Iklan

Sabtu, 25 Februari 2012

Khasiat KOPI Yang Sebenarnya..


"ai abam dah ubah selera?dlu x pernah berhajat tgk hirup kopi..hari ini apa mimpi?"itu lah sinis pertama jadi igaun sampai hari ini. Masih kuat berlegar2 dalam benak fikiran tatkala aku try revolusikan menu..dulu klu pergi mana2 kedai aku suka amik jalan singkat ikut mana yang berkenan di hati tanpa fikir natijahnya tapi bila semakin “dewasa”,bila diajukan tentang soal kesihatan, hati mula berfikir sejenak.
Aku perlu satu anjakan dan mencari pada yang jamin kesihatan bukan lagi yang berisiko pada diri. Kesederan ini muncul dah lama, sejak aku terbaca tentang satu artikel, tapi aku masih was2 nafikan kebenaran khasiat secangkir kopi, tapi bila buat kajian sendiri,bila baca pelbagai risalah dan buku, bila aku dah try, aku rasa ada perubahan pada diri, lebih ada tenaga dan lebih sistematik pada perjalanan kesihatan.
Harus ingat itu aku!! pada hemat org lain aku tak pasti,kita berbeza setiap citarasa masing2,mungkin pada aku tinggal kesan positif, pada kamu tidak,jadi kita tiada hak untuk nyatakan kelemahan kerana terlalu subjektif, hakikatnya terpulang pada selera setiap individu itu dan yang penting tidak perlu labur mahal2 lepak kedai berjenama untuk rasai nikmatnya, sekiranya tahu gunakan dan cara adunannya, ia pasti memberi pulangan yang berbaloi2. Hasil kajian yang aku lakukan,aku temui banyak rahsia mengenai khasiat kopi,berikut di bawah aku sertakan sebagai satu perkongsian ilmu antara kita .



Dari pandangan sisi agama Islam tentang khasiat kopi:
 Tapi tahukah sahabat, bahawa kopi sebenarnya minuman kegemaran kaum Sufi?
Dengan meminum kopi, orang-orang kelas ma’rifat (yang tidak memiliki dan terjangkit penyakit yang semakin parah kerana minum kopi) semakin kuat beribadah, seolah kopi mendatangkan cahaya bagi rohani dan jasmani mereka.

Sayyid Abdurrohman bin Muhammad bin Abdurrohman bin Muhammad as-Saqqaf al-Husainy al-Hadramy dari marga al-Idrus (1070 H-1113 H) mengatakan dalam kitabnya Iinaasush Shofwah bi Anfaasil Qahwah: Biji kopi baru ditemukan pada akhir abad VIII H di Yaman oleh penemu kopi Mukha, Imam Abul Hasan Aliy asy-Syadziliy bin Umar bin Ibrahim bin Abi Hudaimah Muhammad bin Abdulloh bin al-Faqih Muhammad Disa’in (nasabnya bersambung hingga kepada seorang sahabat bernama Khalid bin Asad bin Abil Ish bin Umayyah al-Akbar bin Abdi Syams bin Abdi Manaf bin Qushay).


    Beliau adalah pengikut Syadiliyah, bukan pendirinya (kerana pengasas  Syadiliyah, Imam Abu Hasan asy-Syadziliy telah wafat pada tahun 828 H)


Dalam penemuan biji kopi, Imam Abul Hasan mendahului Imam Abu Bakr al-Idrus. Sehingga Imam Abul Hasan Aliy adalah penemu biji kopi sedangkan Imam Abu Bakr al-Idrus adalah penyebar kopi di pelbagai tempat.

Beliau menggubah syair mengenai kopi sebagai berikut:


قَهْوَةُ الْبُنِّ يَا أَهْلَ الْغَرَامْ سَاعَدَتْنِيْ عَلَى طَرْدِ الْمَنَامْ
وَ أَعَانَتْنِيْ بِعَوْنِ اللهِ عَلى طَاعَةِ اللهِ وَ الْعَالَمُ نِيَامْ
قَافُهَا الْقُوْتُ وَ الْهَاءُ الْهُدَى وَاوُهَا الْوُدُّ وَ الْهَاءُ هِيَامْ
لاَ تَلُوْمُوْنِيْ عَلَى شُرْبِيْ لَهَا إِنَّهَا شُرْبُ سَادَاتٍ كِرَامٍ

 “Wahai orang-orang yang asyik dalam cinta sejati dengan-Nya, kopi membantuku mengusir mengantuk.Dengan pertolongan Allah, kopi menggiatkanku taat beribadah kepada-Nya di kala orang-orang sedang terlelap.

