Iklan

Ahad, 31 Julai 2011

Ya Ramadhan...

 
pinjam dari en google
Erm bersyukur kepada Nya masih memberi aku peluang berterawih untuk kali ini..Berkesempatan menunaikan salah satu kewajipan tatkala menjelangnya Ramadhan..Tapi kali ini aku diberi kesempatan olehNya untuk menyambut dan menjalani ibadah puasa di kampung..Moga2 aku berjaya lunaskannya tanpa sebarang masalah sehingga ke penghujung..Kini usia dah suku abad bernafas di bumi tuhan..kaki melangkah pun semakin luas jangkauan,tidak terdetik diminda dan terlintas dijiwa aku mampu pergi sejauh ini..Suasana sebentar tadi disurau menceritakan segala2nya yang aku kini telah dewasa dalam kehidupan mengatur diri sendiri. Jika dahulu setiap kali ramadhan pasti aku akan ditemani teman2 untuk berterawih tapi kini segala2nya mungkin..tiada lagi suara2 nakal teman2..mereka kini bertaburan mengatur derapan langkah sendiri membina kebahagian keluarga dalam misi meneruskan kehidupan..Hanya aku menyepi terselit diantara jemaah yang lebih berusia yang dahulunya setia menegur kami jika berlaku kesilapan dalam penuhi tuntutan..akhirnya kini aku mampu sebaris mereka menunaikan rukun iman ini..Alhamdulilah..Keseluruhan atmosfera dalam surau ini berubah,begitu sunyi tiada lagi dikunjungi jemaah2..hanya yg setia menanti bersemi di halaman ini sahaja meneruskan tanggungjawab..untuk yang lain..tunggulah penghujung ramadhan dan kedatangan syawal menjengah baru lah ramai kerana disitulah para perantau pulang ke desa..bahang syawal semakin terasa..tiada lagi sesunyi dan sesepi ketika permulaan dan pertengahan ramadhan..


Sumpah,hati aku semakin tidak seghairah terdahulu..ketika ramadhan menjelma..kamilah org2 paling seronok.begitu teruja utk berpuasa..suasana ketika kecil dan remaja begitu berbeza..dua dunia yang menjadikan kita lebih bersemangat utk akui keindahan berpuasa. Aku masih igt,ketika itu 2 minggu sebelum berpuasa,,kami dah merancang pelbagai aneka acara yg perlu diselesaikan sebaik sahaja bulan puasa. Salah satunya mercun dan meriam buluh..itulah rutin harian budak kampung..balik dari sekolah.bertungkus lumus bersepakat masuk hutan mencari buluh,masa itu tidak lagi terdetik andai dlm perjalanan terjumpa harimau mahupun babi hutan..kerana smgt itu lebih membara dan lebih mengatasi perasaan takut..klu hari lain,masuk jugak tapi tidak sedalam bulan puasa..kerana ketaksuban ingin memiliki kedentuman meriam paling ganas mengatasi segala2nya..Itu kisah meriam..kisah lain,klu2 terasa mahu memonteng puasa..pergi mandi sungai berjam2..pas abis sekolah..mandi sungai dulu..dah penat menghirup air..konon2 tertelan..masa itu air sungai jernih..tidak seperti sekarang...mahu mandi pun terfikir berkali2 inikan pula mahu telan..tidak tertahan tekak melaksankan tuntutan nafsu..dah siap mandi kena tunggu rambut kering ,warna merah pada mata kena bgi surut klu tak mmg berjawap lah smpi dkt rumah..time2 sembahyang terawih mcm tu gak..nakal mmg tak igt dunia,cukup 8 rakaat cabut lari..tpi bukan pulang ke rumah,melencong ke tempat lain dahulu..main mercun,pusing2 satu kmpung dan pelbagai..mmg masa tu tak igt dunia..cuma klu tahun2 nk periksa besar je..aktiviti kena kurangkan...tapi kini,wlpun berpuasa belum bermula lagi..hati terasa sayu..mungkin inginkan kenangan dahulu menggamit kembali,terasa sunyi jiwa..teman2 tidak pulang..tidak lagi mampu meraikan kdtngan bulan mulia ini bersama2 lagi..inikan pula dah memiliki keluarga sendiri...lagilah raya masihkan berpeluang ataupun tidak..kerana klu dulu setiap kali raya hnya satu kmpg yg dituju tpi kini terpaksa mengikut percaturan..Mungkin suatu hari nanti aku pun begitu,terpaksa mengikut pusingan...haha


Kali ini pun mujur cuti semester bertindih dengan puasa..dapatlah berpeluang melaksanakan misi bersama dengan keluarga..tidak lagi perlu memikir apa yg hendak makan ketika berbuka dan ketika bersahur..Tahun lepas,tahun pertama aku menyambut puasa sebagai seorang pelajar, suasana teramat2lah berbeza tidak seperti ketika zaman2 diploma dahulu..aku merasakan semakin aku jauh melangkah hidup menjadi semakin berbeza..suasana yang menuntut kita berubah..tahun lepas aku boleh kira beberapa kali sahaja aku bersahur..itupun pada minggu pertama,mmg semangat giler..masak nasi,masak lauk..makan ramai2 dgn housemate...tpi masuk je minggu kedua..semua karam smpi pagi...barulah tergadah pergi kelas dengan perut kosong..lak tu klu lepak dlm dewan kuliah mahu berjam2..mmg terasa keletihan ... Tapi mujur,aku dikurnikan kawan2 yang begitu prihatin dan sentiasa menyokong antara satu sama lain..di mana setiap kali untuk ke baza..kami pegi berkonvoi ramai2..jadi kerinduan dkt kampung tu terubat..cakaplah mana bazar dkt shah alam tu kami x pernah pergi..pasti akan smpi..setiap satu bazar ada menu yg menjadi tarikan utk kami datang lagi hari2 berikut..setiap hari berlangsung mcm tu..tapi ada gak pernah berbuka bersama..igt nak berbuka dkt dataran tapi akhirnya terkandas dekat masjid..berbuka ramai2 dkt luar masjid..mmg best rasa masa tu..rasa rindu plak bila berjauhan ni..rasa mahu putarkan balik masa2 itu..itulah suasana belajar..makan pun tidak terlalu memilih,apa yang terlintas depan mata dan rasa bajet mampu menanggung..mesti mencuba..wajib,yang penting tidak kempunan di lain hari..hehe..soal citarasa dan ramuan perkara nombor dua,asalkan mulut mampu menelan..orite je...itulah hidup bujang ditambah pulak dengan status student..


