Iklan

Khamis, 29 Disember 2011

Tahun Baru

 


Tahun baru datang lagi, itu bermakna setapak lagi umur aku maju ke depan..Difikir2kan balik, pantas masa meninggalkan aku di belakang, kiranya aku dah sampai ke penghujung arena 20-an..Hanya beberapa detik genaplah usia mengjengah 30-series.. Lupakan seketika tentang usia, umur hanya sebaris angka yang tiada membawa apa pengertian pada diri aku, asalkan pengisian itu tinggalkan kesan pada sejarah hidup sudah memadai, Meningkatnya usia seseorang itu bermakna semakin berat akan segala tanggungan amanahNya yang dipikul dan semakin dekat kita dengan "halatuju yang hakiki". Oh, terlupa asam garam setiap kali tahun baru bersilih ganti menjengah perjalanan pengembaraan kita di bumi Tuhan ini, pasti bertukar menu azam yang cuba di semat, digapai , mahu pun dilunaskan sebaik yang mungkin, azam itu diibarat suatu harapan yang hanya sendiri yang tahu kepastian dan kemampuan diri mensasarkannya dalam hidup. Andai kata tahun itu tidak berkesempatan untuk hajatkan azam yang telah termeterai, mungkin boleh dimajukan untuk tahun-tahun akan datang. Aku sendiri tidak dapat berganjak dari memasang jutaan azam, tapi tidak seobses seperti sesiapa, aku cuma mensasarkan mengikut keupayaan yang terbatas. Natijahnya akan kecewa di kemudian hari andai kata cuba menggapai bintang di langit sedangkan hakikat hidup terlalu jauh jaraknya , begitulah perumpamaan..

Tahun ini,aku tidak lagi berazam, sekadar ikut sahaja kemahuan diri ,bila berjaya milikinya kiranya itu secara mutlak ku jadikan sebentuk azam. Berbeza tatkala tahun lepas aku terlalu optimis dalam mengharungi hidup, yea aku rancangkan segala2nya kesudahanya aku tersasar bertiang-tiang dari matlamat asal. Jauh sekali sesali ciptaan takdir akan tetapi aku cuba pertimbangkakn sikap terlalu fanatik itu lebih kepada berpada-pada dalam menaruh harapan. Hanya mampu tersenyum sinis bila kenangkan kembali. Bangkit dari sejarah yang lalu, aku cuba rilekskan hidup kali ini cuba perlahankan rentak agar tidak seghairah dahulu. Tapi akibat sikap yang terlebih "cool" ini timbul kesan lain, yang diharapkan tidak begitu menjadi yang tidak disangka yang terlebih menjadi-jadi. Gayanya aku perlu berubah, perlu cuba pasangkan azam balik, tapi biarlah beringat. Yea,aku perlu!!mahukan itu perlu korbankan ini dan sejarah lalu adalah kisah yang perlu aku sematkan cermat dalam benak agar tidak lagi berulang.




Sasaran utama, aku mahukan hidup ini lebih terisi, bukan bermakna mahu memiliki satu hati lagi( awek). Cukuplah hati aku masih belum bersedia untuk diserah dibawah kawalan orang lain, keperitan dahulu masih berbekas sehingga dasar yang paling dalam, masih belum bersedia berganti hati. Susah untuk aku terubat akan luka lama, bukan tidak mencuba akan tetapi bila mod bercinta itu tidak hadir, tidak boleh dipaksa-paksa aku ngeri yang pihak lain akan merana. Sudahnya nama aku jugak yang tercemar, cukuplah berkali-kali maruah aku sudah dihentam,direnyuk, dipijak dan diperlekehkan begitu sahaja. Tiba masanya untuk aku lebih serius pada hidup, segala ruang aku akan cuba isikan dengan agenda yang terbaik,tidak lagi terlalu membiarkan setiap detik itu berlalu begitu sahaja, aku mengerti betapa banyaknya kenikmatan yang aku persiakan. Aku cuba jadi hambaNya yang tidak lagi lalai dalam laksanakan tuntutaNya. Cuba perbanyakkan segala apa jua aktiviti yang boleh membawa aku dekatkan diri denganNya. Aku tahu, sepanjang pernafasan yang dipinjamkan ini aku gagal menjaganya sebaik mungkin, aku banyak mungkar pada perintaNya. Terlalu taksub kejarkan nikmat dunia sehingga aku  ingkar amanahNya. Aku percaya masa dan ruang itu sentiasa terbentang luas untuk aku kembali ke pangkal jalan. Bukan bermakna bila tahun baru menjelma, tergadah hendak berubah tapi sekarang sudah tersemai benih-benih untuk muhasabah diri kepada pencarian yang lebih sempurna.Aku bersyukur kepadaNya, setiap kali tercelik dari mata yang terpejam lena kerna masih dipanjangkan usia dan paling penting diberikan kesempatan lagi untuk BERTAUBAT!. Yang telah terjadi tetap telah terjadi, yang samar dalam bayangan masih lagi berpeluang untuk perbetulkan kekhilafan lalu.


