Iklan

Isnin, 6 November 2017

White Brick Oven Dot Com, Sg Buloh, Selangor

Scones paling sedap!



 Atas saranan kawan, maka dengan perasaan teruja yang amat, maka berusahalah untuk sampai ke Cafe ini. Walaupun hujan bukan penghalang besar kami. Harga yang ditawarkan sangat berpatutan dengan rasa hidangan yang dinikmati. Layanan yang begitu mesra membuatkan seolah berada di rumah sendiri. Teruja memang teruja sebab suasana persekitaran yang mendamaikan.

Terletak di Sungai Buloh, hanya taip dalam maps/waze apps White Brick Oven maka apps akan memacu anda terus ke sini. Hanya perlu peka untuk melihat ke arah kawasan berkenaan kerana cafe ini memang seperti rumah penduduk sekitar yang lain, dan ke dalam sedikit yang maan perlu melalui lorong kecil untuk sampai ke cafe. Terdapat jua banner yang tertulis nama cafe tergantung di pagar masuk.

Aneka pilihan roti dengan harga yang berpatutan.

Kaunter utama dan tempat pembikinan minuman, 

Menu yang menjadi pilihan kami, segalanya sedap cuma pizza tu kami tersalah pilih, dek kerana bukan penggemar tomato sangat maka mulalah pelbagai reaksi kelihatan bagi menghabiskan sepinggan pizza. 



Breadstik ni pun sedap, separuh plastik kami kerjakan sementara tunggu makanan yang dipesan sampai. 

Croissant ni memang kena try, memula beli satu je bila dah try rasa tak cukup lak, tapau lah 2 terus. Seketul rm5.00

Suasana sekitar cafe, penuh dan kebanyakkan pelancong asing yang bertandang.

Pandangan daripada jalan masuk menuju ke Cafe, dari jauh memang tak kelihatan seperti cafe.

1 ulasan:

Ann Ishak berkata...

dah lama teringin nak pegi cafe ni tapi tak kesampaian lagi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...