Setelah sekian lama berhempas pulas bagi melengkapkan kitaran hidup sebagai seorang pelajar, akhirnya saat-saat yang ditunggukan kini telah menjelma. Getaran kian terasa dalam setiap jiwa, bayanganya seringkali menghantui langkah yang diatur, terasa begitu sumbang untuk biarkan minda bersendirian berhadapan dengan situasi sedangkan dalam pemikiran begitu risaukan tentang persediaan. Umpama mahu berhadapan dengan komunis di perbatasan perang, tapi malu bila bicara tentang persiapan. Takut-takut akan disiniskan dengan kata-kata yang bisa runtunkan setiap yang mendengarnya. Aku sendiri kalah pada kehendaknya,tewas dalam setiap percaturan percubaan yang aku lantunkan, bukan kesali dengan setiap kejadianNYA tapi sebgai manusia yang bernafas pada permukaan ini terasa begitu kekurangan pada kesempurnaan yang diakui telah dilangsaikan sebaik mungkin. Sukar untuk digambarkan dengan sebaris kata-kata pada setiap usaha yang digalurkan sehabis baik tapi natijahnya tidak seperti yang dimahukan oleh Nafsu. Keji permintaan nafsu sehingga memaksa aku terusan menghukumkan diri untuk menyalahkan takdir sedangkan jasad sendiri tidak ketahui adakah ini dimahukan oleh sang arjuna diri yang terlalu pentingkan kata-kata agungan manusia lain. Sekali lagi,ya sekali lagi aku tertewas dalam kerakusan hukuman manusia lain.
Hakikat itu terjadi untuk tiga semester yang lepas, terlalu banyak mengajar aku erti kesabaran dan kewarasan dalam setiap tindak tanduk usaha yang aku galurkan pada sehelai kertas, yang aku jadikan sebagai medan untuk aku juangkan nasib demi masa depan yang lebih sempurna sedangkan aku sendiri tidak mengerti apa yang tersirat di sebalik makna ayat-ayat yang berterbangan menerpa di atas sehelai kertas yang ku agungkan itu. Hanya berpandukan hafalan semata-mata tanpa ketahui isi tersirat, itulah penyebab yang aku rasa jiwa,hidup ,minda terlalu kosong sehingga apa yang dibaca, apa yang dihafal dan apa yang diajarkan akan berlalu sepi tinggalkan aku dibelakang. Ku tahu hanya perlu ketika berhadapan dengan peperiksaan dan selepas itu aku biarkan ia berlalu. Aku cuba perbaiki kenaifan diri mencari panduan yang terbaik, walaupun hakikat aku sendiri lemah untuk hadapai suratan hidup ini tapi aku cuba mencari jalan yang terbaik agar mampu bimbing aku dalam sedaya usaha merencahkan hidup sendiri tanpa bergantungan kepada sesiapa. Subjek adalah diri aku,aku rela jadikan diri sendiri ujikaji walaupun aku tidak mengerti apa tujuan perlaksanaan ini. Manusia lain tidak menyumbangkan kepada kegagalan aku jadi tidak manis aku cuba palitkan mereka atas kegagalan aku sendiri ini. Seharusnya hukuman itu biarlah bertitik nokhtah pada diri sendiri dari terusan menyalak salahkan manusia lain.
