Selasa, 6 September 2011

Dapur Bujang :Biskut Raya..


Walaupun hari ni ..hampir seminggu dah kita beraya sakan
tapi aku masih tergerak hati nak post gak entry pasal 
biskut raya...
Aku rasa ini je yang aku leh buat..sebab simple dan sempoi
sebagai seorang lelaki..bujang lak tu x pyh nak rumit2 bagai
try je buat menda alah ni..konpem2 leh pikat bakal isteri
silap2 mak mertua pun cara dengan kehandalan bakal menantu
tpi jangan sampai bakal bapak mertua terpesona dengan kamu..silap gaya..haru biru jadinya
hahahahaha

Aku dapatkan resepi ni pun dari akak tersayang
dan dibantu oleh adik aku yg begitu teruja
tpi diaorg buat x letak peanut butter..aku try ejast sket ikut
kreativiti aku...aku x letak gula secawan mcm mereka
aku letak separuh je..sket je..memadai,tu pun manis giler
sebab manis madu bergaul dengan peanut butter yang membuak2 akan terlekat dkt lorong tekak anda
bila kamu telan biskut ini..hehe

Aku dah lama x hambakan diri ..kotorkan tangan
membuat biskut ni..klu dulu rajin gak lah..tpi sejak dah tua ni
rasa mls nye nak join menda remeh temeh ni
tpi bila dah siap hasil..pergh rasa nk buat juta2 kali plak
hahahhaa
sudahnya bila time raya..biskut ni dituju terlebih dahulu oleh tetamu...mcm2 reaksi aku dapat
nak2 dari mck2...mereka terkejut beruk,x percaya dengan kredibiliti yang aku miliki..
klu kawan2..mereka dah x heran..sebab mereka tahu
puas..wlpun aku hasilkan malam raya bersama2 pembantu yg setia
akhirnya menjadi...siapa kata lelaki x leh nak buat
boleh je klu mereka ada niat dan kuat matlamat...hehe



proses menghias




Resepi: CornFlake Madu

Bahan-Bahan
  1. Cornflake - 1 kotak besar nestle corn flakes
  2. Madu - 1 1/2 cawan
  3. Gula - 1/2cawan
  4. Planta - 1 cawan
  5. Peanut butter - 1 1/2 cawan
  6. (colouring chocolate rice) - tabur dan hiasan
  7. Badam-Beli Yang Dah Siapa Dihiris sbgi hiasan
  8. Cup kertas-ikut selera masing2..

Cara-Cara:

  • Masukkan Dan Panaskan Planta dalam periuk.
  • Kemudian Masukkan gula 
  • Kacau pelahan-lahan sampai gula hancur.
  • Masukkan Madu Dan Biarkan Sebati 
  • Lepas Itu Masukkan peanut butter, kacau slow2
  • Bila Semua Bahan Dan Nampak Sekata..Padamkan Api 
  • Letakkan dan ratakan cornflakes dalam bekas yang besar.
  • Tuangkan sedikit demi sedikit bahan-bahan yang dah masak tu dalam cornflakes.
  • Kacau pelahan-lahan untuk meratakan antara cornflake dengan bahan2 yg di masak
  • Guna sudu kecil(teh) untuk semadikan cornflakes dalam cup kertas.
  • Sementara tu,panggang badam dalam oven,(2-4minit)dah nmpk kekuningan baru angkat..utk kekal lama keranggupan badam tu
  • Taburkan chocolate rice  dan badam kat atas cornflakes tu.
  • Hias bagi cantik..ikut kreativiti sendiri dan ikut standard korang lah..
  • Masukkan dalam oven dalam 3-5minit aje.
  • Dah masak dan boleh disimpan dalam bekas kedap udara






Aku buat dua resepi..lagi satu cornflake coklat...hehe
kaedah yang sama je..tapi aku malu nak share
sebab coklat tu ..ada mslh sket..
x menjadi sgt..rangup sekejap je
pas tu dia mcm lemau..sebab aku terlebih masak coklat tu
hahahaahah...kusyuk sangat mengacau..sehingga lupa
yg tak perlulah lama sangat mengacau..cukuplah dia mencair dengan baik
last2..aku jadikan kek coklat cornflake..
panaskan sekali lagi coklat tu..aku letakkan semula cornflake dalam cokelat tu
gaulkan hingga sebati..letak dalam loyang
dah nampak cantik..kemas masukkan dalam peti ais
bagi dia beku dengan sempurna
lepas tu bila nak hidangkan..kuar terlebih dahulu
bagi ia cair sket..utk mudah dipotong..dan hidangkan lah..hahahaa

gambar2 sebelum dimuktamadkan menjadi kek coklat cornflake











3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

style kau..tak sangka pandai buat biskut..haha

ellyna berkata...

abg lang..nk jugak2..hehehe

Fahz berkata...

cayalah bro.nampak sedap nie.terliur sudahh..fahz pun tak reti wat kuih raya.hehhehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...