Iklan

Ahad, 24 Julai 2011

Tahajud Cinta..


Tahajud Cinta- Baru berkesempatan untuk meluangkan masa semalam,aku tak pasti apa yang mendorong diri sehingga melekat di depan kaca tv untuk satu jam berikutnya setia sampi penghujung
bagi aku setiap drama yang dipersembahkan memainkan watak yg berbeza,inikan garapan yang berat
memerlukan sentuhan yang lebih kreatif tapi masih menyematkan dan berpaksi pada landasan yang betul
wlpun kadangkala apa yang terhidang itu jalan cerita nya hampir sama dengan cerita lain namun hasil
olahan itu yang membezakan maksud yang ingin disampaikan..

Aku tidak mahu bercakap banyak malah mahu terus menghukum atas apa yang telah aku saksikan
tapi aku masih percaya setiap apa yang dilakukan pasti telah dirujuk terlebih dahulu pada pihak2 yg sewajarnya
sebelum dimuktamadkan untuk disiarkan pada layar kaca...

Namun aku sedih melihat,sebagaimana mereka2 yang terlalu "arif" menghentam drama ini sedangkan ia masih belum sampai ke peringkat kemuncak cerita,aku tak pasti tapi yang menjadi pemasalahan yang
aku baca dari pelbagai sumber blog2..mereka mempersoalkan kewajaran apa yang telah dilakonkan..
jangan terlalu menghukum kerana masih terlalu awal..takut2 mesej yang akan disampaikan akan muncul pada 
episod2 yang terakhir..baru tergadah dan malu dengan amukan kamu lantang bersuara pada awalan kisah.

Tapi itu lah hakikat kita,aku rasa mual untuk terus melayan kerenah mereka2 yang katanya "begitu bijaksana"dalam menegur orang ,menyertakan pelbagai hukum2 dalam setiap teguran mereka bagi mengukuhkan lagi setiap pandangan yang diketengahkan
tapi pada hakikatnya mereka2 ini melayan blog2 berunsur gosip,hiburan dan seangkatanya...
setiap apa yang diperlakukan pasti mereka akan bertegang urat utk mempertahankan..malah ada yang lebih berani mengeluarkan kata2 kesat,mengeji ,mencaci org yang tidak sebulu dengan mereka...
cuma selagi aku larat utk membaca..aku teruskan kerana kita bukan layak utk menghukum
tetapi sekadar teguran utk memperbetulkan..betulkan diri kita terlebih dahulu..sebelum cuba utk perbetulkan orang lain..amik yang benar dan yang buruk itu jadikan tauladan

dalam dunia siber ini ,terdapat mcm2 jenis orang..kadang2 ilmu org itu tidak seberapa tapi atas dasar "berani"utk bersuara..habis semua auta mampu diubah menjadi fakta..
lagi satu,kalaulah benar ingin memperbetulkan kesilapan org lain kenapa perlu takut utk berselindung disebalik  bukan wajah sebenar ..berani hakikat bertopengkan gambaran lain..
kalau kita ikhlas ..kita tidak perlu takut akan natijah yang bakal diterima ..kerana salah satu cara berdakwah perlu berani mengambil risiko kemungkinan dan musibat yang akan diterima...


*fanpage tahajud cinta:


                                                          *fanpage bantah tayangan 


                     http://www.ohbulan.com/fanpage-bantah-tayangan-tahajjud-cinta-diwujudkan/
                                                           *ohbulan-artikel mengenai tahajud cinta


