Iklan

Isnin, 6 Ogos 2012

Utusan Kad Raya..


Masih lagi diberi peluang untuk mengutuskan kad ucapan raya kepada sahabat handai yang berada jauh pada pandangan mata tetapi sentiasa berada dekat dalam hati. Moga dengan kehadiran kad raya sebagai pengganti diri mampu mengubat kerinduan dan memeriahkan suasana di pagi lebaran.


Tradisi ni memang dah lama aku amalkan semasa dibangku sekolah lagi, saban tahun silih berganti bila diberi kesempatan ditambah ada rezeki lebih pasti tidak pernah tinggalkan utuskan kad raya.

Tradisi ini seharusnya tidak wajar dibiarkan dimamah usia kerana nilai yang tersimpan disebalik sekeping kad raya itu membawa besar maknanya kepada pengirim dan penerima.



Eh budak ni tumpang populariti sekejap..dia baru saje berusia 5 tahun tapi mahu aku tolong tuliskan untuk dia serahkan kepada Cikgu dan Kawan-Kawan...Haha

4 ulasan:

Unknown berkata...

fahz pun masih gunakan kad raya sebagai pengganti diri utk sahabat handai.Lang pos kat fahz 1 ea. :) huhuhu

Diari Anak Perantau berkata...

nak jugak kad raya 1.. :D

Maithasa Syuhada berkata...

intersting ;).. jmput singgh blog sy yer :)

Heikal berkata...

Selamt Hari Raya Lang :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...