Itu yang pertama, yang kedua adalah agenda diri sendiri. Aku tak pasti kenapa mampu terjadi sebegini rupa, rasanya sudah cukup aku hadkan setiap apa yang masuk dalam mulut, tapi akibatnya yang dikawal itu semakin menjadi-jadi. Yea, aku tidak larat untuk berterusan hidup berkelana begini, aku perlu hijrahkan diri mencari kesempurnaan, aku rindu yang terdahulu kerana yang kini membataskan setiap pergerakan aku. Perlu berubah, untuk medapatkan yang terbaik wajar korbankan, demi keselesaan pada tubuh dan paling penting agar dapat hindarkan dari dihinggap penyakit-penyakit yang merbahaya. Anjakan perlu dipacukan deras ke depan, harus tinggalkan segala pelusuk hobi yang terlalu obses dengan MAKANAN!!. hajat dihati mahukan perubahan pada tubuh badan, agar aku bebas berlari walaupun sehingga ke penghujung dunia moga tiada yang menghalang, bukan bermakna kini tidak berupaya tapi apakan daya jika pernafasan tersangkut-sangkut akibat membawa tubuh yang obesiti macam KONGKANG ni. Adusss!!kemana sahaja hala tuju aku mesti yang pernah berdampingan dengan aku mesti akan bersuara, "bro asal perut jalan dulu dari kaki" "weh tembam giler ko skrg" "erm gemuklah ko skrg,badan dah mcm belon dipam2, dan macam anak dua" itu situasi bila berhadapan dengan mereka bila didalam dunia realiti tapi bila dalam fb, yg akan rajin tegur bila setiap gambar yang aku up  menampakan susuk galur perut yang "seksi", letih sudah aku nak beri macam-macam helah mahupun alasan.Realistiknya aku sendiri ngeri melihat lebihan yang tidak sempurna menghinap di pelusuk tubuh badan ku sendiri ketika cuba berimaginasi tanpa dibaluti sehelai benang.HODOH!!  Yea aku perlu mencabar diri untuk gagahkan jiwa untuk lebih bersemangat dan kuat agat berjaya memilik tubuh seperti beliau dibawah ini.. WAJIB utk satu perubahan drastik!!




Yang terakhir,cukuplah tiga yang terpenting disenaraikan dalam ini, yang kurang pengting itu ketepikan, simpan kemas-kemas dalam benak, mana tahu ada kelapangan ruang boleh difikir-fikirkan untuk laksanakan. Tengok yang tiga teratas dahulu, mampukah ia diselesaikan mengikut ketetapan yang telah disasarkan. Kalau tercicir jauh, yang selebihnya itu jadikanlah sebuah amanah untuk tahun-tahun mendatang, Insya-Allah jika umur ini masih mampu bernafas segagah hari ini akan gigihkan kudrat untuk lunaskan. Kalau lah berkesempatan, aku mahu bercuti ke mana sahaja yang aku rasakan perlu, cuba adaptasi kemampuan diri cuba realistikan dengan situasi lain , yang jauh dari kebiasaan. Belajar cara kehidupan manusia lain, itu ilmu yang boleh membantu kita lebih kenal siapa kita dan sebenarnya tuntutan yang perlu dilangsaikan. Hidup yang tersirat pada takdir kita yang tertulis sejak azali tidak akan sama dengan takdir manusia lain, jadi hidup perlu belajar dari pengalaman orang lain agar pengalaman mereka kita boleh jadikan panduan untuk kita jika suatu masa Tuhan tentukan kita perlu berhadapan dengan situasi seperti mereka. Sekurang-kurangnya kita bersedia untuk mengharunginya. jangan terlalu sombong dengan nikmat Tuhan, sedarkah kita segala2 nya itu pinjaman walaupun kita berhak katakan itu hasil titk peluh kita tapi sebenarnya Tuhan ajar kamu ,Tuhan beri kamu jalan, dan Tuhan bantu kamu dalam setiap usaha yang mengalir.Bersyukurlah!! Tuhan akan uji kamu, dalam sekelip mata jika Dia berkehendak begitu. Jadi jangan sesekali mencabar kenormalan hidup. Aku cuba mencari secebis perasaan yang aku rasa perlu untuk lebih matangkan diri, aku perlu redah segala hiruk pikuk gelagat manusia, aku perlu tenung, aku perlu pandang dari sudut dimensi yang lain agar apa yang aku cari dalam hidup ini akan aku ketahui jawapannya. Berdoalah itu pasti, yang semoga suatu hari dalam tahun depan aku mampu gigihkan diri untuk sampai ke mana sahaja destinasi yang ku rasa  benar-benar mampu dan bersedia dari pelbagai penjuru sistem kawalan diri, untuk bersendirian lunaskan misi yang satu ini.