Itu zaman student,time kerja dulu x pyh cakaplah..azab giler..aku mengakui mmg aku tidak berjaya lunaskan sepenuhnya setiap kali aku berpuasa ketika bekerja..Bukan mencipta pelbagai alasan tapi atas faktor keadaan yang begitu menyeksakan tekak.Dulu sebelum aku bekerja dekat tengah laut,aku kerja dengan syarikat swasta sebagai juruukur,kalau site aku sekadar masuk hutan,ukur balik sempadan mahupun amik detail..aku tidak mengalah,wlpun kena harungi sungai aku mampu sempurnakan puasa dengan sebaiknya..Klu pasal pembantu ukur,mereka ni ada yg ok..klu puasa mmg puasa ..yg teruk yg tidak pernah puasa pulak tu,mengheret org puasa utk join..tiap2 pagi sebelum pergi site,singgah dulu kedai mamak,tapau roti takpun nasi lemak..erm yg jadi mangsa aku lah..kena gak bentikan keta kt kedai...klu tidak mereka bgi alsan x leh nk agresif time bekerja..aku jugak yg kena tiaw dgn bos..aku tak kesah sebab aku paham tpi mslh boss aku,dia bukan pikir psl tu semua..yg dia tahu kerja mesti jalan ikut masa yg ditetapkan..pasal untung tidak boleh berkrompromi last2,aku terpaksa redha jelah.jnji puasa aku jangan mereka kacau sudah..smpi dlm hutan,bedal dulu sarapan bru lah nk start keje...tapi yg menyebabkan aku terpaksa tewas bila btul2 site dkt tapak construction..giler masa tu dgn pokok tiada utk berteduh..betul2 ats tanah gersang..yg baru diratakan,wap dari tanah mmg mengalir deras ke pipi..terus smpi skt tekak membakar saluran dahaga dan membuat smgt menjadi lemah..pulak tu klu dah masuk site mcm tu..mahu berminggu kena bertapa,mujur lah tak kena tidur sekali..klu tidak mmg sebijik mcm pekerja2 kontrak..cuma bezakan aku ada ic je kot..klu warna muka dan kulit sah2 tiada beza langsung..erm ari pertama aku lepas, itu pun blik umh smpi je umh kena goda dengan anak buah(arwah dah dia) dia 5 tahun,baru bljr puasa tpi separuh hari je bertahan...masa tu aku duduk tumpang rumah kakak.sebab dkt dgn tmpt kerja..jadi bila blik je..dia mesti minum air soya..dan time2 tu jugak lah dia menyibuk minum depan2 aku..tapi masuk hari kedua dan seterusnya..aku tak leh tahan,dkt site ada kantin kongsi..erm diaorg tak pernah tutup..tpi aku bile tengah hari time tu panas terik giler..wlpun pki topi berpayung sakan..masih tidak mampu menampung bahang mentari..terasa mencucuk smpi ketulang..last2 aku amik keputusan utk membatalkan puasa dan melepakkan diri meminum air smbil makan tengah hari..tpi aku tak bgthu dkt pembantu kerana aku malas..aku bgi alasan pergi toilet..kang diaorg perli aku dan makan dpn2 aku..hakikat wlpun aku tak berpuasa..tpi klu dieorg tak thu..dieorg msh ada respect dan tidak akan mkn depan aku scra terang2ngan.... Tapi time dkt rumah ,aku akan ckp dkt kakak yg aku masih mampu berpuasa kerana malu dkt anak2 buah...mereka mampu bertahan smpi berbuka,aku???hisy2..pernah gak kantoi dgn anak buah sendiri,menghirup air soya dalam peti..hahaha..terliur dan dahaga..aku tidak larat lagi untuk berdrama depan mereka..akhirnya,time berbuka kena lah tunggu mereka selesai dulu dan kena lah perli dgn anak2 buah..nasib lah badan kan..apa leh buat...hehehe


Tapi ketika bekerja di tgh laut dkt Penang..keadaan macam tu jugak,lagilah begitu terasa..masakan tidak semua pekerja aku baik bangla,indon mahupun nepal..haram hendak berpuasa..time mkn tghari,amik bersepah2 bersantai berkelah dkt port aku lepak..apa lagi mereka2 nie open table lah,apar tikar bukak bekal yg dieorg bwk,..makan ramai2..giler,wlpun lauk mereka simple je..telur goreng dan kuah..tpi masa tgh lapar tgk tu pun jadi sedap..aku larikan diri cari port yg ok lah..jauh sket dari pandangan mereka..godaan tiadalah sangat..time kerja dulu..syrikat ni singapura punya..tpi dpt tender projek malaysia..aku mula2 pun nyaris dihantar ke sana,tpi aku bernasib baik kebetulan tidak cukup jurukur dkt site penang..kenalah hantar sana..sistem syrikat nie..mmg kejam..tiada cuti..hari2 kerja..pagi smpi ke magrib..cuma klu puasa smpi pkul 5.30ptg je..dan setiap tghari akan ada makanan yg akan dihantar utk pekerja..wlpun berpuasa tpi ada pekerja2 dan jurutera atas kapal memerlukan makanan..mereka ats sana sah2 lah x puasa..itu lantaklah aku mls cmpur hal mereka ats sana..tpi aku yg atas darat(platform tgh laut) ni lagilah,giler tgh laut..bahang laut tak sama dgn ats darat..wap air laut lagi lah membakar kulit smpi mengupas kulit..sebulan pertama,haram kulit aku terbakar dan menggelupas itu ketika memakai sunblock,topi mahupun segala menda yg leh menutup keseluruhan muka,lagi satu abis seluruh badan aku jadi menggelupas..kemasinan air laut menyebabkan kulit aku alergik..habis gatal2..dan sehingga kini berparut..jumpa doktor,dia kata biasalah klu kerja tgh laut..beribu2 gak aku merawat byr kos bgi lamsum kan parut tu..tpi langsung takda kesan yg mahu hilang...masih lagi ada tinggal parut putih2 kulit menggelupas..habis jatuh saham..itu sebab aku segan nk mandi bukak baju depan org ramai..segan wlpun x byk tpi nti org kata bdn aku berpanau...hahhaah..hakikat bukan panau lah weh..itu kesan menggelupas..Muka jgn cakap lah..mmg sedara dgn burh2 dari negara india..hitam legam kot..klu dlm gelap..rasa2nya putih gigi tu yg dpt org cam..mahu tak,cuti pertama blik je kmpung..hisy,mak aku terkejut giler..adik beradik aku lagilah..gelak sakan tgk muka aku..teruk kot,last2 kecewa time kerja langsung aku tak pakai penghalang..biarkan saja radiasi mentari terus2 memanggang kulit aku...jadilah hitam itu kekal bersemi pada wajah aku hingga kini..wlpun dulu hakikat aku putih lah..dan muka licin tanpa jerawat..sekarang habuan berkawah2 muka kesan jerawat..berkemur lama sgt smpi jerawat x taw celah mana ruang nk tumbuh,semua senarai telah dipenuhi dan beribu2 masih menunggu giliran..heheh..seyes!! tiada lagi
berbalik pada cerita tadi,erm bila dah ari2 supervisor aku ni cina..dia mahu menyogok aku dengan makanan..aku tak leh tahan lau menu ari tu nasi ayam..mmg sedap nasi ayam tu..byk kali makan pun x jemu2..lain dari yg lain..utk pekerja melayu..mknan akan dibeli dan ditempah di kedai melayu..tpi utk pekerja cina mahupun kristian,akan dibeli dari kedai cina sebab ada makanan special sket..fham2 jelah
Adalah gak dlm dua hari mcm tu aku berhutang puasa..itupun mkn sembunyi2..tkut weh..last2 supervior aku ada bgthu..yg kwn aku (engineer)pun sama gak x puasa sebab penangan nasi ayam tu..tpi die oklah dpt mkn ats kapal..aku gak yg merempat dkt site..giler sedih kot..hahaha..tpi bila blik umh je..semua mengaku yg berpuasa..hahha..padahal???...erm tpi best gak pengalaman berpuasa dkt penang..byk gak bazar aku memutar mencari utk juadah berbuka..mcm2 ada..berbuka rmai2 dengan geng2 kerja best..msing2 jauh dri fmly.


