Iklan

Khamis, 25 September 2014

Rindu.

Malam tadi terlena. Berbaring tubuh dalam lelah. Ku singgap birai langsir. Biarkan bertelanjang menghadap langit. Kelam! Tegur hati. Peduli asalkan hembusan lelah bertempiaran pergi. Berteman bingkisan perlahan suara lagu. Indah malam bertaut. Semakin larut mata mula berbisik bersedia lena. Dalam kerancakan mimpi, satu dimensi lain. Setelah bertahun tenggelam dalam rindu. Dia hadir kembali mengusik hati. Kali ini datang berbaring sebelah, laju kuntumkan segaris senyum yang selama ini ku igaukan. 8 tahun ku serahkan segala jiwa raga tanpa rona luka. Cuba bertaut tangan tapi tidak lagi terasa hangat jemari yang selalu ku genggam. Cuba sentuh setiap inci wajah tapi tidak tergapai. Jemari ku bertindak agresif cuba memeluk sebatang tubuh yang selama ini sentiasa menjadi amatanku. Kecewa! Tiada lagi reaksi seperti yang aku harapkan. Kaku tanpa berbalas. Semakin aku cuba semakin jauh ia berlalu. Ku diamkan tangan tanda berhenti berharap. Ku lajukan langkah bererti aku mahukan dia bersama.  Mata hanya mampu melihat sekujur tubuh yang aku rindukan terusan pergi hilang bersama kelam langit. Semakin lama semakin menjauh. Titisan mula bergenang pada kelopak mata. Tersentak dari tidur. Rupanya hanya mimpi. Lama dia tidak menjengah lena. Bertahun berharap agar diberi peluang untuk menatap lagi. Termanggu seketika! lalu berganjak berpaling sebelah. Kosong! Betapa hebatnya rindu. Walaupun sekental penafian tapi masih berbaki dalam jiwa. Biarlah terus terpahat dalam hidup.. Kerna itu yang aku mahukan.  

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...