Segala duit syiling yang gigih aku kumpulkan moga2 ada hasilnya

Backpacker..




Itu sahaja sasaran aku,bukan cuba untuk bermegah-megah dengan semua ini kerana, ini hanya impian.. Tidak lagi tersurat akan menjadi kenyataan, Hidup perlu akan ada satu kepercayaan yang setiap perancangan mungkin akan berhasil, tapi minda perlu sentiasa terbuka untuk terima sebarang akan natijahnya,selebihnya berserah dan tawakal. Aku garapkan entry ini pun hanya sekadar utk aku sentiasa akan teringat apa yang pernah aku katakan ini bila setiap kali aku beperluang mengjengah blog ini, dan mungkin boleh dijadikan satu semangat pada diri sendiri bahawa ia bukan satu mainan kosong tanpa halatuju.

Selasa, 27 Disember 2011

Musim2 FINAL..


Setelah sekian lama berhempas pulas bagi melengkapkan kitaran hidup sebagai seorang pelajar, akhirnya saat-saat yang ditunggukan kini telah menjelma. Getaran kian terasa dalam setiap jiwa, bayanganya seringkali menghantui langkah yang diatur, terasa begitu sumbang untuk biarkan minda bersendirian berhadapan dengan situasi sedangkan dalam pemikiran begitu risaukan tentang persediaan. Umpama mahu berhadapan dengan komunis di perbatasan perang, tapi malu bila bicara tentang persiapan. Takut-takut akan disiniskan dengan kata-kata yang bisa runtunkan setiap yang mendengarnya. Aku sendiri kalah pada kehendaknya,tewas dalam setiap percaturan percubaan yang aku lantunkan, bukan kesali dengan setiap kejadianNYA tapi sebgai manusia yang bernafas pada permukaan ini terasa begitu kekurangan pada kesempurnaan yang diakui telah dilangsaikan sebaik mungkin. Sukar untuk digambarkan dengan sebaris kata-kata pada setiap usaha yang digalurkan sehabis baik tapi natijahnya tidak seperti yang dimahukan oleh Nafsu. Keji permintaan nafsu sehingga memaksa aku terusan menghukumkan diri untuk menyalahkan takdir sedangkan jasad sendiri tidak ketahui adakah ini dimahukan oleh sang arjuna diri yang terlalu pentingkan kata-kata agungan manusia lain. Sekali lagi,ya sekali lagi aku tertewas dalam kerakusan hukuman manusia lain.

Hakikat itu terjadi untuk tiga semester yang lepas, terlalu banyak mengajar aku erti kesabaran dan kewarasan dalam setiap tindak tanduk usaha yang aku galurkan pada sehelai kertas, yang aku jadikan sebagai medan untuk aku juangkan nasib demi masa depan yang lebih sempurna sedangkan aku sendiri tidak mengerti apa yang tersirat di sebalik makna ayat-ayat yang berterbangan menerpa di atas sehelai kertas yang ku agungkan itu. Hanya berpandukan hafalan semata-mata tanpa ketahui isi tersirat, itulah penyebab yang aku rasa jiwa,hidup ,minda terlalu kosong sehingga apa yang dibaca, apa yang dihafal dan apa yang diajarkan akan berlalu sepi tinggalkan aku dibelakang. Ku tahu hanya perlu ketika berhadapan dengan peperiksaan dan selepas itu aku biarkan ia berlalu. Aku cuba perbaiki kenaifan diri mencari panduan yang terbaik, walaupun hakikat aku sendiri lemah untuk hadapai suratan hidup ini tapi aku cuba mencari jalan yang terbaik agar mampu bimbing aku dalam sedaya usaha merencahkan hidup sendiri tanpa bergantungan kepada sesiapa. Subjek adalah diri aku,aku rela jadikan diri sendiri ujikaji walaupun aku tidak mengerti apa tujuan perlaksanaan ini. Manusia lain tidak menyumbangkan kepada kegagalan aku jadi tidak manis aku cuba palitkan mereka atas kegagalan aku sendiri ini. Seharusnya hukuman itu biarlah bertitik nokhtah pada diri sendiri dari terusan menyalak salahkan manusia lain.

