Iklan

Sabtu, 26 Mei 2012

Rinduku Padamu Hanya Tuhan Sahaja Yang Tahu



Lebam biji mata menghadap nombor-nombor yang bertali arus menyerang minda.. Mahu rasa pitam otak berhenti dari mengalirkan darah ke otak kiri. Tapi kalau aku terus mengalah rasanya segala kerja tidak mahu berjalan. Terpaksalah kerahkan tenaga berganda-ganda, walau apa jua cara sekali pun aku kena teruskan, kekalkan momentum sampai ke penghujung jalan. Kalau ini yang aku mahukan dari mula, masakan aku juga yang perlu habiskan sehingga ke titisan keringat yang terakhir. Malam minggu perlu aku rela untuk terus berdepan menguruskan nombor-nombor, mengetuk papan kekunci ini keseorangan walaupun hakikat jarang sekali aku berbuat demikian. Seringkali diisi dengan pelbagai kerenah tapi apakan daya,buat seketika lupakan liburan malam minggu.


Aku tak pasti, kenapa dalam kadaran biasa, aku mampu lupakan terusan bayangan wajah-wajah yang aku rasa mampu memberi tindakan pesona mata memandang bila bertemu hari ini dan tak beberapa jam bila lena di ulit mimpi terus pudar . Tapi tidak situasi tadi terus menggamit perasaan, menatap wajahnya kali terakhir terus kini mengundang rindu yang membara. Sehingga kini masih terasa bahang bayangan wajah galak bermain di minda. Cuba persetankan mainan emosi tapi akhirnya aku larut dalam buaian indah sang angan tak sudah. Tolonglah aku merayu segala berahi ini pergi menjauhi segala ruang genap minda. Aku tidak berdaya untuk bertahan dalam situasi kemaruk rindu yang bertebak dalam jiwa. Sentiasa segar setiap perincian susuk tubuh dan gambaran wajah nya. Umpama kiasan dari hati mempersendakan kebodohan sendiri kerna tidak berbalas senyuman padanya. Senyuman pertama mampu mengubah tanggapan pertama. Tapi kerana ego, aku sendiri tidak menghantar tanda yang aku juga sebenarnya mahu mengenali dengan lebih jauh. Akhirnya berlalulah begitu sahaja. Apakan daya, ego satu penyakit yang merugikan segala peluang yang dihantar olehNYA.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...