[Qahwah (kopi)], qaf adalah quut (makanan), ha adalah hudaa (petunjuk), wawu adalah wud (cinta), dan ha adalah hiyam (pengusir mengantuk).




 Janganlah kau mencelaku karena aku minum kopi, sebab kopi adalah minuman para junjungan yang mulia.Syeikh Abu Bakr bin Abdulloh al-Idrus berkata tentang kopi yang digemarinya:

Wahai qahwatul bunn (kopi)! Huruf qaf di awalmu adalah quds (kesucian), huruf kedua ha adalah hudaa (petunjuk), dan huruf ketigamu adalah wawu.

Huruf keempatmu adalah ha, berikutnya alif adalah ulfah (keakraban), lam sesudahnya adalah lutfh (belas kasih dari Allah).

Ba adalah basth (kelapangan), dan nun adalah nur (cahaya). Oh, kopi, kau laksana purnama yang menerangi cakrawala.


 Imam Hamzah bin Abdullah bin Muhammad an-Nasyiriy al-Yamaniy asy-Syafi’I, penduduk Zabid (832 H-936 H) adalah seorang sasterawan ulung yang ahli tumbuh-tumbuhan. Dia menggubah seribu bait nadzam mengenai kemukjizatan al-Qur”an, menulis kumpulan fatwa, dan menggubah nadzam lebih dari 80 bait mengenai manfaat kopi, yang antara lain isinya adalah kopi bisa membangkitkan semangat seseorang dan mengantarkannya mencapai kejayaan.


 Disebutkan dalam kitab al-Iinas bahwa huruf ba dan nun pada kata bunn (kopi), masing-masing bererti bidayah (permulaan) dan nihayah (akhir/puncak), yakni mengantarkan seseorang dari awal langkah hingga akhir/sampai kejayaan., setelah huraian tentang kegemaran dan sanjungan ulama Sufi akan kopi, manfaat, serta falsafah tentangnya, apakah masih akan menganggap kopi sebagai minuman yang harus dijauhi?Sumber


KOPI ADALAH MINUMAN HALAL

Kenyataan ulama tidak meragukan lagi kehalalan kopi. Dalam kitab Syarh al-’Ubab Syeikh Ibnu Hajar menjelaskan bahwa menggunakan sesuatu yang jaiz sebagai  hukumnya tergantung pada tujuan yang ingin dicapai. Jika tujuannya untuk kebaikan maka penggunaan  tersebut bernilai pahala, dan jika tujuannya untuk maksiat maka bernilai dosa (untuk meniru niat para ulama Sufi, lihat tips  tentang Fatihah yang dibaca sebelum meminum kopi).

  Para ulama yang menghalalkan kopi antara lain: Syeikhul Islam Zakariya al-Anshori, Syeikh Abdurrahman bin Ziyad az-Zabidiy, Syeikh Zaruq al-Malikiy al-Maghribiy, Syeikh Abdulloh bin Sahl Baqusyair, Syeikh Muhammmad bin Abdulqadir al-Habbaniy, Syeikh Abdulmalik bin Disa’in, dll.


Para ulama yang menyanjung kopi antara lain: Abu Bakr bin Abdullah al-Idrus, Abdurrahman bin ‘Aliy, Syeikh bin Ismail, Ahmad bin ‘Alawy Bajahdab, Abu Bakr bin Salim, Abdullah bin Alawy al-Haddad, Hatim al-Ahdal, as-Sudiy, Umar bin Abdulllah Bamakhramah beserta putranya, Al-Amudiy, dll.
Banyak ulama Sufi yang berkomentar tentang kopi yang pada prinsipnya mereka menggemari kopi kerana dengan meminumnya mereka lebih giat beribadah, terutama pada malam hari ketika banyak manusia yang tertidur lelap.

