Iklan

Sabtu, 3 Februari 2018

Keria Gula Melaka Popular Wawa Sendayan, Negeri Sembilan

Panas-Panas baru siap goreng..


Kuih gula melaka yang popular di Seremban, lokasi sebenarnya terletak di Sendayan. Biasalah bila menda sedap dan viral maka untuk mendapatkanya perlukan sedikit kesabaran. Bersabar untuk menunggu ketika habis dan ketika penuh dengan pembeli yang lain. Berbaloi untuk bersabar sekiranya hasil dia menepati citarasa. 


Waktu sampai, dah habis..ini sahaja yang tinggal. Itu bukan hangit tapi gula melaka 


Sempat beli 10 biji sahaja.. Sebiji Rm 0. 50 sen.

Kuih keria ini lembut dan sedap dimakan panas.. Rangup, rasa gula melaka tak terlalu manis dan isi keledek juga lembut.. Jadi kepada sesiapa yang ingin rasa Kuih Keria Gula MelakaWawa boleh kunjungi kedai beliau



Boleh dihubungi untuk keterangan lanjut dan sebarang tempahan


Lokasi : Gerai makan pertama berdekatan tangki air Taman Bukit Sendayan
(tepi jalan besar menghala ke KLIA)
Waktu : 12.30 tengah hari - hingga habis stock

Waze/ Maps : Keria Wawa Sendayan
  

1 ulasan:

Ann Ishak berkata...

ari ni nak pegi klia dari seremban ikut sendayan, bole usha2 :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...