sendiri nilalah dalam setiap apa yang cuba diperkatakan oleh mereka dalam setiap pandangan yang diwar2kan..bukan cuba untuk mengeruhkan lagi keadaan tapi kadangkala aku sedih melihat mereka2 yg terlebih teruja memberikan ulasan tetapi ilmu tidak setaraf dengan apa yang cuba diperbetulkan
malah aku bukan cuba membenarkan apa yang salah kerana yang salah tetap salah dan yang betul itu mmg sukar utk dipertahankan kebenaranya..itulah cabaran
bagi aku ia sekadar hiburan,kita yang menonton..boleh menilai baik buruknya sendiri..segala2nya sudah diajar dan dididik dengan sempurna..perlu melihat dari pelbagai sudut pandangan masing2..
tapi aku pelik,kenapa tayangan dari seberang yang terang2an memesongkan akidah tapi tidak dihentam secukup2nya..masih diterima baik pleh segelintir msyrkt??tapi bila drama tempatan cuba utk mencari kelainan
cuba mengetengahkan sesuatu isu itu..cuba diperdebatkan sebaik mungkin...adakah ini suatu agenda?

bagi aku,kalau ia blh memesongkan akidah,itu perlu diperbetulkan diperjelaskan dengan terperinci,dan seandainya kanak2 yang menonton perlu dibimbing oleh mereka2 yang lebih dewasa kerana setiap kecelaruan boleh diperbetulkan ..tanpa mewujudkan keraguan yang tidak munasabah..malah 
kadang2 kita kena positifkan diri kena terima bahawa seburuk2 menda yang kecil..kalau tidak dibendung akan merebak menjadi barah ..begitulah yang cuba diketengahkan dalam isu ini..aku tertarik dengan pandangan yang diberikan oleh seorang pembaca dalam oh bulan,tentang isu membuka purdah menunjukkan seraut wajah kepada kekasihnya...utk mengetahui selanjutnya silalah baca

bagi aku,lebih baik aku meneruskan menonton terlebih dahulu kisah ini sehingga pengakhiranya..sebelum bertindak menghentam membabi buta..terpulang pada msing2..kerana citarasa kita berbeza



8 ulasan:

Suhazli berkata...

haah..jangan cepat melatah dgn sesuatu yang baru kita lihat..mana boleh cerita ditayangkan kalau blum disahkan or salah disisi agama..mereka dah arif dalam sume ni..org yang cepat mengata sesuatu tu hanya tau cari kesalahan org lain..hurmmmm..

Unknown berkata...

as salam..bro nak tanye le..lagu kat gratisan muzik tu tajuknyer apa ekk?best ler plak..dok stay kat blog bro dgr lagu tu cam tak mau out lak.hehehe

belog lang berkata...

suhazli:itulah org kita ,bangsa kita kekadang tergamam ,malu dengan tindak tanduk segelintir yg berani bersuara tetapi tidak tahu hujung pangkal malah kosong pada hujah..mengutarakan islam sebagai kukuhan bukti sedangkan mereka tidak pernah terfikir yang ada mata2 sedang memerhati dan ketawakan kita kerana bergaduh sesama sendiri....

nurfahz:
"YA Sudahlah" By: Bondan Prakoso N Fade 2 Black..hehe,lgu nie mmg best,bgi kita smgt :)

Unknown berkata...

thanks broo.pagi nie pepagfi lagi dah in ur blog sbb nak dgr lagu nie..pas nie leh dgr kat blog sendiri.hehehe

dwatyKNY berkata...

tu ar... pelik juga bila ada yang buat fanfage hentikan tayangan drama ni...

belog lang berkata...

nurfahz: sama2..terima kasih byk2 lah sudi lepak kt page buruk nie..hehe..x pe2..silakan..hehe..ada masa nti singgah lah lgi ek :)

Dwaty:tulah x pasti apa motif mereka ...

Unknown berkata...

memang kena singgah selalu pun.buh lagu nie kat blog member2 komplen lagu ulang2..so del n stay kat blog broo je bila on lappy.thanks broo.suka lepak sini..=)

belog lang berkata...

nurfahz:thanks byk2..sudi meluangkan masa bersantai di blog nie..lah yeke?hahaha..ada plak mcm tu..kdg2 kan kita susah nk faham citarasa org lain wlpun bgi kita tiada mslh lau nk dgr lagu yg sama berulang2 smpi bernanah telinga.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...