Ini hasil yang aku dapat atas pelaburan yang aku jangkakan. Setahun lamanya aku kerahkan diri untuk disiplin menabung. Tabiat ini datang, dah bertahun lamanya sejak 2006. Kisah masa dekat asrama lagi, punca aku malas nak bawa duit syiling kerana terasa dompet atau poket berat dengan kerenah dan mengundang ketidakselesaan. Akhirnya aku putuskan untuk terus menabung, dari mula-mula sekadar suka-suka menjadi serius.Ingat lagi, tabung yang aku gunakan hanyalah cawan meggi yang tidak digunakan. Bila pindah ke rumah sewa, tabiat semakin menjadi-jadi. Kadang-kadang kalau beli barang pun aku tak kan bagi duit syiling, dan aku bagi duit kertas untuk membayar kerana aku nak baki dalam bentuk duit syiling..Hehe. Tapi sekarang aku terpaksa tukarkan juga duit syiling ni kerana aku dah nak pindah, tamatlah riwayat hidup aku dekat Shah Alam.Itu pun kalau takdir Tuhan tertulis yang aku akan tamat belajar dalam tempoh ini. Aku malas nak buat balik kampung kerana aku pasti, duit ini tak akan selamat..Hehe. Hakikat walaupun mengundang rasa sesal dan berat hati untuk laksanakan keputusan ini tapi aku perlu tunaikan juga!
6 ulasan:
bagusnya!!!!
lain pulak dgn iyou, kalau membeli seboleh2nya nak kasi duit cukup2.. keluarkn habis syiliing =_='
memang x menabung laa...
wahhh, kat cawan pun boleh jd tabung.. memang terbaiklah... boleh jd contoh nie.. hehehe....
banyakknya duit syiling.
boleh la bagi sikit jadi topup kat public hostel. hehehe
wow....banyaknya duit syiling.....cik siti pun dulu slalu gak kumpul duit syilng ni.....sbb kalau simpan duit syiling ni, mmg takkan guna da....tak larat nak bawa p shopping.....hahha...so, makin lama makin banyak la...heheh.....follow u...=)
Serius banyak. Boleh laa belanja choki choki nih. Hahaha.
banyak banyak banyak banyak banyak nya duit dia..heeeeeeeeeee
Catat Ulasan