Berhenti dari terusan menuduh, kesilapan itu datang dari aku sendiri yang tidak tahu kebenaran setiap usaha yang aku lemparkan samada benarkah pada destinasinya ataupun sekadar melengkapi sebuah perjalanan. "Susah Itu Bersebab, Kerana Bila Senang Nanti Kita Tahu Yang Susah Itu Banyak Bagi Jalan Untuk Jadi Senang"- kata ibu itu lah aku cuba ilhamkan dalam hidup sehari-harian. Aku cuba renungkan dalam-dalam kebenaran kata-kata ibu. Yea semakin dalam aku cuba cari pengertian semakin banyak aku temui kesilapan yang lahir dari nurani dalam usaha mengatur kehidupan sendiri. Berbalik pada tiga semester yang lepas, aku sendiri nampak kedaifan dalam setiap usaha sendiri,mana mungkin aku mampu kecapi kejayaan jikalau setiap apa yang aku lakukan terlalu bergantung pada hidup manusia lain. Aku tidak sesekali serius dalam setiap apa yang aku lakukan,baik dalam persiapan menghadapi segenap peperiksaan mahupun ujian dalam kuliah,banyaknya setiap masa aku lebihkan gigih membuat "toyol' dari merelakan diri mengikhlaskan usaha dengan belajar dan menelaah, kataku senang"alah baru test,nanti FINAL aku usaha dan gigih study lah. Sungguh aku memang gigih kan diri,lengkapkan diri dengan pelbagai nota dan rujukan ,bangunkan diri untuk mengulangkaji setiap awal pagi walaupun sebelum ini harapan untuk aku laksanakan, Masa makan aku sempitkan,masa libur aku hadkan ..dalam kepala hanya 24jam perlu study, tiada yang lain aku perlu lakukan selain itu. Aku rakus dengan ketaksuban mainan minda untuk capai kejayaan. Sehingga aku abaikan tuntutan diri sendiri. Dengan harapan usaha aku akan diberkati dan dipermudahkan setiap perjalanan aku dalam menghadapi liku-liku peperiksaan. Allah itu ADIL, setiap apa yang aku lakukan, setiap usaha yang aku kerahkan itu lah yang akan aku dapat, mana mungkin aku yang akan dapat lebih dari usaha yang aku lontarkan. MUSTAHIL terlalu pelik!! . Aku terfikir ,ya baru seru itu sampai buat masa kini biarpun 3 sem lalu aku berduka lara setiap kali aku tatap keputusan peperiksaan ,terlalu kecewa akan kebenaran ini. Tapi kini aku mampu untuk berkata,aku benar-benar mampu telan akan natijah yang akan aku perolehi dari kedaifan atas setiap perlakuan aku ketika berusaha keraskan langkah ini utk teruskan hidup ini.


 Biarlah aku terima kesannya langsung kini dari aku perlu hadapi di kemudian masa. Aku risaukan jika keputusan aku hebat tapi tidak seiring dengan pengetahuan yang aku miliki, paling gentar jika itu bukan hasil titik peluh aku,tiada guna aku banggakan dengan perit jerih orang lain yang bantu menjayakan hidup aku. Tiada sepalit erti berjaya andai itu bukan hakmilik aku sendiri,kerahan keringat yang aku mengalirkan dari rona-rona kepayahan yang aku alami sendiri. Biarlah aku tidak mampu untuk bersandiwara dengan kenyataan kerana semakin hebat aku cuba sembunyikan kebenaran semakin kuat ia terdedah dengan sendiri. Belajarlah terima kelemahan dan kekurangan diri sendiri dari terus -terusan menipu pandangan orang lain atas kejayaan yang kita agungkan pada dasarnya itu bukan kepunyaan kamu. Dunia kini rakus terlalu mendesak manusia menjadi kesempurnaan dalam kepalsuaan. Terlalu banyak peluang untuk menindas kekurangan manusia lain, untuk berjaya jangan terlalu pentingkan diri sendiri walaupun pada dasarnya nanti manusia itu tidak sewenang-wenangnya akan bantu kita kembali. Biarlah dia perlakukan kita sedemikian asalkan niat kita jujur yang paling penting Diatas Sana tahu kebenaran. Cukuplh Yang Maha Esa mengerti . Tidak perlu diketahui sekelompok manusia lain. Ikhlasalah kita dalam setiap keringat yang kita benarkan mengalir.