    Syeikh Umar bin Abdullah Bamakhramah, Syeikh Abdul Mu’thiy bin Hasan bin Abdullah bin Ahmad Bakatsir al-hadramiy (Makkah 905-Ahmadabad India 989 H) juga putranya yang bernama Ahmad dan beberapa nama lain menggubah nadzam dalam untaian bait yang amat banyak yang berisi sanjungan terhadap kopi sebagai minuman yang amat bermanfaat untuk penggiat ibadah kepada Allah.

Perhatikan dua bait syair berikut:


قَدْ أَقْبَلَتْ وَ سَوَادُهَا يَتَوَقَّدُ وَ مِنَ الْعَجَائِبْ أَنْ يُضِيْئَ اْلأَسْوَدُ
بِسَوَادِهَا ابْيَضَّتْ قُلُوْبُ أُولِي النُّهَى بِسَوَادِهَا سَادَ السَّوَادَ وَ يُحْمَدُ

 Kopi memang hitam tapi menyalakan semangat, bahkan memancarkan cahaya. Hitamnya kopi membuat hati orang-orang kelas tinggi memutih, sehingga mereka terpuji melebihi kebanyakan manusia.



   Sekarang tinggal pilihan anda , memilih kopi yang dipilih kaum Sufi sebagai penggiat ibadah (tentunya dengan mengikut niat mereka, dan toh mereka tak jatuh sakit kerana meminumnya), atau malah meninggalkannya karena ketakutan yang tidak beralasan?



Khasiat Lain KOPI :

Kopi untuk kesihatan;

Kita diajar dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan. Namun sebenarnya kopi adalah antara minuman kegembaran Nabi kita selain susu dan madu. Cuba tengok yahudi, mereka minum kopi, starbuck. Profesor di UK yang Yahudi semua ada segelas kopi ditangan mereka.

Nescaffe je yang setakat ni ada kesan negative bagi pengamalnya. Tu pun disebabkan ianya diproses menggunakan resepi orang-orang bukan islam. kopi lain kan banyak. Lagi banyak khasiatnya. Kopi kampung pun best. Tak payahla kita nak sibukkan diri nak minum starbuck. Kopi isteri kita buat, kopi mak kita buat. Bukan kah diadun dan dibancuh dari tangan-tangan yang sepastinya kita tahu sumbernya. Dahlah tak mahal, Cuma dapatkan serbuk kopi ngan gula je dari kedai- SUMBER


Kajian mendapati lebih dari 400 million cawan kopi diambil setiap tahun, menjadikannya sebagai minuman yang paling popular di dunia. Di US sahaja misalnya, 107 juta orang (52% daripada jumlah penduduk) meminum kopi secara rutin harian. 57 juta yang lain meminum kopi beberapa kali setiap minggu. Mari kita lihat kebaikan kopi :

1-Kandungan kafein dalam kopi

Kopi selama ini dianggap sebagai minuman untuk menambah tenaga dan menyegarkan orang mengantuk. Benarkah kopi sehebat itu? Kandungan utama kopi ialah kafein, ianya berfungsi sebagai perangsang susunan saraf otak, sistem pernafasan serta sistem pembuluh darah dan jantung. Sebab itu tidak hairanlah setiap pengambilan kopi dalam jumlah wajar, tubuh kita akan menjadi segar, daya pemikiran lebih cepat dan tidak mudah mengantuk. Kandungan kafein dalam 200 gram kopi mencecah 135 mg, berbanding teh yang hanya sekitar 35 mg. Kafein sering kali juga dijadikan salah satu bahan pelengkap pada ubat sakit kepala. Ini kerana, kafein mempunyai kemampuan menyempitkan pembuluh darah ke otak (vasokonstriksi) sehingga pelebaran pembuluh darah di daerah otak yang merupakan penyebab kepada sakit kepala.