Tapi itulah kan.semakin membesar..kemeriahan semakin tidak terasa,mungkin aku kali ini dpt melaksankan bersama fmly itu yg tidak terasa sgt..tpi utk tahun2 terdahulu,klu berpuasa mmg terasa giler..sebab jauh dgn fmly,plak tu time berbuka tidak semeriah dgn fmly..itu yg terasa sgt..bila raya pun time kerja..giler shopping sakan,kena sediakan angpau utk anak buah dan ank2 member..tpi skung bile jadi student balik nafsu utk beraya mcm takde..macam biasa2 je..mungkin ats fktor duit org,klu duit sndiri..belilah satu pasaraya tu pun tiada siapa nak kisah dan marah..duit sendiri..penat kerja sendiri..bebaloi2 lah lau nk membazir..tpi bila keadaan mcm nie,bukan tak mampu tapi terasa mcm seolah2 tak sanggup...bersenang atas kepayahan org lain..itu yg membuat diri berfikir berkali2 klu nk sakan sgt membuat persiapan raya.. Lagipun sebab yg terbesar,kali ini kali ke 2 aku menyambut puasa dan raya tanpa dia disisi..memang rindu sgt2 kenangan lalu, tapi apakan daya kehilangan dia atas kesilapan diri dia sendiri..bagi aku,tidak perlu sesali kerana aku perlu teruskan perjalanan hidup aku..bagi hidup dia,andaikata tuhan masih kuatkan jodoh antara dia dan aku..sejauh mana pun aku berlari..sekuat mana pun aku cuba menafikan realiti dan kebenaran..sampai satu masa kami tetap akan bertemu..tapi klu itu bukan jodoh kami sekuat mana pun kami bertahan,cuba menidakkan kan takdir dan kuasa tuhan,tibanya masa kami tidak akan tetap bersatu..kerja tuhan satu kerja yg bersebab dan terselit satu himah yg kita sendiri tidak mampu utk menyangkal..moga2 ramadhan ini bermakna dan klu ikutkan tiada apa2 yg menghalang..ini terkahir aku smbt bergelar sbgai pelajar..itupun klu lah berjaya menamatkan dengan cemerlang pengajian aku..amin



Lagu Seventeen-Ramadhan Yang Indah :


Khamis, 28 Julai 2011

Ramadhan Terakhir


Usai sahaja pasukan "Harimau Malaya "kecundang melayakkan diri ke pusingan ketiga kelayakan piala dunia 2014..hati mmg sedih bertambah bukam...kecewa dengan persembahan yang ditunjukkan akan tetapi tidak boleh salahkan sesiapa malah pemain itu sendiri kerana tekanan di atas padang begitu hebat berbanding dengan harapan kita yang menyaksikan di bangku penonton malah di mana2 sahaja..nasib dan rezeki masih belum berpihak pada kita dan harapan dengan pendedahan tadi mampu memperbaiki lompong dan kekurangan pasukan Harimau Malaya akan datang..Aku pernah berada situasi begitu,tapi tidaklah smpi mewakili Malaysia cuma sekadar mewakili peringkat negeri(ragbi) akan tetapi bahang tekanan tu memang terasa,dengan harapan penonton,jurulatih,cikgu,ibubapa,kawan2 pasukan malah diri sendiri yang terngiang2 berlagu dalam minda kekadang membuatkan diri hilang fokus kerana dalam diri dibayangi sifat mahu menang berlebihan menguasai diri..segala taktik dan latihan sebelum2 ini seakan2 hilang...lenyap begitu sahaja..cuma harapan yang smgt itu terus membara...itu kadang2 kita tgk menjadi dan kadang2 tidak seperti yang diharapkan..Erm mewakili semester tempoh hari dalam sukan khemah ukur pun dah cuak...beban tekanan membuak2 untuk menang..lebih teruja klu berjaya menidakkan kata2 kesat pihak lawan dan membuat kan mereka lebih respect dan terdiam..itu sesuatu yang membanggakan!!

