi "disaat aku mencintaimu" tapi kali ini "ku tak pantas di syurga"
sesuai buat tatapan jiwa-jiwa kudus yang mencari kedamaian yang hakiki
dalam hiburan pun boleh berdakwah kalau kena situasi dan caranya...



GilerDurian

Durian punya penangan sesiapa sahaja mampu terdiam tidak terkata selepas menikmatinya. Itu bagi mereka yang "hantu durian", bagi aku dan seangkatan yang tidak "selera" dengan rasa durian mungkin tiada tinggalkan kesan. Ironiknya walaupun akan merasa kembang tekak bila menelan ulas durian tapi bila disogokan dengan tempoyak serta-merta akal memberi respon yang positif untuk adaptasi rasa durian dalam mulut. Selera semakin bertambah, tidak lagi "lugar' tekak! Pelik tapi itu kenyataan yang berlegar dalam sekilas nafsu aku!.Hahah

Semalam selepas berantakan membuat keputusan untuk menikmati rasa durian, ahli squad belas-belas teruja (sebahagian)menjamu durian. Habis rm50 sekali harung depan mata. Terbaik walaupun adakala durian yang dijamukan depan mata tidak datang dalam pakej yang kami mahukan tetapi masih boleh ditukar.Itu kelebihan kalau menikmati di gerai itu sendiri berbanding pulang makan dirumah.Terima kasih squad :)

Hujung-hujung ini rasakan pengisian perlu ditakluki bersama-sama kerana tidak berapa lama lagi akhirlah segala-galanya ..SEDIH YANG TERAMAT.Kenangan ini hanya akan jadi SEJARAH antara kita semua!





Selasa, 12 Jun 2012

Duit OH Duit..

Ini hasil yang aku dapat atas pelaburan yang aku jangkakan. Setahun lamanya aku kerahkan diri untuk disiplin menabung. Tabiat ini datang, dah bertahun lamanya sejak 2006. Kisah masa dekat asrama lagi, punca aku malas nak bawa duit syiling kerana terasa dompet atau poket berat dengan kerenah dan mengundang ketidakselesaan. Akhirnya aku putuskan untuk terus menabung, dari mula-mula sekadar suka-suka menjadi serius.Ingat lagi, tabung yang aku gunakan hanyalah cawan meggi yang tidak digunakan. Bila pindah ke rumah sewa, tabiat semakin menjadi-jadi. Kadang-kadang kalau beli barang pun aku tak kan bagi duit syiling, dan aku bagi duit kertas untuk membayar kerana aku nak baki dalam bentuk duit syiling..Hehe. Tapi sekarang aku terpaksa tukarkan juga duit syiling ni kerana aku dah nak pindah, tamatlah riwayat hidup aku dekat Shah Alam.Itu pun kalau takdir Tuhan tertulis yang aku akan tamat belajar dalam tempoh ini. Aku malas nak buat balik kampung kerana aku pasti, duit ini tak akan selamat..Hehe. Hakikat walaupun mengundang rasa sesal dan berat hati untuk laksanakan keputusan ini tapi aku perlu tunaikan juga!







Sabtu, 9 Jun 2012

Selamat Hari Lahir AIN


Petang semalam berkisah sebuah sambutan kecil-kecilan hari lahir seorang teman. Agenda yang terancang pada penghujung waktu akhirnya menjadi satu igauan indah untuk dikenang bersama. Simple tapi setiap apa yang berlangsung dalam durasi sejam lebih mampu pahat satu kenangan untuk dihayati seumur hidup. Bukan bajet menjadi keutamaan tapi setiap penghargaan dan ingatan kudus dari kawan-kawan mampu mengatasi segala emosi.



"Sekian tahun sudah kehadiranmu mempengaruhi orang-orang sekitarmu,
dan setiap perbuatanmu telah membentuk sifatmu,
dan setiap langkahmu telah membawamu mendekati atau menjauhi 
cita-citamu,dan kelak...
setiap tarikan nafasmu akan dimintai pertanggungjawabannya,
untuk menentukan tempatmu di alam yang abadi...
Selamat Ulang Tahun
Semoga langkah-langkahmu semakin matang
dan selalu membawamu ke arah yang lebih baik.
 Selamat Hari Lahir"


Sabtu, 26 Mei 2012

Rinduku Padamu Hanya Tuhan Sahaja Yang Tahu



Lebam biji mata menghadap nombor-nombor yang bertali arus menyerang minda.. Mahu rasa pitam otak berhenti dari mengalirkan darah ke otak kiri. Tapi kalau aku terus mengalah rasanya segala kerja tidak mahu berjalan. Terpaksalah kerahkan tenaga berganda-ganda, walau apa jua cara sekali pun aku kena teruskan, kekalkan momentum sampai ke penghujung jalan. Kalau ini yang aku mahukan dari mula, masakan aku juga yang perlu habiskan sehingga ke titisan keringat yang terakhir. Malam minggu perlu aku rela untuk terus berdepan menguruskan nombor-nombor, mengetuk papan kekunci ini keseorangan walaupun hakikat jarang sekali aku berbuat demikian. Seringkali diisi dengan pelbagai kerenah tapi apakan daya,buat seketika lupakan liburan malam minggu.


Aku tak pasti, kenapa dalam kadaran biasa, aku mampu lupakan terusan bayangan wajah-wajah yang aku rasa mampu memberi tindakan pesona mata memandang bila bertemu hari ini dan tak beberapa jam bila lena di ulit mimpi terus pudar . Tapi tidak situasi tadi terus menggamit perasaan, menatap wajahnya kali terakhir terus kini mengundang rindu yang membara. Sehingga kini masih terasa bahang bayangan wajah galak bermain di minda. Cuba persetankan mainan emosi tapi akhirnya aku larut dalam buaian indah sang angan tak sudah. Tolonglah aku merayu segala berahi ini pergi menjauhi segala ruang genap minda. Aku tidak berdaya untuk bertahan dalam situasi kemaruk rindu yang bertebak dalam jiwa. Sentiasa segar setiap perincian susuk tubuh dan gambaran wajah nya. Umpama kiasan dari hati mempersendakan kebodohan sendiri kerna tidak berbalas senyuman padanya. Senyuman pertama mampu mengubah tanggapan pertama. Tapi kerana ego, aku sendiri tidak menghantar tanda yang aku juga sebenarnya mahu mengenali dengan lebih jauh. Akhirnya berlalulah begitu sahaja. Apakan daya, ego satu penyakit yang merugikan segala peluang yang dihantar olehNYA.


Selasa, 24 April 2012

Segalanya MELAKA...

Kisah aku sepanjang berkampung selama 2 semester di Melaka, ini sebahagian tempat-tempat yang telah aku lawati. Masih banyak lagi tempat tapi akibat kekangan masa membantut segala usaha.
Jadi hanya ini sahaja yang berdaya aku paparkan.

Cintaku Tertinggal Di  Jeti Tanjung Beruas..

 

Jumaat, 6 April 2012

Dapur Bujang : Meggi Cheese BerCarbonara Cendawan

Hari ini masak simple sahaja, cuba adaptasi meggi dengan cheese dan carbonara
Hasilnya mujur tidak tinggalkan kesan sakit perut..Hehe

Macam biasa, meggi jadi subject utama, direbus dan ditoskan
letakkan sedikit butter utk elakkan meggi dari melekat satu sama lain
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...