Selain itu, kafein juga dapat mengurangkan lemak. Secara fisiologi, tubuh orang yang mengalami kegemukan kurang mampu membakar lemak ketika bersenam berbanding orang bertubuh normal. Akibatnya, tubuh akan membakar karbohidrat sebagai sumber tenaga, sehingga kadar gula darah menurun. Ini adalah penyebab mengapa orang gemuk merasa lapar kembali selepas bersenam dan akhirnya cenderung makan lebih banyak. Kafein membantu memecah lemak menjadi sumber tenaga segera. Tetapi awas! Pastikan kandungan gula didalam kopi tidak terlalu banyak.

2-Kopi bergula meningkatkan prestasi otak

Kajian di Barcelona, Sepanyol menunjukkan bahawa secawan kopi yang bergula boleh meningkatkan prestasi otak. Saintis di Universiti Barcelona di sini mendapati pengambilan kafeina dan gula serentak dapat meningkatkan prestasi otak seperti daya ingatan. Hasil kajian itu diperoleh dari 40 sukarelawan yang diuji dengan pengambilan kopi bergula, kopi tanpa gula dan air masak. Kopi manis merupakan cara terbaik untuk otak bagi menghadapi cabaran pekerjaan. Menurut Jurnal Human Psychopharmacology, Clinical and Experimental telah menyiarkan hasil kajian saintis tersebut.


3-Kandungan Antioksida dalam kopi

Antioksida yang dimiliki kopi berfungsi seperti ‘tentera’ yang menjadi perisai tubuh daripada radikal bebas. Kita Mungkin sedia maklum bahawa antioksida sangat baik untuk kesihatan.

Salah satu hasil kajian yang dijalankan lima tahun lalu mendedahkan pengambilan kopi menawarkan manfaat kepada pesakit parkinson dan diabetes jenis II. Malah kajian oleh penyelidik di Sekolah Kesihatan Awam Harvard turut menyenaraikan fakta tentang kopi dapat melindungi seseorang daripada masalah penuaan..!! Faktor tersebut didorong oleh beberapa faktor terutamanya kandungan kafein di dalam kopi, selain fungsi antioksida yang tinggi dalam bijian ini.


Selain itu, hasil kajian kerjesama dari beberapa pusat penyelidikan seperti Universiti Scranton, Universiti Athens dan Universiti Keio, Tokyo merumuskan kopi berupaya mengurangkan tekanan darah tinggi dan mengurangkan risiko kanser, sakit jantung dan strok.

Profesor kimia dari Texas, Dr. Joe Vinson pula menjelaskan,“Manusia terdedah kepada radikal bebas daripada oksigen yang kita sedut, gula dan sebagainya sehingga mengundang pelbagai penyakit kronik. “Secawan kopi setiap hari sudah cukup. Ia adalah satu jumlah yang sudah optimum untuk memberi manfaat kepada jantung,” katanya yang turut mengakui terdapat kajian yang menyatakan kopi baik untuk kesuburan lelaki, selain menggalakkan sperma berenang lebih aktif. 



Namun, katanya, dalam beberapa penelitian, kopi tidak digalakkan diambil oleh kalangan wanita mengandung dalam kuantiti yang besar. “Hospital Christchurch, New Zealand, menyatakan wanita hamil yang mengambil kopi terlalu kerap melahirkan bayi yang sukar bernafas ketika dilahirkan. “Manakala, kajian dari Institut Karolinska, Sweden, menyatakan wanita yang mengambil 100 mg kafein sehari mudah berisiko mengalami keguguran,” kata Vinson.-  SUMBER



Kajian mendapati kandungan kafein di dalam kopi adalah sekitar 1% sahaja. Kafein pula akan menjadi lemah apabila bergabung dengan protein dari susu.
Antara khasiat meminum kopi adalah seperti berikut :

1. Mengembangkan salur darah. Kerana itulah minum kopi dapat menghilangkan mengantuk. Apabila salur darah mengembang, lebih banyak darah (beserta oksigen) yang dapat dihantar ke bahagian badan antaranya otak. Ia juga akan dapat menghalang pengumpulan toksid di dalam otak. Menghidu bau kopi sudah cukup menyegarkan.

2. Meningkatkan daya denyutan jantung dan nadi. Darah akan bergerak lebih lancar dan keupayaan bekerja akan meningkat.

3. Menjadikan usus lebih aktif. Ini akan membantu tubuh menyerap nutrient dengan lebih baik dan dapat mengurangkan kemungkinan sembelit.

4. Meransang kelenjar perut untuk membebaskan lebih banyak bahan penghadaman. Ini baik bagi membantu penghadaman makanan yang lebih sempurna lebih-lebih lagi makanan yang tidak dikunyah secara sempurna. 
 

Minum kopi selepas makan telah menjadi budaya masyarakat Barat. Namun bagi orang Asia, ia sering dilihat dalam perspektif yang negatif walhal khasiatnya amat banyak. Jika anda masih bimbang, terdapat banyak kopi tanpa kafein di pasaran hari ini.

Kopi, seperti makanan atau minuman apa sekalipun, jika diambil secara berlebihan pasti akan memberi mudarat. Kajian mendapati tikus yang diberi kopi sahaja akan mengalami kematian.

Islam mengajar umatnya agar sentiasa bersederhana. Makan dan minum secara bersederhana adalah baik untuk kesihatan. Seperti mengambil kopi yang berlebihan adalah memudaratkan, minum madu, makan nasi, hatta minum air kosong secara berlebihan pun akan memberi mudarat. Yang penting bersederhana.

Kopi yang dimaksudkan di sini adalah kopi dari biji kopi. Bukan kopi campuran atau kopi segera yang dihasilkan dengan mencampurkan perbagai bahan. Berhati-hatilah mengambil kopi segera kerana khasiatnya tidaklah seperti yang diwar-warkan seperti yang diingatkan oleh beberapa persatuan pengguna beberapa tahun lepas.

Terdapat riwayat menyatakan bahawa kopi adalah antara minuman kegemaran Baginda Nabi Muhammad s.a.w selain madu dan susu.

Wallahualam - SUMBER




Khasiat Untuk LELAKI :

Kajian baru menunjukkan lelaki yang minum kopi dengan kerap mempunyai risiko yang rendah untuk mendapat kanser kelenjar prostat.

“Setelah melihat semua data pada pesakit kanser prostat. Lelaki yang minum kopi paling kerap mempunyai peluang 20% lebih rendah daripada lelaki yang tidak kerap minum kopi setelah tindakan susulan dilakukan” kata pengkaji Lorelei Mucci, ScD, MPH profesor madya dalam bidang epidemiologi di Harvard School of Public Health.
20% kurang risiko adalah di kalangan lelaki yang minum kopi sebanyak 6 cawan sehari berbanding lelaki yang tidak minum kopi dalam sehari.
Kopi menjadi pelindung ketara kepada kanser prostat yang boleh membawa kepada kematian. Di kalangan lelaki yang meminum kopi 3 cawan sehari risiko kanser prostat yang membunuh berkurang 29% dibandingkan dengan bukan peminum kopi. Dan lelaki yang minum 6 cawan atau lebih sehari, peratus risiko untuk mendapat kanser prostat berkurang sebanyak 60%.
Dan apa yang mengejutkan, bahan kafein di dalam kopi bukanlah yang menyebabkan risiko kanser prostat itu menurun.
Kajian ini diterbitkan secara online di Journal of the National Cancer Institute.
Kajian lain juga menunjukkan kopi bukan sahaja mengurangkan risiko kanser prostat, tetapi juga penyakit diabetes jenis 2, parkinson, batu hempedu dan juga kanser hati.
Profesor Madya Muci dan rakan-rakannya melakukan kajian susulan terhadap 47,911 menyertai kajian ini.
Dari tahun 1986 hingga tahun 2006, seramai 5,035 lelaki telah didiagnos mempunyai penyakit kanser prostat. Ini termasuk seramai 642 orang lelaki yang telah didiagnos mempunyai penyakit kanser prostat tahap akhir.
Mereka melihat terdapat perkaitan antara kopi dan juga kanser prostat. Mereka juga melibatkan faktor risiko lain seperti obesiti dan juga merokok.
“Kami masih lagi tidak pasti apakah mekanisma yang melibatkan kopi dan juga kanser prostate” kata profesor Madya Mucci pada WebMd.
Ia mungkin disebabkan terdapat bahan yang mengawal rembesan hormon insulin, hormon yang bertanggungjawab mengawal kandungan gula di dalam darah. Kadar insulin yang tinggi dalam darah antara kajian awal punca penyebab kepada kanser prostat.
Walaubagaimanapun pendapat ini masih terlalu awal untuk  untuk memberitahu mereka yang kopi ini boleh merendahkan risiko kanser prostat.
Kajian demi kajian harus dilakukan untuk melihat kelebihan kopi ini terhadap manusia. Sekiranya kita dahulu mengatakan kopi ini banyak keburukan. Kemungkinan kajian ini memberi sedikit impak yang berbeza terhadap pandangan tersebut.
Mungkin anda perlu mempertimbangkan semula pandangan anda terhadap kopi ini- SUMBER



