Iklan

Khamis, 11 Januari 2018

SOMERSET AMPANG , KUALA LUMPUR, 2 HARI 1 MALAM YANG SANGAT AWESOME


Gambar asal website Somerset
Kejadian berlaku November 2017, sebab kekangan masa dek tuntutan kerja yang tak pernah habis, lupa nak update blog bersawang ni. Bagi yang mencari kelainan untuk stay hotel tapi suasana macam bercuti di rumah, Samorset adalah tempatnya...

Selalunya kalau bercuti, memang plan akan keluar daripada Kuala Lumpur, tapi kali ini sengaja cari alasan untuk bercuti sekitar KL, senang kalau tetiba boss call ada kerja perlu dibereskan sempat lagi nak lari balik Setia Alam sebab hujung tahun penuh dengan Event, so cuti pun terasa macam tak bercuti sangat. Cari punya cari manalah nak stay kan, geledah lah agoda. Mula-mula tak perasan sangat kewujudan Samorset ni, tapi bila dah skrol tengok gambar macam menarik, baca review pun kata memang terbaik. Maka dengan kata sepakat tak payah nak pening-pening fikir terus setuju dan booking. Masa kiteorg booking thru Agoda dapatlah RM 256, (2 minggu booking sebelum bercuti,harga termasuk sarapan untuk 2 orang dewasa)

 Bilik kiterong Apartment Bedroom Deluxe, tersenyum lebar puas hati setiba kaki melangkah masuk

Waktu yang ditunggu-tunggu telah tiba, sejurus tiba di perkarangan lobby hotel terus menuju ke kaunter dan dalam pukul 2.00 petang baru boleh check in, kalau tak silap kena bayar deposit rm100, yang mana deposit akan dipulangkan semula  selepas kita checkout nanti. Soal parking usah perlu risau,boleh park kenderaan anda di bahagian lot parking bawah, dan berhubung terus dengan lift hotel, paling best tak perlu bayar sesen pun. Free selagi mana kita stay situ dan nak keluar masuk banyak kali pun tak de hal punya.

Katil King Size, berbaloi-baloi lah bergolek sakan



Kedudukan toilet yang sangat strategik, berada di tengah antara lviing room dengan bed room, dan janjikan view yang sangat dramtik ketika malam.
Lengkap untuk memasak,segala ada..
Sempatlah masak mee goreng basah untuk santapan malam.
Tersedia sekali dengan kitchen, peti ais, washing machine dan perlatan memasak semua tu, Malam tu sempat lah memasak satu kali, cuma memula tu agak kalut lah ,sebab tak pandai nak switch on dapur tu, maklumlah rumah kita pakai dapur gas, sekali datang yang lebih canggih mahu tak terkejut beruk. Akhirnya mengalah dah penat nak cari, call reception tanya macam mana nak fungsikan dapur tu, tak sampai 5 minute technician sampai dan terangkan cara hendak menggunakannya. Selamat!!

Sekitar pool view..

Pool dia sangat cantik dan selesa..
Sekitar Kuala Lumpur 

Paling syok tak perlu sesak dengan ramai orang..tersangatlah privacy okkay..
gym juga disedikan, sebelah pool sahaja...
Untuk sarapan pagi, memang puas hati, ada disediakan di dalam Cafe dekat dengan Reception, pelbagai menu kebiasaan yang terdapat di mana-mana hotel lain disediakan, tak sempat nak ambil gambar hari tu sebab phone tinggal dekat bilik. Tapi satu nak cakap, janji perut kenyang dan berbaloi dengan apa yang kita bayar.

Jangan lupa untuk mencuba, layanan staff mesra pelanggan, segala penerangan diberi dengan jelas..

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...