Ahad, 5 Oktober 2014

Melankolik.


Rindu

Mengapa tuhan , ku bertalu bertanya. 

Hadirkan dia dalam hidup. 

Lantas benarkan dia tinggal pergi.

Tanpa sebarang muktamad.


Kecewa. 

Hati tidak lagi mampu kukuh atas kesakitan ini. 

Batin seakan meronta lepaskan berlalu. 

Sabar tidak lagi bererti untuk bertahan.

 Jiwa gelisah tak sudah tanpa penghujung


Kuat.  

Akan ku bukti. 

Selagi nafas berkalung dalam langkah.

Bukan hidup untuk dipersia. 

Bukan pertaruh hati untuk direnyuk. 

Bukan menangis tanda tewas. 

Bukan serah tanda mengalah.

Tapi bangkit benar apa yang tergadai. 

Harus ditebus! 


Dendam. 

Tidak sesekali.Tapi jika itu mahumu.  Pasti terjadi. Demi segulung bahagia. 

Berat untuk aku jejaki sesalan. 

Lepaskan segala apa yang terluah. 

Desakan apa yang terbuku . 

Agar kau tahu. Siapa aku.

Bukan lagi seperti dulu. 

Yang kau tinggal dengan segenap khayalan indah. Melata tagih kasih. 

Akhirnya kau ragut tanpa belas.

 Satu persatu tuntut tanpa berbaki. 


Mengapa?

Jawapan yang perlu aku tahu .

Setia bersama pelusuk harapan. 

Datanglah. Bisikanlah. Leraikanlah 

Agar ku tahu siapa sebenarnya antara kita.

Moga ku tidak lagi mengejar bintang dilangit. Sedangkan kaki terpasak setia di bumi. 

Biar perit mengalir dalam keputusan .

Demi tiada lagi bergalung telahan nista 


Ku terima. 

Aku maafkan kamu.

 Tidak perlu lagi kita bersua. Bertentang rasa. 

Teruskanlah hidup tanpa secalit bayangan ku lagi.

Andai ini satu suratan .

Ku biar. Pergilah kau pergi 

Sejauh mana kau rasa perlu 

Tapi usah berpaling kembali 

Jika sekelumit rindu bertandang jua. 

Sampaikan lah dalam sekalung doa 

Agar kau dan aku bahagia 

Dengan cara sendiri. 


Noktah.             

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...