Berhenti dari terusan menuduh, kesilapan itu datang dari aku sendiri yang tidak tahu kebenaran setiap usaha yang aku lemparkan samada benarkah pada destinasinya ataupun sekadar melengkapi sebuah perjalanan. "Susah Itu Bersebab, Kerana Bila Senang Nanti Kita Tahu Yang Susah Itu Banyak Bagi Jalan Untuk Jadi Senang"- kata ibu itu lah aku cuba ilhamkan dalam hidup sehari-harian. Aku cuba renungkan dalam-dalam kebenaran kata-kata ibu. Yea semakin dalam aku cuba cari pengertian semakin banyak aku temui kesilapan yang lahir dari nurani dalam usaha mengatur kehidupan sendiri. Berbalik pada tiga semester yang lepas, aku sendiri nampak kedaifan dalam setiap usaha sendiri,mana mungkin aku mampu kecapi kejayaan jikalau setiap apa yang aku lakukan terlalu bergantung pada hidup manusia lain. Aku tidak sesekali serius dalam setiap apa yang aku lakukan,baik dalam persiapan menghadapi segenap peperiksaan mahupun ujian dalam kuliah,banyaknya setiap masa aku lebihkan gigih membuat "toyol' dari merelakan diri mengikhlaskan usaha dengan belajar dan menelaah, kataku senang"alah baru test,nanti FINAL aku usaha dan gigih study lah. Sungguh aku memang gigih kan diri,lengkapkan diri dengan pelbagai nota dan rujukan ,bangunkan diri untuk mengulangkaji setiap awal pagi walaupun sebelum ini harapan untuk aku laksanakan, Masa makan aku sempitkan,masa libur aku hadkan ..dalam kepala hanya 24jam perlu study, tiada yang lain aku perlu lakukan selain itu. Aku rakus dengan ketaksuban mainan minda untuk capai kejayaan. Sehingga aku abaikan tuntutan diri sendiri. Dengan harapan usaha aku akan diberkati dan dipermudahkan setiap perjalanan aku dalam menghadapi liku-liku peperiksaan. Allah itu ADIL, setiap apa yang aku lakukan, setiap usaha yang aku kerahkan itu lah yang akan aku dapat, mana mungkin aku yang akan dapat lebih dari usaha yang aku lontarkan. MUSTAHIL terlalu pelik!! . Aku terfikir ,ya baru seru itu sampai buat masa kini biarpun 3 sem lalu aku berduka lara setiap kali aku tatap keputusan peperiksaan ,terlalu kecewa akan kebenaran ini. Tapi kini aku mampu untuk berkata,aku benar-benar mampu telan akan natijah yang akan aku perolehi dari kedaifan atas setiap perlakuan aku ketika berusaha keraskan langkah ini utk teruskan hidup ini.
Biarlah aku terima kesannya langsung kini dari aku perlu hadapi di kemudian masa. Aku risaukan jika keputusan aku hebat tapi tidak seiring dengan pengetahuan yang aku miliki, paling gentar jika itu bukan hasil titik peluh aku,tiada guna aku banggakan dengan perit jerih orang lain yang bantu menjayakan hidup aku. Tiada sepalit erti berjaya andai itu bukan hakmilik aku sendiri,kerahan keringat yang aku mengalirkan dari rona-rona kepayahan yang aku alami sendiri. Biarlah aku tidak mampu untuk bersandiwara dengan kenyataan kerana semakin hebat aku cuba sembunyikan kebenaran semakin kuat ia terdedah dengan sendiri. Belajarlah terima kelemahan dan kekurangan diri sendiri dari terus -terusan menipu pandangan orang lain atas kejayaan yang kita agungkan pada dasarnya itu bukan kepunyaan kamu. Dunia kini rakus terlalu mendesak manusia menjadi kesempurnaan dalam kepalsuaan. Terlalu banyak peluang untuk menindas kekurangan manusia lain, untuk berjaya jangan terlalu pentingkan diri sendiri walaupun pada dasarnya nanti manusia itu tidak sewenang-wenangnya akan bantu kita kembali. Biarlah dia perlakukan kita sedemikian asalkan niat kita jujur yang paling penting Diatas Sana tahu kebenaran. Cukuplh Yang Maha Esa mengerti . Tidak perlu diketahui sekelompok manusia lain. Ikhlasalah kita dalam setiap keringat yang kita benarkan mengalir.
Kini tinggal 2 semester yang berbaki, aku terlalu mengharapkan yang kejayaan itu tetap dan sentiasa berada disetiap perjalanan ini, aku terlalu dahagakan,kerana aku mahukan gembira hati-hati mereka yang telah banyak berada dibelakang menyokong kuat setiap kisah hidup yang aku garapkan mengikut citarasa sendiri. Ketaksuban kini tidak seghairah dahulu, akan tetapi tidak semata-mata aku akan biarkan mudah diri dihanyut keselesaan, perlu kerahkan juga setiap sistem kawalan bersiap sedia dari pelbagai penjuru untuk hadapi perjuangan ini...Aku tidak mahu lagi mereka meratapi ,menangisi lagi setiap kekalahan aku seperti dulu, biarpun kepahitan lalu sukar untuk aku padamkan dari perjalanan hidup ini, tapi aku perlu sentiasa beringat yang aku pernah tewas pada kehendak diri, hidup..agar masa-masa kaan datang aku tahu hargai kepayahan orang lain dalam membesarkan sepotong nyawa amanah Allah ini..
.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan