Rabu, 10 Jun 2015

Cendol Durian Dins Seksyen 7 Shah Alam

Sudah lama dengar kehebatan cendol durian beliau dicanang. Sekian kali datang berkunjung tidak pernah terbangkit rasa jemu.
Lokasi sangatlah mudah untuk dikesan. Tak payah nak semak kepala mencari. Hanya berbekalkan sebuah van dijadikan warung bergerak amatlah mesra pengguna. Sembang petang dalam kepanasan sambil basahkan tekak begitu santai. Terletak tepi jalan besar menghala ke Bukit Raja dari Seksyen 7  Shah Alam dan berpandukan senaskah bunting tertera Cendol Dins,anda mampu jejakinya.
Cakap banyak tulis panjang- panjang kalau sendiri tidak hadir untuk mencuba tidak memadai. Datang dan amati dengan telus segala cendol mahupun laksa memberi anda satu jaminan kepuasan tidak terhingga. PASTI!!

Selamat Mencuba.
Cendol Durian Rm3.50
Laksa Rm4.00

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...