Iklan

Isnin, 9 Januari 2017

KUEH, Seksyen 13, Shah Alam


Macam jenis kuih tradisional ada.

Banyak kali dah pergi Cafe Kueh ni, terjatuh cinta dengan kuih yang sedap belaka, Harga setakat ni mampu bayar, sebab tengok ramai gila orang datang sehingga beratur panjang lah nak beli.  Ahad lepas berkesempatan lah lepak , sambil borak sambil makan memang laju lah habis, Meja pun masa tu penuh terpaksa lah tunggu dekat luar sekejap untuk dapatkan seat. Sedap punya pasal, memang rela lah kan bersabar tunggu seat. Tengok hari jugak rasanya, maybe sebab weekend tu yang full house sangat, tapi hari tu datang weekend pun tetap penuh tapi takde lah padat macam weekend.


Memula order yang ni, rasa macam tak cukup je

tambah lagi order, sanggup tu tak makan sebab nak ambik gambar.

yang ni cukup padu rasa sedapnya, menu wajib order setiap kali datang.
geng lepak hari tu. memang kiteorg balun sungguh2 makan.

Khamis, 5 Januari 2017

Cafe Ustaz Abdullah Khairi, Shah Alam


antara menu yang menjadi pilihan kami bertiga

Memang perasan lama dah kawasan Cafe ni terletak, Tetiba semalam tergerak hati nak singgah lihat apa yang menarik di sini. Memula tadi tertanya gak. Kenapa UAK? Bila dah sampai sini rupanya maksud UAK adalah Ustaz Abdullah Khairi, dan cafe ini adalah milik beliau sepenuhnya. Makanan memang sedap,portion pun banyak dan pasti harga mampu milik. Start buka jam 11AM-11PM setiap hari. Lokasi memang santai habis. Kalau dari Shah Alam,cafe ni terletak sebelum Tol Batu Tiga federal highway. Kawasan banyak cabin tepi highway tu, depan bangunan RICOH tu. Jalan nak masuk sini kena lalu Glenmarie.

waktu malam.

Kalau dari federal highway sebelum tol batu tiga (arah shah alam) mesti akan perasan bangunan RICOH tepi kiri, Land mark paling senang untuk sampai sini.

Grill Chicken vs Fish & Chip - Nak cakap sos black paper dia memang sedap keras!!
Suasana bahagian cafe ber air-cond 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...