Iklan

Selasa, 7 Oktober 2014

Terima Kasih.


Atas makian, hamun dan carut kau 2 tahun lepas. Aku kini berdiri atas apa yang aku miliki. 
Walaupun perit untuk aku terima. Tapi bangkit dari kecewa. Buktikan pada kau. Aku bukan seperti yang kau carutkan. Benar, takdir datang singgah ketika aku bukan waras untuk berfikir. Argh! Celaka semua itu. Tanpa hala tuju pasti. Aku terima tawaran ini. Walaupun aku sendiri sangsi wajar kah terima jika aku sekadar mengulit rasa kecewa. Yakin, jika aku bergelumang dengan laut segala masalah akan sembuh. Satu persatu. Sejauh langkah aku boleh garap tanpa bayangan kau lagi. Hari-hari tidak lagi bergenang dengan secebis luka. Aku bangun, walaupun saat itu pedoman aku goyah. Selama mana aku perlu berterusan mengharap. Pujuk pada diri. Sabarkan pada rasa. Semuanya akan lenyap. Berakhir! 

Kini, ketika genap saat 2 tahun lepas pada tarikh ini. Aku masih setia berdamping disisi laut. Pertaruhkan sebuah hidup. Mencari sinar apa itu kebahagian. Walaupun sukar untuk aku nafikan terjahan bayangan ngeri kau.Tapi aku berjaya buang segala kenangan kita. Jauh! Sejauh mata memandang laut yang tiada berpenghujung ini. Begitu lah cuba aku campakan kau bersama khayalan. Benar kata 8 tahun bukan satu pandangan yang mudah untuk hadapi hari yang mendatang tanpa wajah 8 tahun yang lalu. Tapi sampai bila? Kau merana kesedihan. Ratapi yang bukan milik kau lagi? Derita tidak sudah? Korbankan bahagia yang kau wajar perolehi? Persetankan semua kesedihan. Buat hari kau kelam. Lemau tidak bernafas. Sedangkan dia bertuhankan bahagia saat ini. Kini aku mula tahu. Tiada apa yang perlu ditagih lagi. Jika benar apa hasrat sekeping hati. Pasti ia datang jua suatu masa nanti. Tuntut apa yang pernah dia miliki dahulu. Tapi bukan lagi mutlak untuk mudah diserahkan. Kerna tiada lagi ruang ketiga milikmu. 

Dalam perjalanan menghadapi kenyataan. Banyak hati-hati yang aku sakitkan. Kerana sukar untuk aku bersilih ganti. Itu bukan aku. Menukar hati semudah begitu. Menjahanamkan harapan orang sedangkan aku tidak mampu penuhi permintaan. Biarlah mereka terluka dari awal. Agar penghujung nanti tidak bisa sebal sesalan yang dalam. Berdendam kesumat dengan aku. Maaf! Aku selesa begini. Tidak berkasih mahupun merindu pada sesiapa. Aku cuba pulihkan hati tanpa perlu ruang bersama sesiapa. Sendirian belajar erti payah untuk bangun. Kau tak akan tahu kerana kau tak pernah melalui apa yang aku rasakan. Penderitaan mental sehingga batin terheret sama. Berjuang pertahankan apa yang perlu tapi akhirnya bersepai tanpa dihargai sekelumit rasa. Di pandang hina sudahnya. Seumpama mengemis kasih. Tika dulu seluruh jiwa raga aku pertaruhkan demi bahagia kini aku perlu tebuskan semula demi nilai sebuah harga diri. Biarlah dia terseksa atas balasan Tuhan asalkan bukan dari tangan aku. Biarlah dia bahagia atas penderitaan aku asalkan itu yang dia mahukan. Sampai masa, jika adil sedang bertindak balas beralih pada kebenaran. Aku tidak mahu berkata apa. Rasalah apa yang telah aku hirup. Telanlah perlahan-lahan walaupun seksa rongga tekak untuk terima.  Deritalah atas namanya giliran kebahagian aku. Aku percaya.. 

Sampai bila sebegini? Sampai suatu masa nanti Tuhan tolong jawapkan bagi pihak aku. Dia lebih tahu. Kerana perancangan aku manusia lemah tidak sekuat tanding dengan segala takdir-Nya.

Ahad, 5 Oktober 2014

Melankolik.


Rindu

Mengapa tuhan , ku bertalu bertanya. 

Hadirkan dia dalam hidup. 

Lantas benarkan dia tinggal pergi.

Tanpa sebarang muktamad.


Kecewa. 

Hati tidak lagi mampu kukuh atas kesakitan ini. 

Batin seakan meronta lepaskan berlalu. 

Sabar tidak lagi bererti untuk bertahan.

 Jiwa gelisah tak sudah tanpa penghujung


Kuat.  

Akan ku bukti. 

Selagi nafas berkalung dalam langkah.

Bukan hidup untuk dipersia. 

Bukan pertaruh hati untuk direnyuk. 

Bukan menangis tanda tewas. 

Bukan serah tanda mengalah.

Tapi bangkit benar apa yang tergadai. 

Harus ditebus! 


Dendam. 

Tidak sesekali.Tapi jika itu mahumu.  Pasti terjadi. Demi segulung bahagia. 

Berat untuk aku jejaki sesalan. 

Lepaskan segala apa yang terluah. 

Desakan apa yang terbuku . 

Agar kau tahu. Siapa aku.

Bukan lagi seperti dulu. 

Yang kau tinggal dengan segenap khayalan indah. Melata tagih kasih. 

Akhirnya kau ragut tanpa belas.

 Satu persatu tuntut tanpa berbaki. 


Mengapa?

Jawapan yang perlu aku tahu .

Setia bersama pelusuk harapan. 

Datanglah. Bisikanlah. Leraikanlah 

Agar ku tahu siapa sebenarnya antara kita.

Moga ku tidak lagi mengejar bintang dilangit. Sedangkan kaki terpasak setia di bumi. 

Biar perit mengalir dalam keputusan .

Demi tiada lagi bergalung telahan nista 


Ku terima. 

Aku maafkan kamu.

 Tidak perlu lagi kita bersua. Bertentang rasa. 

Teruskanlah hidup tanpa secalit bayangan ku lagi.

Andai ini satu suratan .

Ku biar. Pergilah kau pergi 

Sejauh mana kau rasa perlu 

Tapi usah berpaling kembali 

Jika sekelumit rindu bertandang jua. 

Sampaikan lah dalam sekalung doa 

Agar kau dan aku bahagia 

Dengan cara sendiri. 


Noktah.             

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...