Iklan

Isnin, 13 Mac 2017

Gunung Gap & Gunung Ulu Semangkok


Bukti kami bertiga sudah sampai jejak ke puncak.





Singgah dulu Bukit Fraser, layan view, mandi, solat subuh, isi perut.



Bergambar dulu sebelum mendaki. Kawasan parking disekitar permulaan GAP Rest House. Anda juga boleh parking ke hadapan sedikit dimana terdapat kemudahan awam tandas, gerai dan surau.

Pendakian bermula, menjejak Gunung Gap.
Akhirnya berjaya sampai Ke Gunung Gap,  3868 feets (1183 meters) . Ambil masa, cuci mata dengan view, buang penat yang berbaki sebelum teruskan perjalanan ke Gunung Ulu Semangkok.
Asyik view, buat lelah di dada berlalu pergi
 


Dari puncak dah boleh kelihatan trek ke Gunung Ulu Semangkok. Jalan punya jalan, layan punya layan, tipu punya tipu puncaknya, sampai lah ke Ulu Semangkok. Ade beirut (Bay Route). Sempatlah kami makan-makan kat bawah tu. Makan Mcd tapau dekat Rawang tadi, mujurlah bawak bekalan


Berjaya jugak tawan Gunung Ulu Semangkok, 4558 feets (1394 meters) - Gunung Ulu Semangkok

Atas batu yang berada di atas Puncak Gunung Ulu Semangkok.





Usai bergambar, kami meneruskan perjalanan untuk pulang. Alhamdulillah, kami selamat pulang walaupun ada petir sabung menyabung sebab hari nak hujan. Bukan ape, takut petir tu tembah dahan-dahan pokok. Ia boleh membahayakan kami, pantas kami berlari untuk keluar.







Gunung ni boleh dikategorikan senang, tapi cabarannya tetap ada. Kita tak tahu apa yang ada dalam hutan tersebut. Oleh itu, kepada sesiapa yang rasa diri tu newbie, janganlah main redah sesuka hati. Cari lah guide atau rakan yang pernah ke sana.  Jangan pandang mudah, kadang-kadang ia mampu mencabar kesabaran kita, jangan lupa bawak bekal air & makanan mencukupi,. Lagi satu pesanan terakhir, masuk hutan kena lah jaga adab tertib,jangan sesekali terlalu gembira menjerit sakan seolah hutan tu kita seorang sahaja yang punya. 

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

terbaik bro & geng.. cantik gmbr

athirah berkata...

hai nak tanya perlu permit tak untuk naik?

belog lang berkata...

Maaf lmbt, baru bukak blog. Tak perlu permit, just terus naik jee..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...