Iklan

Isnin, 26 Disember 2016

Patin Tempoyak Mokde. Kampung Baru Subang




Plan memang dah lama, asyik tengok orang selalu cerita pasal tempat ni dekat facebook. Kebetulan tempat ni memang tak jauh mana dengan rumah memasing. Terletak tengah-tengah antara Shah Alam dan Sungai Buloh. Itu yang teringin nak try, roger lah mereka berdua sebab yang lain terlalu sibuk sampai hilang jejak. Selepas melawat anak Cuna Anddra Safiyyah yang baru selesai pembedahan dekat IJN, maka terus golek tayar kereta ke sini. Alangkah bahagianya hati, dalam keadaan hujan renyai tambahan perut kosong tanpa isi sejak tengah hari lagi, Memang menjadi lah makannya, siap bertambah nasi dan lauk.

Lokasinya terlalu mudah untuk dikesan, bahasa kasarnya terletak sebelah je landasan Lapangan Terbang Sky Park Subang tu, Kampung Baru Subang, Senang je, try waze nama kedai tu, terus waze akan tunjuk jalan sampai jumpa. Kami tadi pun sepenuhnya berpandukan waze je.

Ikan patin dia memang sedap lah, bagi aku yang memang penggemar sejati ikan patin tempoyak ni. Sambal gesek dia padu rasanya dan juga ikan bilis goreng petai kecur air liur buat kami tambah 2 kali order. Harga sangat mampu bayar lah. Kami tadi kena caj RM77.00 sahaja, sangat murah dan berbaloi lah bagi kami yang makan seumpama 6 orang tapi hakikat kami bertiga sahaja.

Lin & Hamdi memang hantu makan, 



Cakap banyak pun tarak guna, Sila terjah dan rasai sendiri yang akan buat anda pasti akan datang lagi. Original dari Temerloh ikan patin ini di bawa khas untuk anda. Rugilah kalau tak mencuba dan tak perlu dah bersusah payah untuk ke Temerloh untuk merasai kesedapan asli. Selamat menggemukkan diri lah!


Serba sedikit info :

Lokasi : 

Jalan lapangan terbang lama subangKampong Baru Subang, Selangor, Malaysia

Waktu operasi :

11:30 tengah hari - 10.30 malam, setiap hari kecuali jumaat tutup. 

Menjual Ikan Patin Masak Tempoyak. Ikan Patin yg dibawa khas dari Temerloh dan Masak Asam Pedas, Selain itu ada Menu Specail Ikan Patin Pais. Gulai tempoyak: Ikan patin,Patin Buah Original & Sangkar, Krai, Baung, & keraiAsam Pedas:Tenggiri, Pari,Senangin, Merah, Kembong, CencaruIkan Bakar: Pari, Kembong, Cencaru

Number Telefon untuk dihubungi sekiranya mahu tempahan :

016-279 6885



Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...