Kini tinggal 2 semester yang berbaki, aku terlalu mengharapkan yang kejayaan itu tetap dan sentiasa berada disetiap perjalanan ini, aku terlalu dahagakan,kerana aku mahukan gembira hati-hati mereka yang telah banyak berada dibelakang menyokong kuat setiap kisah hidup yang aku garapkan mengikut citarasa sendiri. Ketaksuban kini tidak seghairah dahulu, akan tetapi tidak semata-mata aku akan biarkan mudah diri dihanyut keselesaan, perlu kerahkan juga setiap sistem kawalan bersiap sedia dari pelbagai penjuru  untuk hadapi perjuangan ini...Aku tidak mahu lagi mereka meratapi ,menangisi lagi setiap kekalahan aku seperti dulu, biarpun kepahitan lalu sukar untuk aku padamkan dari perjalanan hidup ini, tapi aku perlu sentiasa beringat yang aku pernah tewas pada kehendak diri, hidup..agar masa-masa kaan datang aku tahu hargai kepayahan orang lain dalam membesarkan sepotong nyawa amanah Allah ini..











.

Ahad, 18 Disember 2011

Ruang-Ruang Hidup

Inilah Ruang Kerah Idea Utk Siapkan Assigment...

Erm hampir ke penghujung 2011..
genap 2 tahun aku bermastautin(sewa) dalam segenap ruang yang banyak berjaya
sentiasa temani liku2 perasaan yang hempas hidup
terlalu banyak kenangan tercipta dalam cuba membiasakan kehidupan di sini
ruang ini lah yang sentiasa menemani perjalanan kisah hidup yang aku ciptakan
sepanjang menjadi anak perantau (pelajar) di bumi orang
walaupun pada hakikat aku berasa terlalu sunyi..menghadapai hari2 yang mendatang
kadang2 aku hanya mampu berimiginasi beralas bantal memandang pada sebujur kaku dinding
mengharap ada tindak balas ulas2 bicara darinya namun realiti ia tetap kaku
sekaku jiwa yang tak bisa lari dari dihindari masalah..itu lah hidup..kenyataan tetap perlu ditempuhi
ruang yang mencetus berjuta-juta idea untuk aku siapkan pelbagai tugasan,pelbagai mimpi, aneka peristiwa
entahlah mampukah aku tinggalkan segenap ruang ini..sedangkan ia adalah tempat terbaik
aku dambakan segala2 pelusuk perasan yang tidak pernah berhenti..
aku perlu belajar untuk terima hakikat yang suatu hari nanti aku akan tinggalkan ia juga..
tercatat dalam genap perjalanan hidup bahawasanya ia pernah aku singgah!!




standby awl2 air..malas keluar bilik semata2 minum air itu tujuan bekal stok air byk2 dlm bilik

Bahan Bacaan Yang Menjadi Santapan Aku Setiap Bulan..Penagih Tegar,



dari awal tahun 2011 bermula dengan 1balang..kini sudah berjaya memiliki 2 balang penuh

Hanya ini yang termampu sbgi student..oklah beri hiburan kala bosan sgt2 mls lepak kt ruang tamu..lepak2 tgk tv smbil baring2 ats katil dlm bilik
inilah tempat beradu..simple je kan..hehe tempat lepas lelah ,tempat berangan paling best,

Khamis, 15 Disember 2011

Video Project Mandarin

 

Alhamdulilah ,Akhirnya Berkat Kesabaran Selama 3 Sem Berturut-turut
Aku Berjaya Menamatkan Perjuangan Dalam Menguasai Bahasa Ke-3 Iaitu Mandarin
Tersangat Berhempas Pulas Dari Kosong
Sehingga Boleh Lah
Kini Berbangga Mengetahui Serba Sedikit..
Prestasi Pun Meningkat Dari Result Cukup2 Makan Peringkat Awal.
Sehingga Bawa Perubahan Untuk Seterusnya
Mana Tahu Lepas Ini Berguna..
Malas nak Ulas Panjang2..
Terima Kasih Pada Kawan2 Yang Banyak Membantu 
Group Member Yang Byk Bagi IDEA Giler2..Dalam Pembikinan Dan Penghasilan Vide0 (Drama)
Jadi Saya Hargai Setiap Jasa Kamu Disini.
Untuk Tebarkan Dilayar FB..Saya HARUS Memenuhi Permintaan
Walaupun Ini Hanya Sekadar Lakonan 
Tapi Harus Hormati Permintaan..Andaikata Ini Tersebar..Jangan Ada Benci Pada Diriku!!Haha
Tanpa Kalian Di Belakang Saya..Siapalah Saya Ketika Ini..Hehe 

Gambar2 Di Sebalik Layar Pembikinan Drama Mandarin :






























Dan Ini Yang Terhasil..hahahaHaha
 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...