Iklan

Selasa, 16 Ogos 2011

Kad Raya..Tradisi Yang Semakin Dilupakan...



Saban tahun, semakin dilupakan
jika dulu,sebelum teknologi mengambil alih peranan
tatkala ramadhan menjelma...salah satu kesibukan persiapan yang dilakukan
adalah mengutuskan kad raya sebagai tanda ingatan
nilai yang terkandung dalam sekeping kad raya membawa seribu pengertian
kepada yang mengutuskan dan yang menerimanya
pengutus sanggup bekorban dari segala segi demi menggembirakan hati si penerima dan
memeriahkan lagi suasana di hari lebaran.
manakala si penerima begitu berbesar hati kerana masih ada yang ikhlas mengingati
dan ia mampu memberi sekelumit kenangan.

tapi kini,segala2nya berubah..
tiada lagi kad raya yang diterima dan diutuskan
untuk mencari kad raya yang dijual pun kini agak sukar..bukan seperti dahulu
boleh dikatakan di mana2 sahaja ada..
terpulanglah pada individu  itu tersendiri 

sempena bulan syawal yang akan jengah tiba tidak lama lagi
aku masih lagi bekesempatan utuskan kad raya kpd teman2
jikalau thun lepas..berpuasa sama2 dan bila raya nk dkt bru bercuti
mcm tak best lak nk hntr dan pos
cuma bgi guna tangan je...hehe
tahun ini..alhamdulilah bila tidak berpuasa sama2 dan berjauhan bru lah best
nak pos kad raya..bru lah ada feel sket...





kepada yang menerima...slmt membaca
dan jangan pernah lupa aku dkt sini..hehe

1 ulasan:

Marina berkata...

masih menghantar kad rayer...nak jugak..hehe..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...