Memandangkan aku yang control segala atmosfera dalam bahagian ruang tamu rumah lantaran tiada sesiapa di rumah,mak aku keluar ada kenduri..aku nk tgk dkt luar pun terasa begitu malas kerana kehilangan member2 ..ni lah akibat kalau jadual bercuti tidak bertindih dengan jadual orang bekerja..dalam lingkungan kawan rapat tinggal aku dan seorang lagi kawan yang masih memikul berat beban status "pelajar" akan tetapi kawan aku lagi seorang sekarang tengah sibuk bertungkus lumus menghabiskan satu sem dkt UTeM..walaupun dia bercuti sama dengan aku..tetapi atas faktor2 yg tertentu dia masih teruskan pengajian..katanya atas arahan dekan..lagipun belum berkesempatan untuk bertanya kepada dia dengan lanjut kerana sampai hari ini masih belum bertemu muka..yang lain mmg sah2 sudah berkerja..jadi klu mahu jumpa pun hanya tiba hari raya mahupun kenduri kahwin kwn2 je..itu lah peluang dan kesempatan yang terbaik utk berkumpul dan bercerita ..kadang2 smpi terbawa ke pagi bersembang..maklumlah lama x jumpa

bukan mahu berbicara pasal mereka.itu hanya sisipan untuk menjelaskan sebab yang mengheret aku lebih selesa untuk terus setia menyaksikan bola di rumah,lagi best boleh baring,terlentang..bebas..klau aku nak menjerit,memekik malah mahu memaki tiada siapa2 yg mendengar..paling kuat pun jiran sebelah itu pun klu lontaran suara aku mampu membawa frenkunsi suara pergi sejauh itu..Pernah gak saksikan pasukan Malaysia menentang Pakistan tempoh hari..Betul suasana di stadium lain rasanya..memberikan kita satu perasaan dan semangat yang lebih teruja akibat tenggelam dalam lautan manusia..Tapi kalau aku masih di Shah Alam,aku rasa mmg aku dan kwn2 usahakan jugak dptkan tiket dan celahkan diri dalam stadium tadi..Tapi apa leh buat jauh tercampak dkt Pahang.. Untuk terus melayan facebook,terasa bosan giler kot ..sebab sekarang masing2 tengah bersesi meluahkan perasaan ..malah ada yang menggunakan facebook sebagai medium untuk memaki atau menyumpah sesiapa sahaja mereka mahukan..aku bukan tidak mampu untuk melihat tetapi takut2 nanti susah untuk kawal emosi ..larut dalam mainan mereka..biarlah mereka..esok2 atau kejap lagi surutlah tu.mmg lah tidak dapat dinafikan,kita menaruh harapan begitu besar akan tetapi usaha telah dilakukan namun rezeki masih belum berpihak..mungkin banyak lagi perlu diperbaiki..positifkan diri terima kekalahan 

Dengan berbaki masa tinggal lebih kurang 15 minit,cepat2 aku menukar siaran ke tv3..aku baru mula tengok drama ni semalam itu pun kebetulan dalam main2 mengalih siaran terlekat dekat drama tu..mmg best pengganti kepada cerita syurga ramdhan tahun lepas..andai kata drama syurga ramadhan yang lepas aku tidak langsung berpeluang menyaksikan satu episod pun kerana keletihan giler..lepas berbuka mesti hanyut..mahu tidak seharian letih menghadap kelas..kadang2 smpi ke petang malah malam kelas..jadi lau ada assgmnt pun mesti aku akan siapkan lepas sahur..itu wajib..lau lepas berbuka lepas tarawih memang aku tidak layan kerana berat mata menahan lebih serius dari kerisauan assgmnt yg perlu dihantar...jadi kesempatan yang ada ini..bercuti ketika puasa malah lebih untung ketika di rumah ...memaksa diri menjadi terlalu obses dengan tv..segala apa rancangan aku pasti jadi pengikut setia..sebelum abis cuti dan sebelum kwn2 lain bercuti dan pulang ke kampung..baik aku berikan segala perhatian dan masa pada tv..itulah tempat aku lepaskan bosan setiap hari selain berfb..blog jarang2 :)

Aku tidak mahu mengulas tentang jalan cerita kerana masih terlalu awl dan aku pasti dlm internet bersepah maklumat tentang cerita ini..google je mesti jumpa... apa yang aku nak kata,aku tertarik dengan watak yang dibawakan oleh Fazlina Ahmad Daud..Terlalu menjadi dengan karakter dia..bila aku melihat dia dalam drama tu,pasti aku akan teringat kepada 2 individu yang berpengaruh dalam hidup aku..seorang kakak aku apabila dia marah kan anak2 dia..suara dan gaya dia mesti macam tu..dan lagi satu kawan aku bila dia bergaduh dengan aku mesti dia terkeluar aksi Puan Mazni ..itu pasal aku suka cari gaduh dengan dia...sebab aku rindu nak tengok aksi dia..sekarang dia dah kawen...terlepas peluang untuk bergaduh..apa leh buat..jadi bila aku tgk aksi Pn Mazni tu..tetiba terigt mereka berdua..saling tidak tumpah..ntah bagi aku klu perempuan marah macam tu,aku rasa gerun tapi hakikat seronok..dengan suara yang begitu membuat aku rasa mcm berada di suatu tempat yg lain..itu aku lah,lau org lain aku tak pasti..masing2 ada citarasa dan pandangan tersendiri..aku cakap,aku luahkan apa yg aku rasa itu lahir dari diri aku sendiri..Lagipun aku sebelum2 ini tidak pernah melihat lakonan beliaudalam mana2 drama..itu yang mungkin teruja kot..heheh
inilah dia yang aku maksudkan

nie blog beliau :

sini segala2nya tentang beliau:
http://fazlina.9f.com/about.html

Lagi satu,lagu tema drama ni best..aku dah try search tpi masih tidak jumpa..ada dkt youtube tapi bukan yg full..menurut dlm fb penyanyi ini "Pompa Bensin"lagu penuh akan disusuli kemudian..rasa tak sabar ingin memilik lagu penuhnya..layan kot lagu nya..suara best lirik pun best.

lau nak tahu apa2 perkembangan tentang Pompa Besin,try gak cri kt google gmbr dia..tpi x jumpa dlm pages kt fb pun tidak dimuatkan gambar beliau..tunggujelah nti 

klik disini :

aku sertakan lirik lagu"jangan lupa namaku"puitis beb lau bagi kat awek mesti dia lentuk,nak2 saat ketika mahu berpisah dengan si dia:

Walau aku tidak bersamamu
Jangan engkau lupakan diriku
Walau aku tiada di sisimu
Jangan engkau lupakan namaku

Kerana...
Aku mengingati mu
Kerana...
Aku men’cintaimu...

Andai aku
Bisa bertemumu
Dengan senyum ku tadah syukurku
Andai aku bisa menyentuhmu
Air mata pasti deras gugur

Kerana...
Aku merindui mu
Kerana aku sentiasa
Menyintaimu oh sepenuh hati

Walau kamu
Jauh di mataku
Jangan aku hilang dalam kalbu
Saat kamu samar mengingati
Jangan aku terus kau lupakan

Kerana aku
Sentiasa mengingatimu
Kerana aku
Sentiasa menyayangimu oh kekasih hati...

