Iklan

Ahad, 20 Julai 2014

Berpuasa Ramadhan Di Tengah Laut



berbuka di atas crew boat


Kini tinggal malam-malam terakhir berpuasa. Baru sahaja menjejakan kaki di bumi Tanah Semenanjung setelah menghabiskan separuh berpuasa di daerah tengah laut Bintulu. Berpuasa bukan penghalang untuk meneruskan kerja hakiki. Kepenatan tidak berbatas hanya Tuhan sahaja yang mengerti tapi demi sesuap rezeki halal tetap bertahan perjuangkan sehingga kudrat terakhir. Tiada apa yang membezakan bekerja di bulan puasa mahupun di hari biasa. Cuma ketara waktu makan tengah hari sahaja tidak berlangsung, di mana rehat dipenuhkan dengan santai mahupun tidur sebagai pelepas lelah paling terbaik.

Saat bermula untuk perlayaran.


Wanita-wanita hebat hidup bersaing dengan lelaki ditengah laut


Menu berbuka jika terlajak berkerja diwaktu berbuka. Bekalan dari kapal

Panas mentari bukan penghalang untuk jalankan tugas 

Bergayut

Berteduh


Tengah hari diatas platform

Bersama CSR .

Melepaskan lelah

Bersandar kepenatan

Meninjau sesuatu yang pasti

pengangkutan harian

Hotel penginapan setelah bekerja seharian.





Dari kapal ke kapal

Terawih dalam surau



Akibat padat dalam surau terpaksa dipindahkan ke Bridge..

selepas terawih, perkara biasa menghubungi orang tersayang

2 ulasan:

CintaZulaikha berkata...

respek sgt, tak semua org leh buat keje2 cenggini..tabik spring..:)

beat berkata...

Salam. respek. brp hari kena tinggal kat pelantar tu? kalo kaki pancing in best ni.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...