Khasiat KOPI Untuk KECANTIKAN :


1. Mampu mengangkat sel kulit mati sehingga bisa memperbaiki kulit yang rosak.


2. Dapat menuetralkan kulit yang terhidrat sekaligus memberi nutrisi pada kulit.
3. Berupaya menghilangkan bau badan.

4. Mampu merangsangka kelahiran sel kulit baru dan menjaga kelembapan kulit.


5. Mampu menghilangkan bekas jerawat, dan noda hitam membandel.


6. Bisa menghilangkan selulit jika dilakukan secara teratur.


7. Dapat memperbaiki sirkulasi darah dan memecah lemak di tubuh yang dapat menimbulkan selulit.


8. Berfungsi sebagai astringent karena kandungan pH-nya sama dengan kulit kita (4,5) sehingga mampu mengurangi dan menghilangkan jerawat ataupun noda di kulit.


9. Memberi perlindungan terhadap sinar UVA atau UVB.







Lain-Lain Khasiat KOPI:



1. Mencegah selulit

Kesemua krim selulit yg ada kat pasaran tu mengandungi satu ramuan yg sama: KAFEIN. Jadi drpd membazir duit korang beli krim mahal2 tu, baik korang buat apa yg aku selalu buat dgn hampas kopi lepas minum kopi - campurkan hampas kopi yg baru digunakan dgn sedikit minyak zaitun, pastu sapu kat memana bahagian badan yg korang suka. Balut bahagian yg dah disapu dgn pembalut plastik dan biarkan selama beberapa minit. Dlm 5 atau 10 minit, bukak pembalut plastik dan siram dgn air suam. Syok dibuat 2 kali seminggu, terutama sekali time mandi.

2. Menyahkan bau badan

Masukkan hampas kopi yg bau digunakan ke dlm karung kecik (mcm karung potpourri tu) pastu gosok2 kat seluruh badan semasa mandi. Teknik nie juga berkesan utk korang yg nak hilangkan bau ikan atau belacan kat dapur dgn mengambil hampas kopi dan gosokkan kat tangan.

3. Menganjalkan kulit

Ini satu lagi teknik yg aku selalu buat dgn hampas kopi. Campurkan hampas kopi dgn putih telur, pastu lumurkan kat muka dan biarkan kering sekejap selama beberapa minit. Bilas dgn air suam. Hasilnya akan membuat kulit wajah korang nampak bersih, tegang, cerah dan bermaya.

4. Menyuburkan rambut

Ini pun aku kdg2 buat bila bosan. Ambil hampas kopi yg baru digunakan dan urutkan kat rambut. Biarkan selama setengah jam, pastu bilas dgn air suam. Bau rambut akan menjadi sgt heaven selepas itu. Lihatlah rambutku yg lebat dan berseri2 ini... (menggoncangkan kepala dgn sempoinya)- SUMBER

PERINGATAN: Kaedah ini hanya sesuai kepada mereka2 yang menggemar KOPI. Selain KOPI adalah tanggungjawab sendiri. Rujukan ini telah dilakukan hasil dari selidikan dan bacaan artikel,risalah ataupun buku dari sumber yang telah dinyatakan. Terimak kasih kepada pihak-pihak yang menjadi rujukan saya untuk kongsikan maklumat ini.