Andai aku bisa memelukmu
Pasrah aku tabah diujimu
Andai aku bisa dicintai
Dengan rela menyerahkan hati

Kerana...
Aku merindui mu
Hmmm...Kerana aku sentiasa menyintaimu......


nie lagu tema yang aku maksudkan-bukan full version

Harapan aku begitu besar..moga2 aku berjaya menyudahkan setiap episod drama ini dan aku benar2 berharap jalan cerita tidak terlalu tipikal seperti cerita lain dan membawa satu cabaran kepada konatasi minda untuk terima..kerana disitulah nikmat dan kepuasan yang dicari yang menuntut otak lebih cergas untuk berfikir serta tidak terlalu melankolik yang membuat jiwa terbuai habis...tak sanggup tengok mak aku lelehkan air mata melayan kesedihan sekian kalinya menonton drama berbau meruntun jiwa..mana tidaknya dia jelah yg setia disisi apabila aku melihat drama melayu..maklumlah dalam rumah ini tinggal kami berdua..aku lah tempat dia bercerita dan mengulas sekiranya ada yang tidak kena..tapi aku tak leh masuk klu dia layan sinetron indon..aku bla awl2..angkat punggung masuk bilik..tidak leh terima penipuan cerita.....hehehe!!!


Ahad, 24 Julai 2011

Tahajud Cinta..


Tahajud Cinta- Baru berkesempatan untuk meluangkan masa semalam,aku tak pasti apa yang mendorong diri sehingga melekat di depan kaca tv untuk satu jam berikutnya setia sampi penghujung
bagi aku setiap drama yang dipersembahkan memainkan watak yg berbeza,inikan garapan yang berat
memerlukan sentuhan yang lebih kreatif tapi masih menyematkan dan berpaksi pada landasan yang betul
wlpun kadangkala apa yang terhidang itu jalan cerita nya hampir sama dengan cerita lain namun hasil
olahan itu yang membezakan maksud yang ingin disampaikan..

Aku tidak mahu bercakap banyak malah mahu terus menghukum atas apa yang telah aku saksikan
tapi aku masih percaya setiap apa yang dilakukan pasti telah dirujuk terlebih dahulu pada pihak2 yg sewajarnya
sebelum dimuktamadkan untuk disiarkan pada layar kaca...

Namun aku sedih melihat,sebagaimana mereka2 yang terlalu "arif" menghentam drama ini sedangkan ia masih belum sampai ke peringkat kemuncak cerita,aku tak pasti tapi yang menjadi pemasalahan yang
aku baca dari pelbagai sumber blog2..mereka mempersoalkan kewajaran apa yang telah dilakonkan..
jangan terlalu menghukum kerana masih terlalu awal..takut2 mesej yang akan disampaikan akan muncul pada 
episod2 yang terakhir..baru tergadah dan malu dengan amukan kamu lantang bersuara pada awalan kisah.

Tapi itu lah hakikat kita,aku rasa mual untuk terus melayan kerenah mereka2 yang katanya "begitu bijaksana"dalam menegur orang ,menyertakan pelbagai hukum2 dalam setiap teguran mereka bagi mengukuhkan lagi setiap pandangan yang diketengahkan
tapi pada hakikatnya mereka2 ini melayan blog2 berunsur gosip,hiburan dan seangkatanya...
setiap apa yang diperlakukan pasti mereka akan bertegang urat utk mempertahankan..malah ada yang lebih berani mengeluarkan kata2 kesat,mengeji ,mencaci org yang tidak sebulu dengan mereka...
cuma selagi aku larat utk membaca..aku teruskan kerana kita bukan layak utk menghukum
tetapi sekadar teguran utk memperbetulkan..betulkan diri kita terlebih dahulu..sebelum cuba utk perbetulkan orang lain..amik yang benar dan yang buruk itu jadikan tauladan

dalam dunia siber ini ,terdapat mcm2 jenis orang..kadang2 ilmu org itu tidak seberapa tapi atas dasar "berani"utk bersuara..habis semua auta mampu diubah menjadi fakta..
lagi satu,kalaulah benar ingin memperbetulkan kesilapan org lain kenapa perlu takut utk berselindung disebalik  bukan wajah sebenar ..berani hakikat bertopengkan gambaran lain..
kalau kita ikhlas ..kita tidak perlu takut akan natijah yang bakal diterima ..kerana salah satu cara berdakwah perlu berani mengambil risiko kemungkinan dan musibat yang akan diterima...


*fanpage tahajud cinta:


                                                          *fanpage bantah tayangan 


                     http://www.ohbulan.com/fanpage-bantah-tayangan-tahajjud-cinta-diwujudkan/
                                                           *ohbulan-artikel mengenai tahajud cinta


sendiri nilalah dalam setiap apa yang cuba diperkatakan oleh mereka dalam setiap pandangan yang diwar2kan..bukan cuba untuk mengeruhkan lagi keadaan tapi kadangkala aku sedih melihat mereka2 yg terlebih teruja memberikan ulasan tetapi ilmu tidak setaraf dengan apa yang cuba diperbetulkan
malah aku bukan cuba membenarkan apa yang salah kerana yang salah tetap salah dan yang betul itu mmg sukar utk dipertahankan kebenaranya..itulah cabaran
bagi aku ia sekadar hiburan,kita yang menonton..boleh menilai baik buruknya sendiri..segala2nya sudah diajar dan dididik dengan sempurna..perlu melihat dari pelbagai sudut pandangan masing2..
tapi aku pelik,kenapa tayangan dari seberang yang terang2an memesongkan akidah tapi tidak dihentam secukup2nya..masih diterima baik pleh segelintir msyrkt??tapi bila drama tempatan cuba utk mencari kelainan
cuba mengetengahkan sesuatu isu itu..cuba diperdebatkan sebaik mungkin...adakah ini suatu agenda?

bagi aku,kalau ia blh memesongkan akidah,itu perlu diperbetulkan diperjelaskan dengan terperinci,dan seandainya kanak2 yang menonton perlu dibimbing oleh mereka2 yang lebih dewasa kerana setiap kecelaruan boleh diperbetulkan ..tanpa mewujudkan keraguan yang tidak munasabah..malah 
kadang2 kita kena positifkan diri kena terima bahawa seburuk2 menda yang kecil..kalau tidak dibendung akan merebak menjadi barah ..begitulah yang cuba diketengahkan dalam isu ini..aku tertarik dengan pandangan yang diberikan oleh seorang pembaca dalam oh bulan,tentang isu membuka purdah menunjukkan seraut wajah kepada kekasihnya...utk mengetahui selanjutnya silalah baca

bagi aku,lebih baik aku meneruskan menonton terlebih dahulu kisah ini sehingga pengakhiranya..sebelum bertindak menghentam membabi buta..terpulang pada msing2..kerana citarasa kita berbeza



Khamis, 21 Julai 2011

DSLR..


