Khamis, 29 Disember 2011

Tahun Baru

 


Tahun baru datang lagi, itu bermakna setapak lagi umur aku maju ke depan..Difikir2kan balik, pantas masa meninggalkan aku di belakang, kiranya aku dah sampai ke penghujung arena 20-an..Hanya beberapa detik genaplah usia mengjengah 30-series.. Lupakan seketika tentang usia, umur hanya sebaris angka yang tiada membawa apa pengertian pada diri aku, asalkan pengisian itu tinggalkan kesan pada sejarah hidup sudah memadai, Meningkatnya usia seseorang itu bermakna semakin berat akan segala tanggungan amanahNya yang dipikul dan semakin dekat kita dengan "halatuju yang hakiki". Oh, terlupa asam garam setiap kali tahun baru bersilih ganti menjengah perjalanan pengembaraan kita di bumi Tuhan ini, pasti bertukar menu azam yang cuba di semat, digapai , mahu pun dilunaskan sebaik yang mungkin, azam itu diibarat suatu harapan yang hanya sendiri yang tahu kepastian dan kemampuan diri mensasarkannya dalam hidup. Andai kata tahun itu tidak berkesempatan untuk hajatkan azam yang telah termeterai, mungkin boleh dimajukan untuk tahun-tahun akan datang. Aku sendiri tidak dapat berganjak dari memasang jutaan azam, tapi tidak seobses seperti sesiapa, aku cuma mensasarkan mengikut keupayaan yang terbatas. Natijahnya akan kecewa di kemudian hari andai kata cuba menggapai bintang di langit sedangkan hakikat hidup terlalu jauh jaraknya , begitulah perumpamaan..

Tahun ini,aku tidak lagi berazam, sekadar ikut sahaja kemahuan diri ,bila berjaya milikinya kiranya itu secara mutlak ku jadikan sebentuk azam. Berbeza tatkala tahun lepas aku terlalu optimis dalam mengharungi hidup, yea aku rancangkan segala2nya kesudahanya aku tersasar bertiang-tiang dari matlamat asal. Jauh sekali sesali ciptaan takdir akan tetapi aku cuba pertimbangkakn sikap terlalu fanatik itu lebih kepada berpada-pada dalam menaruh harapan. Hanya mampu tersenyum sinis bila kenangkan kembali. Bangkit dari sejarah yang lalu, aku cuba rilekskan hidup kali ini cuba perlahankan rentak agar tidak seghairah dahulu. Tapi akibat sikap yang terlebih "cool" ini timbul kesan lain, yang diharapkan tidak begitu menjadi yang tidak disangka yang terlebih menjadi-jadi. Gayanya aku perlu berubah, perlu cuba pasangkan azam balik, tapi biarlah beringat. Yea,aku perlu!!mahukan itu perlu korbankan ini dan sejarah lalu adalah kisah yang perlu aku sematkan cermat dalam benak agar tidak lagi berulang.




Sasaran utama, aku mahukan hidup ini lebih terisi, bukan bermakna mahu memiliki satu hati lagi( awek). Cukuplah hati aku masih belum bersedia untuk diserah dibawah kawalan orang lain, keperitan dahulu masih berbekas sehingga dasar yang paling dalam, masih belum bersedia berganti hati. Susah untuk aku terubat akan luka lama, bukan tidak mencuba akan tetapi bila mod bercinta itu tidak hadir, tidak boleh dipaksa-paksa aku ngeri yang pihak lain akan merana. Sudahnya nama aku jugak yang tercemar, cukuplah berkali-kali maruah aku sudah dihentam,direnyuk, dipijak dan diperlekehkan begitu sahaja. Tiba masanya untuk aku lebih serius pada hidup, segala ruang aku akan cuba isikan dengan agenda yang terbaik,tidak lagi terlalu membiarkan setiap detik itu berlalu begitu sahaja, aku mengerti betapa banyaknya kenikmatan yang aku persiakan. Aku cuba jadi hambaNya yang tidak lagi lalai dalam laksanakan tuntutaNya. Cuba perbanyakkan segala apa jua aktiviti yang boleh membawa aku dekatkan diri denganNya. Aku tahu, sepanjang pernafasan yang dipinjamkan ini aku gagal menjaganya sebaik mungkin, aku banyak mungkar pada perintaNya. Terlalu taksub kejarkan nikmat dunia sehingga aku  ingkar amanahNya. Aku percaya masa dan ruang itu sentiasa terbentang luas untuk aku kembali ke pangkal jalan. Bukan bermakna bila tahun baru menjelma, tergadah hendak berubah tapi sekarang sudah tersemai benih-benih untuk muhasabah diri kepada pencarian yang lebih sempurna.Aku bersyukur kepadaNya, setiap kali tercelik dari mata yang terpejam lena kerna masih dipanjangkan usia dan paling penting diberikan kesempatan lagi untuk BERTAUBAT!. Yang telah terjadi tetap telah terjadi, yang samar dalam bayangan masih lagi berpeluang untuk perbetulkan kekhilafan lalu.