22 ulasan:

fizafantagiro berkata...

suka kopi 'o' ais .. :p

belog lang berkata...

yea kopi 'O' ais terlalu awesome..haha :)

AdamHeikal berkata...

saya penggemar tegar KOPI 'o' AIS ..heheh

belog lang berkata...

best apa kopi o ais.. :)

milahmila berkata...

saya mahu cuba lah lepas ini ..tq ats pengkosian ilmu ini :)

belog lang berkata...

yea kamu harus cuba dan rasai perubahannya :)

shat mashuri berkata...

tq for the info.. ckup fakta tentang kopi :-)

belog lang berkata...

tq juga sb sudi luangkan masa bc artikel nie :)

elena berkata...

thanks dude..this is awesome info..want to try it :)..moga2 ilmu yang ada ini dpt disalurkan pada jln yg benar..sy pun perlu positifkan diri utk hirup secawan kopi :)

belog lang berkata...

yea harus berfikiran + utk anjakan..x slh demi kebaikan..moga2 nti melekat dgn secawan kopi :)

eqbalzack berkata...

Salam tuan,
saya singgah tinggalkan jejak di sini. terima kasih singgah ke blog saya...

-eqbalzack-

eqbalzack berkata...

Salam tuan,
saya singgah tinggalkan jejak di sini. terima kasih singgah ke blog saya...

-eqbalzack-

belog lang berkata...

wksmlm..
terima kasih sudi tinggalkan jejak di sini.. :)

Unknown berkata...

dh masukkan link awk dlm list.

belog lang berkata...

terima kasih krn sudi ;)

Tanpa Nama berkata...

Saya pengemar kopi...Jangan lupa merasa nikmat Kopi Tenom..dari sabah..(saya sabahan) Kopi Tenom mudah di dapati di AEON Jusco..aromanya memang umph!

myretina berkata...

salam tuan,

menarik info nie...minta link N3 nie utk masuk dalam blog saya TQ

Unknown berkata...

rupanya kopi pun ade khasiat nye ,,
menyesal tak pandai minum kopi ,, lepas niey nak try minum kopi lah ,, huhu

Abe Nick berkata...

owh banyak khasiat dia
ermm nik memang selalu minum kopi tapi x amik tau kebaikan hi3...
Nik suka kopi campur pulak ngan serbuk halia ...
rasanya tip top hi3

Tanpa Nama berkata...

aku suka minum kopi. sehari secawan kopi. memang rasa awet muda dan kulit cerah/sihat mengalahkan kulit pompuan. tapi lagi banyak minum kopi, lagi mengantuk.

Unknown berkata...

Kopi d brew sejuk lain nikmatnya....

Nur haura afeeya berkata...

Muhammad Iman Nashriq, berumur 2tahun mengidap penyakit lelah atau asma sejak berumur 5bulan. Adik ni berulang alik ke hospital sejak umur 5bulan sebanyak 3minggu sekali untuk buat rawatan sehinggalah dia berumur 2tahun. Tapi tetap tak nampak apa2 perubahan makin sembuh ke atau makin baik,tetap sama saja. Ibu cuba memberi rawatan tradisional lain tapi tak ada juga perubahan, keadaan anaknya masih sama. Beliau bersyukur sangat apabila bertemu jus ni daripada seorang kawan, Iman tak perlu lagi dah pergi hospital buat rawatan. Batuk2 biasa ada tapi yang ketaranya Iman dah tak ada semput-semput dan sesak nafas macam dulu lagi. Kalau dulu 3kali sebulan kena pergi sedut gas, sekarang tak perlu lagi. Alhamdulillah.
..........................................................................
Dan ramai lg psakit2 yg gunakan produk ni sembuh dari masalah lutut kronik,kanser dan lain2 yg guna produk jutawan herbs ni. Ini kenyataan bkn rekaan untuk melariskan produk semata2. Benda elok harus dikongsi agar sama2 dapat manfaat,okay.

Nanti boleh hubungi En. Mohd Zuhairi dn pm sendiri testimoni2 td tu yer..😉

9)Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap Pengasasnya sendiri okay👇🏻
En. Mohd Zuhairi - 017468 7570


💐Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..🤲🏼


Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570

😁kalau wasap lambat balas(biasa nya sebab ramai yg wasap dia.)
Tp nanti dia akn blas jugak yer..
#sharepadayangmemerlukan
#sharing is caring

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...