Nikon D90 pertama berjaya ku rembat..tpi bukan atas kemampuan kewangan sendiri..
Dapat pun hadiah semperna hari lahir yg ke 2?...bila diberi pilihan antara BRACES dan DSLR?
aku cepat2 kuncikan persoalan itu dengan satu jawapan DSLR..biarpun hakikat gigi aku perlu 
dikenakan braces dengan kadar yang segera...dah bertahun2 aku tunggu nama pun pun dah berkeladak dlm list tpi masih tak pggil2..dari 2007 smpi le ni...letih dah aku tunggu...msh tiada jawapan pada penantian..mmg menyiksa..
tpi kenapa aku msih degil pilih DSLR?..aku da gak kaji sket2
try alternatif lain...malas dah mengharap pada jalan yang itu
sebab aku try tnye klinik swasta..harga ok lah msih leh dipertimbangkan tpi kaedah rwtn yg memerlukan aku melebih kan masa utk berulang alik...jadi dari aku perlu ponteng kuliah..biar aku ketepikan dahulu..tunggu time kerja nanti lah..senang sket ..lgipun duit sendiri
jauh tu dari shah alam -ipoh..ada kt area2 shah alam dan kl..tpi mahal..x mampu aku sbgi student..hehe

Aku kenal DSlr time 2009 lagi..time kerja kt penang..tgk org usung sana ke mari..terasa terliur gak nk rembat  sebiji...tpi fikir2 blik dgn jadual kerja mcm haram..7 hari non stop bekerja..pagi smpi mlm..
celah mana aku nk luangkan masa amik gmbr...luangkan masa utk try hobi baru..blik2 pun mthri dh tenggelam..kuar kerja pun mthri lom terbit ag...erm lau nk shoot belah malam tu..rasa mcm x best
sebab muka msing2 penat..letih rela berdengkur je ats katil..jdi biarkan jelah dulu
hadap jelah tengok org usung ke sana ke mari...hehehe

Bila diberi peluang utk memiliki..aku plak tak reti nak handle menda alah nie..hisy,mcm mana..
nk pakai tpi tumpuan dan ilmu cetek giler..mujurlah aku berkawan dan memiliki teman2 yg bertaraf profesional..ada lah ilmu2 yg mereka2 curahkan..biarpun kekadang aku lambat nk pickup..tpi slow2 lah ..menda baru..time mula2 pegang pun aiyaa...geletar gak tgn..jiwa mmg parkinson habis..tpi still maintan depan org pro..kang tak pasal2 die gelakkan aku..lagipun..dengan bantuan dan pertolongan dia..ats cadangan dia gak..lahirkan d90 dalam senarai hidup aku..tmbh lagi satu nyawa yg perlu aku bgi tumpuan lebih...

thanks byk2 SYUK.....lgipun aku tgk ko tu yg terasa mahu memiliki sebiji...biarpun x setanding dgn yg kau punya 
gmbr ats bukti..tgk cara pegang pun dah silap..teruja dalam gemuruh..hehehe
bila dah thu belok2..skill2 sket je..mula lah ke mana je ..nk usung...malu gak..menda tu dh besar sgt..,
tpi kwn2 bgi sokongan..redah jelah..lagipun mereka2 dgn ikhlas mahu menjadi model..jadi atau tak hasilnya..
mereka tak amik port sgt..yg pntg dpt abadikan siri dlm sekeping gmbr..yg pntg bukti yg dh smpi dkt sesuatu tmpt,,pe da hal sgt..dieorg pun thu aku amatur..jdi dh konpem2 hasil x secantik tgn org pro

tpi "nyawa" tu dah bertukar tgn skung..serahkan kpd adik pakai..dia nk amik kursus photographi katanya..
tpi aku percaya..otak dia lebih pickup dri aku..lau menda2 mcm tu selari dgn minat die
dlm kadaran pantas dia akan dpt kecapi ..aku amik masa sket..karat dah otak..slow and steady..tu penting

o

org ada tanya "ai beli mahal2 , x kan tak nak harapkan hasil"?erm bagi aku
lom sampai masa utk serahkan jiwa raga utk bergelumbang dalam bidang itu..sebab biarlah aku fokus pada yg satu..aku x leh buat mcm2 menda dlm satu masa..kang berlimpangan apa yg dikendung...rugi2.
lagipun aku beli hanya sekadar minat..suka2 ...lom smpi tahap utk serius
tpi aku tak kata..tkot2 masa akn dtg..menda tu menjadi punca rezeki..siapa leh menduga..aku rancang je boleh lah..buat masa ni tidak!!!sekadar suka2...tgk org bergaya ..pose mcm2..rasa seronok je
sebab dah dpt gembirakan hati org..kita pun gembira..lagi pun itu satu perkongsian murni 

thanks pada Mizan,Mujir dan sesiapa2 yg terlibat secara langsung mahupun tidak ats perkongsian ilmu kamu2 itu..



Selasa, 19 Julai 2011

Kerja .. Mana Kau??



Hisy dah nak abis bulan 7..tapi aku masih lagi lom jumpa jodoh dengan kerja ,rasa mcm x berbaloi2 je cuti panjang kot..satu kerja x nk melekat,tinggal sebulan lagi menyahut cabaran mencari kerja
lak tu amik..lau dapat bekerjalah kamu di bulan puasa ...bukan janggal..sebab sebelum2 ni mmg dah terasa sgt bekerja dah lali benar...cuma kali nie..hisy ntah lah kerja part time je

abis final bln 5..lepak kmpung sebulan..sebelum bersiap siaga berjuang dkt khemah ukur
tercampak kt UiTM Bandaraya Melaka selama sebulan..spnjg bln 6 dan awl bulan 7itu mmg dah tidak perlu dipersoalkan lagi..hakikat tuntutan syarat bagi menggenggam segulung ijazah..layan jelah.
..