Itu yang pertama, yang kedua adalah agenda diri sendiri. Aku tak pasti kenapa mampu terjadi sebegini rupa, rasanya sudah cukup aku hadkan setiap apa yang masuk dalam mulut, tapi akibatnya yang dikawal itu semakin menjadi-jadi. Yea, aku tidak larat untuk berterusan hidup berkelana begini, aku perlu hijrahkan diri mencari kesempurnaan, aku rindu yang terdahulu kerana yang kini membataskan setiap pergerakan aku. Perlu berubah, untuk medapatkan yang terbaik wajar korbankan, demi keselesaan pada tubuh dan paling penting agar dapat hindarkan dari dihinggap penyakit-penyakit yang merbahaya. Anjakan perlu dipacukan deras ke depan, harus tinggalkan segala pelusuk hobi yang terlalu obses dengan MAKANAN!!. hajat dihati mahukan perubahan pada tubuh badan, agar aku bebas berlari walaupun sehingga ke penghujung dunia moga tiada yang menghalang, bukan bermakna kini tidak berupaya tapi apakan daya jika pernafasan tersangkut-sangkut akibat membawa tubuh yang obesiti macam KONGKANG ni. Adusss!!kemana sahaja hala tuju aku mesti yang pernah berdampingan dengan aku mesti akan bersuara, "bro asal perut jalan dulu dari kaki" "weh tembam giler ko skrg" "erm gemuklah ko skrg,badan dah mcm belon dipam2, dan macam anak dua" itu situasi bila berhadapan dengan mereka bila didalam dunia realiti tapi bila dalam fb, yg akan rajin tegur bila setiap gambar yang aku up  menampakan susuk galur perut yang "seksi", letih sudah aku nak beri macam-macam helah mahupun alasan.Realistiknya aku sendiri ngeri melihat lebihan yang tidak sempurna menghinap di pelusuk tubuh badan ku sendiri ketika cuba berimaginasi tanpa dibaluti sehelai benang.HODOH!!  Yea aku perlu mencabar diri untuk gagahkan jiwa untuk lebih bersemangat dan kuat agat berjaya memilik tubuh seperti beliau dibawah ini.. WAJIB utk satu perubahan drastik!!




Yang terakhir,cukuplah tiga yang terpenting disenaraikan dalam ini, yang kurang pengting itu ketepikan, simpan kemas-kemas dalam benak, mana tahu ada kelapangan ruang boleh difikir-fikirkan untuk laksanakan. Tengok yang tiga teratas dahulu, mampukah ia diselesaikan mengikut ketetapan yang telah disasarkan. Kalau tercicir jauh, yang selebihnya itu jadikanlah sebuah amanah untuk tahun-tahun mendatang, Insya-Allah jika umur ini masih mampu bernafas segagah hari ini akan gigihkan kudrat untuk lunaskan. Kalau lah berkesempatan, aku mahu bercuti ke mana sahaja yang aku rasakan perlu, cuba adaptasi kemampuan diri cuba realistikan dengan situasi lain , yang jauh dari kebiasaan. Belajar cara kehidupan manusia lain, itu ilmu yang boleh membantu kita lebih kenal siapa kita dan sebenarnya tuntutan yang perlu dilangsaikan. Hidup yang tersirat pada takdir kita yang tertulis sejak azali tidak akan sama dengan takdir manusia lain, jadi hidup perlu belajar dari pengalaman orang lain agar pengalaman mereka kita boleh jadikan panduan untuk kita jika suatu masa Tuhan tentukan kita perlu berhadapan dengan situasi seperti mereka. Sekurang-kurangnya kita bersedia untuk mengharunginya. jangan terlalu sombong dengan nikmat Tuhan, sedarkah kita segala2 nya itu pinjaman walaupun kita berhak katakan itu hasil titk peluh kita tapi sebenarnya Tuhan ajar kamu ,Tuhan beri kamu jalan, dan Tuhan bantu kamu dalam setiap usaha yang mengalir.Bersyukurlah!! Tuhan akan uji kamu, dalam sekelip mata jika Dia berkehendak begitu. Jadi jangan sesekali mencabar kenormalan hidup. Aku cuba mencari secebis perasaan yang aku rasa perlu untuk lebih matangkan diri, aku perlu redah segala hiruk pikuk gelagat manusia, aku perlu tenung, aku perlu pandang dari sudut dimensi yang lain agar apa yang aku cari dalam hidup ini akan aku ketahui jawapannya. Berdoalah itu pasti, yang semoga suatu hari dalam tahun depan aku mampu gigihkan diri untuk sampai ke mana sahaja destinasi yang ku rasa  benar-benar mampu dan bersedia dari pelbagai penjuru sistem kawalan diri, untuk bersendirian lunaskan misi yang satu ini.

Segala duit syiling yang gigih aku kumpulkan moga2 ada hasilnya

Backpacker..




Itu sahaja sasaran aku,bukan cuba untuk bermegah-megah dengan semua ini kerana, ini hanya impian.. Tidak lagi tersurat akan menjadi kenyataan, Hidup perlu akan ada satu kepercayaan yang setiap perancangan mungkin akan berhasil, tapi minda perlu sentiasa terbuka untuk terima sebarang akan natijahnya,selebihnya berserah dan tawakal. Aku garapkan entry ini pun hanya sekadar utk aku sentiasa akan teringat apa yang pernah aku katakan ini bila setiap kali aku beperluang mengjengah blog ini, dan mungkin boleh dijadikan satu semangat pada diri sendiri bahawa ia bukan satu mainan kosong tanpa halatuju.

3 ulasan:

Zura berkata...

En lang..wish gud luck ok.. :)
jgn tkut pd kata2 keji org..
org akan kata bila kita amik peduli..
diamkan saja...

Tanpa Nama berkata...

just believe your self..u can do it what u want..just cool and enjoy what u do right now..chill bro!! don't forget PRAY..

Lang Abdullah berkata...

yea,sy kini berusaha dan terus usaha utk mantapkan diri dari pelbagai segi..mudahan apa yg terhajat akan tercapai..amin :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...