Erm bis je bersurvey camp tempoh hari..mak kata x yah lah keja jauh2..
balik kmpg je temankan dia..lagipun dia duk sorang2..hisy dalam hati berfikir sejenak..celah mana aku nak kerja kt kmpung tu..menoreh lagi mcm dulu ke?aiyaa...cukup2lah sebulan yg lepas..aku tak mahu tersiksa berhadapan dengan kerenah "en Aaron Aziz"perasaan tu...mak kata dia dah tnyakan kfc tu..dah siap isikan borang lagi woooo..bersungguh sgt dia nak aku balik kerja kmpg
aku mls nk ckp apa2..aku setuju jelah..igt habis je  blik terus..nie tak jugak terpaksa merempat umah akak aku ..sebab akak aku mintak tlg sesangat mak aku jagakan anak2 dia..abg aku kena bertapa kt KL utk menjaga perhimpunan BERSIH tu..berkampung dkt sana..menjaga keamanan..padahal anak bini entah ke mana..tu lah kudis yg timbul dari perhimpunan itu.erm aku nk lepak soang2 kt kmpg..x de sapa2 kt umh..lagi lah sepi hidup..member2 aku mana lah cuti..sah2 dieorg tak blik kpg punya..jadi polow jelah mak aku ..


ok lah,bila dah hantar borang..erm dieorg kfc tu panggil..suh balik interview..aku pe lagi..merempit dijalanan lah menunggang motosikal seremban-kampung(3 jam)seorang diri..sungguh excited giler...mana tahu kalau dapat..tercapai lah impian mak...erm bila dah smpi sana..leh plak supervisior kfc tu die kata tak tahu menahu arahan siapa suh aku dtg interview ari tu..aku dlm hati sumpah seranah...automatik mod berubah abis dari suka terus kecewa ya amat sgt2..lak tu dia kata dtg hari isnin minggu depan..giler!!!aku berkejar2an dtg..tak terfikir apa?ptg tu gak..aku park motor kt kmpg...amik keputusan balik seremban semula..ok lah,time tunggu bus tu..sekali lagi malang kena mrh dgn driver tu..dia kata aku tak bgthu dkt org yg jual tiket tu yg aku akan naik depan umh..samdol kot..brader yg jual tiket tu..aku ulang 3 kali..mana nk dengar time aku ckp..dia sibuk2 bersembang dgn mbr...blik2 aku yg kena sembur dlm bus..dah penat menunggu tgh panas..bru je naik..badan baru je nak mesra dengan bau aircond dah spoil mod..marah2.."lau ko terlepas bus tadi mcm mana"..hisy aku tak jwp..tpi jwpn dlm hati..aku g bakar kaunter tu sekali brader2 tu...bodoh sgt..

oklah smpi gak KL Sentral..aku tiada plihan lain..terpaksa naik KTM gak menuju ke seremban..time tu waktu kemuncak..dlm kepala dah leh bayangkan satu pertempuran hebat..time org blik kerja..walaweh..time ni lah segala bentuk yg terdapat pada badan anda..tidak lagi mampu kita kawal..sah2 jadi mcm sardin..sesiapa sahaja leh sentuh ..nak marah kang,..mmg tak kan jumpa tgn siapa yg meraba sebab terlalu sesak..hisy nie kali ketiga aku terperangkap dlm lautan manusia yg setia menaiki train..biarpun terpaksa bergolok gadai maruah diri asalkan selamat smpi ke destinasi..kalah situasi dkt India mahupun China..Kedua2 pglaman semua menceritakan yg aku tewas dlm rabaan org..aku tak pasti..lelaki mahupun perempuan yg gatal..tpi tetap terasa tgn mereka menjalar..bila aku tepis,mahu melihat muka..hisy susah giler nak kenal suspek..aku diam jelah..pendamkan jelah..mujur aku yg lelaki..yg perempuan?bgimana nasib mereka?..itu bagus bila ada gerabak utk wanita...pasti selamat..tetapi ada jugak lelaki2 mangkuk hayun yg tak reti bahasa yg menyempit dlm gerabak tu..tpi kbykan warga asing...kali ketiga petang tu,aku berjaya elak wlpun terkena sket2 je..suci lagilah kiranya utk sekian kalinya hari tu..berjaya mempertahankan nya..hahaha

Bila smpi umh akak aku,pergh rileks giler..igt dalam hati nak je esok pgi aku trun g cri kerja..rasa nk je kerja kt sana..xkisah lah apa jua kerja..bantai je..jnji halal dan misi aku berjaya..hehehe..aku nie bukan jenis kisah sgt pasal kerja..yg pntg aku dpt pulus..dan setiap agenda yg terancang aku berharap berjaya melaksanakan..aku pernah kerja roadcare semata2 nak kumpul duit beli mtor..cat pagar utk highway..lagi jaga kedai runcit,kerja kt popular..buat roti,buat kek,kerja kt pizza hut,jadi surveyor,jadi macai, menoreh getah...hisy byk kot pernah buat..aku tak pandang sgt apa org nk kata..cakaplah labu selagi ko rasa ko mampu utk mensiniskan aku..yg dpt duit aku gak...mula2 malu gak,tpi lama2 dah terbiasa,..apa yg mereka dpt? dosa konpem2 lah..sebab mengata org..lagi sakit hati lah sebab bila aku dpt duit..aku blh beli apa yg aku nak..tunjuk sket dpn muka mereka..apa rasa??malu dpt kan..erm aku dri kecik dah diajar berdikari..cuma bila besar nie je..mak manjakan aku sgt..bru aku prsn..apa sahaja yg aku nak..mesti dpt,ckp jelah..dan bila kt umh pun ckp jelah apa nak mkn mesti dia belikan...dulu ms kecik..x de pun,sendiri simpanlah duit lau nak sesuatu menda tu...jgn harap leh senang2 mcm skung ..dulu menangis mcm mana,merajuk smpi ke mlm pun..langsung jgn kata mak nk beli..mengiyakan permohonan aku pun belum tentu dia layan...tpi sekarang situasi dah berubah...alhamdulilah tpi bukan alasan utk aku terus mengharap..aku x smpi hati nak terus buat diri dia letih berkerja keras utk aku...aku dah besar,esok2 dah leh kawen..rmi mbr2 sebaya dah kawen dan ada anak..dah jadi mak dan bapak budak..tpi aku?hisy..msih mengusung buku ke sekolah..hahaha



pinjam en google:pernah kerja kt sini


bersama2 mereka mencari pulus :)

kedai runcit pun pernah


Mmg dlm 2 minggu nie,aku berulang alik dri kmpg ke Seremban...Bila aku suarakan kt mak yg aku nk kerja kt seremban,tetiba je berubah air muka org tua tu..erm mulut kata boleh..tpi muka dan hati aku dpt tangkap..dia terus berubah..aku jadi sayu plak..kesian x smpi hati nk membantah..jadi aku pendamkan niat tu je..tanamakan jelah dlm hati..sabar jelah tunggu keputusan kfc tu..Oklah Isnin datang jugak,aku g lah bawak diri jumpa supervisior kfc tu..erm dkt 10 minit aku tggu last2 die ckp..leh dtg satu jam lagi?aku ckp ok je..blh,bengkek bila dipermainkan macam tu,tahulah aku yg nk kerja..kena byk bersabar dan kena thn dgn kerenah dia..tpi blum apa2 lagi..dah buat org benci dgn kau..hisy,dulu aku time mintak kerja kt seremban kerja popular..ptg isi borang..esok leh datang kerja...kt pizza lagilah..isi pagi petang leh keje..tak delah byk sgt cekadak mcm kfc dkt kmpg aku..ok sejam berlalu,datang lagi sekali..jumpa die,erm byk plak die tanya..last2 die ckp dia agak keberatan nk amik aku kerja sebab aku student..nti die fikir dlm 2 hari lagi die tepon..aku dah menyinga abis..api baran dah meluap2 dlm diri..tpi msh dpt thn kan lagi..celaka kan,lau x nk bgthu lah awl2..ni mcm haram jadah..buat org mcm tu..time aku kt pizza dulu..x de hal pun..blh je amik aku kerja..aku kerja sebulan gak..x de pun nk pikir2...giler mmg kerja giler..tahulah kt kmpg rmi yg nk kerja..tu yg  demand abis..sumpah aku rasa mcm diperbodoh2kan je..rasa nk boikot je kfc kmpg aku..lagipun skung aku tak minat sgt mkn kfc..ntah tak leh nak masuk tekak...jadi x mkan pun aku tak kisah...byk lgi pilihan

Erm,balik umh mak tnya..aku bgthu jelah apa yg dieorg ckp..mak ckp mcm2 kerenah tol lah dieorg ni..nak permain2kan org apa kot..erm last2 mak ckp..x yah berharap sgt..tgu je lau dieorang tak pgil dlm 2 hari ni..ko kerja je kt shell tu..tpi amik yg sebelah mlm lah dri kol 11mlm-7pgi..hisy aku tak pernah buat tpi demi duit dan misi aku sanggupkan je..hahah..skung nie pun tgh tunggu kptsn kfc dan tgh tunggu nk apply keje kt shell tu..erm mula2 cuak gak kot..tpi lama2 aku rasa boring duk umh..tu yg jadi terus smgt..lagipun tgh2 mlm mana ada org sgt..nak singgah tuang minyak..langgar jelah lan..hehehee


Ari tu,bos lama calling aku..suh jadi surveyor..nie sume angkara mbr lama ar g bgthu..penangan aku tak kira masa coment,update status kt fb..aku tgh bercuti sakan x de keje..tpi aku terpaksa tolak..mls nak sgt berjemur..bglah peluang utk aku cerahkan kehitaman melanda muka ni...takpelah,bos kata ok je..tpi lau hbis stdy nti lau berminat..sila2kan lapor diri..konpem2 dpt..hahah.aku ni sbnrya mls dh nk jadi surveyor...cukup2 lah pglmn dulu ek..dh matang sgt kot..hahahah..tpi lau bos offer jadi project manager..mahu aku bantai je ek...hahahaa...teringin sgt nk keja dlm opis..dulu keje men site je...berhari2,berminggu2,berbulan2 malah bertahun2 berjemur..smpi rentung habis aku...hahaha


Misi aku utk sem nie,aku nak ubahsuai sket bilik sewa yg tercinta kt shah alam tu...bagi gempak sket,igt nk cat baru kot.."mak"kata ok je...tpi jgn cat bilik tu over sgt..kang sakit mata kau nk tgk...hahaha..lagi satu aku nak tmbh barang sket dlm bilik tu,terlalu hampar sgt..pasal persiapan raya aku tak kisah sgt..sebab sah2 guna elaun tiap2 bulan tu tmbh dgn bonus raya..tpi keja nie utk misi tu dan aku hrp leh lah aku x sentuh duit ptpn utk beli yg bukan2..sebab aku leh guna duit gaji kerja ni beli bukan2..lagipun aku dgn dak2 nie sepakat nk melancong ke pantai timur awl sem depan..moga2 tercapai misi..heheh

SEGMEN MARI MENAMBAH FOLLOWER


yg nie percubaan pertama untuk sertai mana2 xtvt..moga2 berbuahkan hasil..
andai kata berminat leh terus klik:

http://lunalanun.blogspot.com/2011/07/segmen-mari-menambah-follower.html#axzz1SHsTYUIK

Isnin, 11 Julai 2011

Promote..Kerja Kawen




Sesiapa yang ingin atau bakal melangsungkan perkahwinan,pertunangan
tetapi masih tercari2 photographer...
untuk mengabadikan segala kenangan ketika berlakunya  resepsi 
saya mempunyai seorang kawan yang bergerak secara "freelance"
berpengalaman luas dalam seni photographi


"A 23 year old , originated from Kuala Lumpur . He’s still studying in persuing a bachelor of science geomatic in UiTM ,Shah Alam. Started a carrier since 2009 until now . Has cover alot of VIP’s and celebrities wedding events. Experince and interest in wedding photography he’s continuing to deliver the artistic ande cretivity to capture a splendid moments that would make anyone smile."

gerangan beliau tuan empunya diri:








segala maklumat mengenai pakej,tawaran serta apa jua perkhidmatan yang ditawarkan

boleh berhubung terus dengan beliau melalui 

facebook:


talian :

0129165926


Email:

healthydm@yahoo.com


berikut adalah sebahagian contoh kerja tangan beliau :












Dia Fadila:









Bienda:








"the photolicious" adalah merupakan bekas syarikat 

beliau berkhidmat,mencurahkan segala bakti serta menimba pelbagai


 ilmu pengalaman sebelum mengambil keputusan utk bergerak


 sendiri.




Hasil Terbaru Beliau:













Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...